Ikuti Pengalaman Seorang Eksekutif Yang Bersinar Selepas Menyertai MATA (Malaysian Association of Technical Analysts)

Nama saya Connie Lim, dan saya telah bekerja di dalam industri perbankan sejak saya memperolehi ijazah dalam Perhubungan Awam (Public Relations). Bermula sebagai Wakil Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di bank, kini saya sudah memiliki 12 tahun pengalaman bekerja.

Gaji permulaan pada ketika itu adalah sebanyak RM1,500 dan kenaikan tahunan gaji kurang daripada 5%. Melompat dari satu bank ke satu bank yang lain, dengan mengharapkan kerjaya yang lebih baik. Namun, saya tidak dapat melihat dengan jelas karier, dan gaji juga masih rendah.

Kemudiannya saya berkhidmat dalam bahagian operation, seterusnya kepada bahagian jualan Bancasurance dalam bank dan Paid Dealer di Investment Bank. Ianya juga tidak memberi laluan kerjaya dan pendapatan yang lebih baik.

Mula Menceburi Bidang Pelaburan Saham

Sebelum ini, saya hanya mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perbankan tetapi pengetahuan sifar dalam perdagangan saham. Saya merasakan saya mesti belajar dan meningkatkan kemahiran saya, apabila saya mula bekerja dalam industri pelaburan selepas beberapa bulan.

Kemudian, saya secara tidak langsung berkenalan dengan Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) pada tahun 2013 dan saya tidak sabar-sabar untuk belajar ilmu Technical Analysis (TA) supaya saya boleh membina kerjaya saya dalam pelaburan dan perdagangan. Masa depan saya lebih cerah selepas menyertai Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) sebagai ahli MATA.

Lalui Cabaran Untuk Belajar

Saya ingat lagi saya terpaksa menggunakan LRT daripada Petaling Jaya ke Chow Kit hampir setiap Sabtu dan Ahad semasa saya belajar MSTA dahulu. Saya mula belajar asas Technical Analysis dan bagaimana menggunakan ilmu TA dalam berdagang saham, indeks dan komoditi.  Saya juga belajar cara-cara untuk menulis ulasan dalam pasaran saham.

Saya juga berpeluang berkenalan dengan ramai pakar dan mentor hebat seperti Dato Dr Nazri Khan, Tuan Nik Ihsan, Ridzuan Ibrahim, Mohd Fakhrul Asyraq, Haji Asri, Haji Zainal dan ramai lagi dalam Malaysian Association of Technical Analysts (MATA). Mereka kerap berkongsi pengalaman trading mereka dengan saya. Tidak pernah sekali, mereka tidak menjawab soalan saya walaupon kadang-kadang saya menanya soalan basic sahaja.

Apabila saya sudah menjadi pakar dalam pengulasan pasaran, saya diberi peluang oleh Presiden MATA iaitu, Tuan Nik Raja Ihsan bin Raja Abdullah untuk menjadi Chief Editor dalam MATA. Saya pula dapat membantu kawan-kawan lain yang ingin membina kerjaya mereka dalam dunia pelaburan saham.

Pengalaman Menganjurkan IFTA 2018 Di Kuala Lumpur

Saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa dan speaker dalam pada IFTA 2018 yang berlangsung di KLCC. Ianya terbukti pengalaman yang sangat berharga dalam meningkatkan ilmu pengetahuan saya, di samping dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh hebat dunia yang lain.

Kini saya mula membimbing para-para pelabur di pejabat saya dan mula mengadakan kelas coaching. Saya juga sering dijemput untuk memberi ulasan mengenai pelaburan saham.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan-kawan yang berada di dalam Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) yang membantu saya dalam menjayakan Jurnal dan Newsletter MATA. Saya harap ramai lagi kawan-kawan akan menyertai kami dalam Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) bagi memeriahkan lagi indiustri pelaburan saham tempatan.

Mengenai Malaysian Association of Technical Analysts (MATA)

Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) merupakan sebuah pertubuhan NGO yang telah ditubuhkan sejak 2014 untuk mendidik and mencungkil bakat warga Malaysia dalam penggunaan analisis teknikal professional dalam pelaburan dalam apa jua pasaran.

MATA adalah sebuah persatuan yang menyediakan pendidikan untuk membantu ahli menjadi pedagang dan pelabur, dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan dalam pasaran kewangan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.

Keahlian MATA terdiri daripada penganalisis teknikal profesional dan individu swasta. Oleh itu, Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) sudah menjadi platform untuk bertemu dan berkongsi idea berkenaan dengan pelaburan dan teknikal analisis.

Walaupun MATA baru ditubuhkan hampir 5 tahun, ianya diiktiraf oleh STA-UK, di seluruh dunia sebagai salah satu pertubuhan untuk melatih dan memberi akreditasi anggota komuniti pelaburan; dari profesional industri kepada individu perseorangan, yang berminat dalam kajian analisis teknikal.

STA telah menetapkan standard dalam analisis teknikal selama hampir 50 tahun dan telah mengajar di beberapa universiti di UK seperti LSE, King’s College, dan Queen Mary selama hampir 25 tahun. Hari ini, daripada professional pengurus dana hingga para pelabur perlu tahu kemahiran dan cekap dalam teknikal analisis kerana teknikal analisis boleh digunakan di mana-mana pasaran seperti mata wang, komoditi, bon, kadar faedah, ekuiti dan mata wang kripto seperti Bitcoin.

Kini, MATA dibimbing oleh Tuan Nik Raja Ihsan Bin Abdullah sebagai Presiden MATA. Beliau merupakan Member of the Society of Technical Analysts (MSTA) dan mempunyai kelulusan Certified Financial Technician (CFTe). Kini beliau merupakan seorang Chartist di Maybank Investment Bank Berhad.

MATA terdiri daripada ramai ahli professional dalam industri dan luar industri seperti Technical Analyst Investment Bank, Fund Manager, Remisier, Dealer, Doctor, Lawyer, Engineer, dan sebagainya. Kami menyediakan platform yang lengkap untuk ahli MATA.

Manfaat Ahli MATA:

1. Sumber Pembelajaran

2. Rangkaian Profesional

3. Pangkalan Pengetahuan

4. Diskaun untuk acara dan seminar tempatan dan global

5. Pembangunan Kerjaya

6. Buletin Bulanan

7. MATA Jurnal – suku tahunan

8. Akses ke Peperiksaan Sijil Profesional – CFTe & MSTA

9. Kumpulan Telegram & WhatsApp

10. Kadar Bayaran Diskaun untuk kelas

11. Kadar Bayaran Diskaun untuk Bursa Station & Share Investor

12.TA DAY (Hari Teknikal) – prospek pasaran @ kadar diskaun

13. Kelas khas dari Trainer dalam Malaysia atau luar negara

14. Akses Percuma sumber dalam R & D & Perpustakaan

Kami mengalu-galukan para-para pelabur yang berminat untuk menyertai Malaysian Association of Technical Analysts (MATA).

Artikel ini ditulis Connie Lim, Senior Share Investment Executive di Maybank dan berkelulusan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe). Beliau juga merupakan Chief Editor MATA.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.