IPO Baru Gagasan Nadi Cergas Dengan Harga RM0.30, Jom Berkenalan Dengan Mereka

Alhamdulillah, semakin banyak peluang yang boleh kita rebut dengan IPO ni. Yang terbaru, syarikat bernama Gagasan Nadi Cergas Berhad pula bakal disenaraikan awal tahun 2019 nanti.

Sumber: Bursa Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Prospektus Bahagian 1 – fail PDF

Prospektus Bahagian 2 – fail PDF

Prospektus Bahagian 3 – fail PDF

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi kalau tak kenal syarikat Gagasan Nadi Cergas ni, takkan nak buta-buta beli IPO mereka pula kan?

Asal-Usul Nadi Cergas

Sumber: Nadi Cergas

Nadi Cergas ditubuhkan pada tahun 1995 oleh sekumpulan veteran industri yang berpengalaman dan memulakan perniagaan sebagai kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan bangunan.

Dan hari ini, Nadi Cergas menawarkan khidmat dalam bidang:

  • Pembinaan
  • Konsesi
  • Perkhidmatan Utiliti
  • Pembangunan Hartanah

Mereka juga mempunyai beberapa anak syarikat dan bahagian-bahagian lain seperti di atas. Semuanya bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar.

1. Pembinaan

Nadi Cergas merupakan kontraktor kelas G7 yang membolehkan mereka membida projek tanpa had nilai, termasuklah projek yang dikhususkan untuk Bumiputera.

Baru tau rupanya GMI kat Bangi adalah merupakan projek Nadi Cergas.

Di atas pula merupakan projek yang sedang dalam pembinaan, termasuklah rumah PR1MA dan Rumah Selangorku.

2. Konsesi

Selain daripada projek pembinaan, Nadi Cergas turut terlibat dalam membekalkan perkhidmatan pengurusan bangunan atau facility management seperti di atas.

3. Utiliti

Nadi Cergas turut berpenanan menawarkan perkhidmatan utiliti seperti di atas.

4. Hartanah

Terdapat 3 projek hartanah yang sedang berjalan, pastinya bila dah siap nanti Nadi Cergas akan lebih berjaya.

Pihak Pengurusan Nadi Cergas

Penting juga untuk kita tahu siapakah pihak pengurusan syarikat Nadi Cergas ni. Nampak gayanya, kesemua mereka memang cukup berpengalaman dan hebat-hebat belaka.

Model Perniagaan Syarikat

Lebih daripada 87% pendapatan Nadi Cergas adalah dalam projek pembinaan dan hartanah. Manakala dalam 12% adalah pendapatan yang berulang. Boleh kata stabil jugalah pendapatan syarikat.

Untung Rugi Syarikat

Nampak seperti pendapatan dan keuntungan syarikat ada turun naiknya juga.

Kunci Kira-Kira Syarikat

Aset dan liabili syarikat pula dilihat meningkat seiringan.

Contact Details Nadi Cergas

Alamat: F-1 @ 8 Suria, 33 Jalan PJU 1/42, 47301, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Nombor Telefon: +603 7887 3388

Nombor Faks: +603 7887 3355

Emel: [email protected]

Laman Web: https://nadicergas.com/

Status Patuh Syariah Nadi Cergas

Buat masa ini belum ada kata putus lagi, tapi jika dilihat kepada status sebagai syarikat Bumiputera dan pengurusan yang dipenuhi dengan golongan Bumiputera – pastinya syarikat dilihat mengikut jalan Syariah.

Dear all,Kindly be informed that Bursa Malaysia Berhad had announced the application for initial public offering of…

Posted by BIMB Securities Sdn Bhd on Jumaat, 14 Disember 2018

Alhamdulillah, BIMB Securities telah memutuskan bahawa Gagasan Nadi Cergas adalah patuh Syariah. Kita sebagai orang Islam boleh beli tanpa was-was.

