Hampir RM10 Bilion Wang Tak Dituntut, Siapa Bilang Orang Malaysia Tak Kaya?

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM9.974 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara sehingga 31 Oktober tahun ini, kata Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.875 bilion telah dibayar balik dan RM1.6 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun.

“Keadaan itu menjadikan jumlah semasa dalam akaun amanah Wang Tak Dituntut adalah sebanyak RM6.495 bilion,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, individu yang ingin membuat tuntutan wang perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan borang permohonan tuntutan, manakala bagi individu yang telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat waris dengan mengemukakan surat tadbir harta pusaka.

Kepada soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) sama ada terdapat pemberian notis mengenai WTD kepada individu, Lim berkata pihaknya dimaklumkan ada notis diedarkan bagaimanapun terdapat beberapa kekangan termasuk alamat yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara tidak sama dengan alamat terkini tempat tinggal mereka.

“Saya bagi kementerian minta mereka (individu) yang ada akaun seperti ini (WTD) untuk buat tuntutan kerana sekiranya masih belum sampai 15 tahun, masih berpeluang buat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata lapan syarikat milik kerajaan yang mencatatkan kerugian selama lima tahun berturut-turut tidak akan ditutup.

“Ini antara lapan buah syarikat iaitu ATSB (Astronautic Technology (M) Sdn Bhd; Halal Industry Development Corp; IWK (Indah Water Konsortium) Sdn Bhd; Inno Bio Ventures Sdn Bhd; Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd; Prasarana Malaysia Bhd dan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad),” katanya. — Bernama

Sumber: Astro Awani

RM60 Bilion Harta Orang Mati Dibeku

Sumber: Syed Mohd Muhaimin

Memang terbukti kaya orang Malaysia ni, sehinggakan RM60 bilion harta orang mati dibeku. Semuanya gara-gara waris yang anggap proses memohon pembahagian harta pusaka lambat, mahal dan menyusahkan.

Sebab itulah kita digalakkan membuat persediaan dengan membuat wasiat. Rajin-rajinlah baca 9 Sebab Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.