Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi 2018

Selamat tahun baru 2019 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Kami mendoakan anda semua bakal beroleh kejayaan yang lebih besar untuk tahun 2019 ini.

Tapi sebelum itu, ambil iktibar daripada kejatuhan saham-saham syarikat berikut. Minta dijauhkan daripada tersalah beli saham, sehingga terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Sebab itu jugalah penting untuk kita membuat Trading Plan dan mengamalkan Cut Loss apabila harga jatuh ke paras kerugian yang telah kita tetapkan.

Jom kita tengok top 10 saham patuh Syariah yang paling rugi sepanjang 2018 ini.

1. Ikhmas Jaya Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. Vivocom International Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Eduspec Holdings

 

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sumatec Resources

 

Sumber: Bursa Marketplace

5. Barakah Offshore Petroleum

 

Sumber: Bursa Marketplace

6. iDimension Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

7. Seacera Group

Sumber: Bursa Marketplace

8. Zelan Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Protasco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. George Kent (M)

Sumber: Bursa Marketplace

Jatuh 60% Dalam Masa Dua Hari Pun Ada

Kalau kita rasa kejatuhan sebanyak 82% dalam masa setahun dah cukup parah, tapi sekurang-kurangnya kita boleh Cut Loss lebih awal. Bila dah bermula downtrend pada carta, cabut lari sebelum rugi lebih besar.

Tapi bagaimana pula dengan kejatuhan 30% dalam masa sehari? Sebaik pasaran saham dibuka jam 9 pagi, harga dah jatuh 30%. Memang tak sempat nak Cut Loss punya.

Itulah yang terjadi kepada saham MyEG dan George Kent dan kebanyakan saham-saham lain, apabila kerajaan Barisan Nasional tewas pada Pilihanraya Umum Yang Ke-14 pada bulan Mei yang lalu.

Tengok saja Saham-saham Yang Jatuh Teruk Sehari Lepas PRU-14 dan Bursa Bekukan Had Bawah MYEG dan George Kent, semoga kita fahamkan betul-betul risiko yang terlibat dalam pelaburan saham ini.

Semoga kita semua dijauhkan daripada kerugian besar apabila melabur.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance Last Year iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.