Cara Beli IPO

Nak tahu lebih lanjut cara nak beli IPO, boleh rujuk:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bahan Asas: Permulaan Tahun Yang Kukuh

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Press Metal (PMAH)

Perolehan bagi syarikat-syarikat yang kami kaji rata-ratanya mencapai anggaran yang ditetapkan semasa suku tahun terbaru ini. Kami terus memandang positif akan prospek untuk aluminium disebabkan oleh harga yang meninggi – didorong oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Walaupun kami masih memandang positif akan prospek Malayan Cement (LMC) oleh sebab tahap kecekapan yang semakin baik, hal ini mungkin dilemahkan oleh kesan daripada kos arang batu lebih mahal, yang sepatutnya mula dirasai pada FY27. Permintaan untuk simen mungkin akan mengalami penurunan kecil akibat kegiatan industri yang mungkin lebih lemah, disebabkan oleh tekanan inflasi.

Purata harga LME sekarang mencecah USD3,647/tan QTD (+14% berbanding 1Q26)

Manakala kos alumina dan anod karbon meningkat 1% dan 6%. Sementara itu, purata premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) mencecah USD306/tan, sekali gus menyokong prospek untuk mencapai suku tahun berprestasi tertinggi dalam sejarah. Kos tambang muatan pula menokok 8% QoQ dan dijangka akan menaik 20-30% QoQ pada 2Q26F, walaupun ia hanya merangkumi <10% daripada jumlah kos, dan akan diimbangi oleh premium MJP yang lebih tinggi.

Potensi risiko kenaikan nilai FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB mengandaikan tiada potongan kadar dibuat pada 2026, pasaran mengambil kira kebarangkalian 72% untuk kadar dinaikkan menjelang Disember, lalu membawa nilai USD/MYR kepada USD4.03 (+2% dalam tempoh seminggu). Hal ini merupakan berita positif buat PMAH, kerana >90% daripada barangannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan setiap 2% pada USD mungkin meningkatkan perolehan sebanyak kira-kira 5%, sekiranya tiada perlindungan dibuat.

Kitaran pembinaan semula selepas peperangan di Asia Barat mungkin menjadi berita positif untuk permintaan aluminium

Dengan Arab Saudi mengumumkan tawaran projek baru bernilai sekitar USD16bn pada Apr 2026, iaitu paras tertinggi sepanjang YTD-2026, dan nilai projek diagihkan sama rata merentasi segmen pengangkutan (34%), perbandaran (33%) dan perindustrian (32%). Hal ini menandakan bahawa projek-projek pembangunan masih diteruskan di rantau tersebut. Walaupun Asia Barat membentuk hanya kira-kira 2% daripada permintaan aluminium dunia pada 2024, permintaan yang dipacu oleh pembinaan semula mungkin masih dapat memberi sokongan kepada harga aluminium semasa inventori lebih rendah YoY dan keadaan bekalan yang sudahpun berkurangan.

Prospek untuk LMC

Pihak pengurusan menjangka kos arang batunya untuk 4QFY26 akan menjadi agak stabil, kerana kumpulan ini masih mempunyai simpanan arang batu berharga rendah sebelum konflik di Asia Barat bermula – kesan daripada konflik ini dianggarkan akan dirasai mulai 4QFY26. Namun begitu, LMC telah memperoleh inventori arang batu untuk 2-3 bulan pada kira-kira USD90 untuk 1QFY27F (38% melepasi paras pada 3QFY26), sambil mengekalkan rebat MYR20/tan. Mengikut anggaran kami, kenaikan harga arang batu setiap USD10/tan mungkin akan merendahkan perolehan sebanyak 5-6% setahun dan menurunkan margin EBIT sebanyak 130bps, jika pelepasan kos adalah kecil dan harga arang batu berterusan menaik.

PMAH ialah Saham Pilihan Utama kami apabila melihat pada kekurangan bekalan aluminium

Dijangka akan berlarutan. TP kami diperoleh berdasarkan P/E FY27F 27.5x (+2SD daripada purata lima tahunnya). Kami berpendapat nilai ini wajar oleh sebab paras normal baharu untuk harga aluminium (>USD3,000/tan) yang dipacu oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Purata YTD sekarang ialah USD3,378/tan (4% melebihi anggaran kami). Oleh itu, kami berpendapat penilaian saham ini wajar dinaikkan melepasi paras purata. Kami juga memandang positif akan LMC disebabkan oleh tahap kecekapannya yang bertambah baik, manakala penilaian tampak murah apabila saham ini diniagakan pada -1.5SD daripada paras purata. Kami menekankan bahawa margin EBITDA tetap kukuh, dengan kenaikan QoQ kepada 35.3% pada 3QFY26 (2QFY26: 32.9%).

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.