OK Tak Dengan Dividen ASB 7% Bagi Tahun 2018?

Tahniah pemegang-pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan pengumuman oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini. Dividen berkurang dari tahun lepas tetapi tetap tak rugi.

Daripada segi pengagihan pendapatan kelihatan menurun sedikit, tetapi daripada segi bonus ada peningkatan. Tetapi tak seperti tahun lalu yang diberi bonus ulang tahun iaitu sebanyak 1%.

Urusniaga ASB kini ditutup bermula 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019.

Anda boleh mula menyemak akaun masing-masing bermula 2 Januari 2019 menerusi laman web myASNB (www.myasnb.com.my) atau di bank-bank ejen ASNB di seluruh negara.

Pengiraan Dividen ASB 2018

RM1,000

= RM1,000 * 6.5% + RM1,000 * 0.5%

= RM65 + RM5

= RM1,070.00

RM10,000

= RM10,000 * 6.5% + RM10,000 * 0.5%

= RM650 + RM50

= RM10,700.00

RM100,000

= RM100,000 * 6.5% + RM100,000 * 0.5%

= RM6,500 + RM500

= RM107,000.00

RM200,000

= RM200,000 * 6.5% + RM200,000 * 0.5%

= RM13,000 + RM1,000

= RM214,000.00

Jangan lupa tunaikan zakat ASB anda. ASB anda wajib dizakatkan apabila telah melebihi nisab dan haul.

Baca juga Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

Tahukah anda di mana PNB dan ASB ni melabur duit anda? Jawapannya ada di Simpan Dalam ASB Memang Selamat, Tapi ASB ‘Simpan’ Duit Kita Dekat Mana?

Secara ringkasnya, ASB melabur dalam pasaran saham di Malaysia, yang juga dikenali sebagai Bursa Malaysia. Di sinilah ASB memperolehi keuntungan yang besar, sehingga mampu memberikan dividen kepada para pelabur ASB. Oh ya, ASB juga melabur dalam pasaran hartanah dan bon.

Ini secara tidak langsung bermakna, jika anda mahukan keuntungan yang lebih tinggi daripada apa yang ASB tawarkan setiap tahun – belajarlah ilmu pelaburan saham. Tempat yang terbaik untuk bermula, adalah dengan membaca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.