Ketua Pegawai Teknologi Toshiba kongsi strategi luas syarikat di laman Toshiba Clip yang baru dilancarkan

SINGAPURA, 13 Februari 2019 /PRNewswire/ — Toshiba bermatlamat untuk menjadi salah sebuah syarikat teknologi sistem fizikal-siber (CPS) yang terkemuka di dunia. Apakah kekuatan teknologi yang dimiliki oleh Toshiba dan dunia apakah yang ingin direalisasikan olehnya? Ketua Pegawai Teknologi Toshiba Corporation, Dr. Shiro Saito bercakap tentang strateginya.

Memahami Sistem Fizikal-Siber
Loji Kuasa Maya

 

Bateri Boleh Dicas Semula TOSHIBA SCiB(TM)

Ringkasan wawancara Dr. Saito adalah seperti berikut:

Soalan: Apa itu CPS dan bagaimana teknologi ruang siber akan dapat dikaitkan dengan teknologi dunia sebenar yang bersifat fizikal?

Jawapan: Matlamat Toshiba adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial menerusi teknologi yang menyatukan antara siber dan fizikal, iaitu dunia sebenar.

Meskipun kami menggunakan perkataan siber, cuba bayangkan imej otak manusia. Fizikal dapat difahami sebagai produk, seperti komponen dan bahan, sistem dan perkhidmatan yang dapat kita lihat di dalam dunia sebenar. Kami semakin dapat menggunakan teknologi penderiaan dan rangkaian untuk mengumpul maklumat daripada operasi produk dan sistem serta perkhidmatan.

Kemudiannya, kami dapat menggunakan AI dan teknologi-teknologi lain untuk menganalisis serta memahami data berkenaan dalam ruang siber dan menghasilkannya sebagai maklum balas ke dalam dunia sebenar – sebagai penyelesaian optimum, ramalan dan rancangan yang menambah nilai kepada teknologi, produk dan perkhidmatan dunia sebenar. Kami percaya bahawa pengulangan kitaran ini akan menjurus kepada penciptaan teknologi, produk dan perkhidmatan yang bahkan lebih baharu.

Di Toshiba, perkara-perkara yang benar-benar direalisasikan melalui penggabungan antara teknologi siber dan fizikal termasuk loji kuasa maya, kereta api dan robotik. Beberapa bidang tumpuan termasuk bateri boleh dicas semula SCiB™ dan juga semikonduktor untuk kenderaan automatik elektrik.

Pada masa kini, dalam bidang mobiliti, penembusan lebih luas e-kenderaan dilihat sebagai laluan biasa dan kata kuncinya ialah CASE, singkatan untuk ketersambungan, berautonomi, berkongsi dan elektrik. Apabila memikirkan bagaimana hal berkenaan akan menerajui laluan ke arah pemanduan automatik, jelas bahawa teknologi yang dimiliki oleh Toshiba, seperti bateri dan semikonduktor automotif akan menjadi suatu keperluan.

Berhubung hala tuju penyelidikan dan pembangunan, kami sedang menuju melangkaui “AI berbantu manusia” yang memaklumkan kepada kami bagaimana untuk mendapatkan keputusan dengan cekap apabila kami mengetahui jawapan yang betul dan kini kami mempromosi pembangunan “pembelajaran kendiri AI” yang mana manusia tidak lagi perlu menyediakan pengajaran peringkat tinggi.


Sumber: Toshiba Corporation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.