7 Nasihat Pengurusan Kewangan Yang Sangat Berguna

Pantas masa berlalu, kita sudah hampur menemui pertengahan tahun. Berapa masih banyak impian yang masih bekum kita berjaya nak capai pada tahun ini? Lebih-lebih bab kewangan? Dah berjaya dapat kan pengurusan kewangan yang baik atau tidak?

Jemput sama-sama kita baca perkongsian Tuan Amir Syahir.

Tahun 2018 dah pun meninggalkan kita. Tahun 2019 dah pun bermula. Korang pula, macam mana? Dah bersedia menuju tahun baru?

Macam biasa la. Sebagai netizen yang hipster dan acah-acah nak nampak ‘up-to-date,’ mesti nak ada azam. Punya la semangat buat azam, sampai azam tahun lepas pun dibawa ke tahun berikutnya.

Macam tu juga dengan kewangan. Korang kena ada azam dan matlamat yang jelas. Antaranya:

Azam #1 : Set Matlamat Kewangan Tahun Ini

Apa matlamat dan impian yang korang nak capai tahun ni?

Contohnya, seperti nak membeli rumah, kereta, berkahwin, dan sebagainya. Dan berapa pulak jumlah wang yang diperlukan untuk capai matlamat ini?

Dengan adanya matlamat, tindakan korang akan jadi lebih jelas dan mudah.

Azam #2 : Semak Aliran Tunai

Belajar buat bajet bulanan. Dan jangan lupa, catat semua perbelanjaan yang dibuat.

Korang suka buat hutang sebab rasa gaji korang banyak. Tapi bila dah buat bajet, korang akan nampak gaji korang tinggal berapa sen je.

Jadi, korang tak la nak asyik keluar tengok wayang, beli smartphone baru, ataupun tukar sport rim baru.

Azam #3 : Tahu Bezakan Antara Keperluan Dan Kemahuan

Bezakan antara kehendak dan keperluan. Belanja mengikut kemampuan ekonomi korang.

Bukan ternak perangai nak berlawan je. Bila jiran tukar sofa baru, korang pun menggelupur nak tukar sofa baru jugak. Kawan tukar iPhone X, dia pun sibuk nak tukar jugak.

Sentiasa ukur baju di badan sendiri. Bukan ukur baju yang kita nak pakai kat badan orang lain. Faham, kan?

Azam #4 : Paksa Diri Simpan 10% Duit Gaji

Kalau ada bonus, simpan. Kalau ada kenaikan gaji, simpan.

Simpan semua tu dekat tempat yang berikan pulangan dividen seperti Tabung Haji dan ASB. Buat potongan gaji siap-siap. Lagi banyak, lagi bagus.

Lagi satu, simpan duit tu kat tempat yang susah dikeluarkan. Dan bila dah simpan, buat-buat la lupa. Tak la korang nak keluarkan je duit tu.

Azam #5 : Uruskan Hutang Dengan Cemerlang

Senaraikan jumlah hutang mengikut kadar profit yang paling tinggi, beserta ansuran bulanan.

Kalau ada pembiayaan dengan bank, jangan la bayar ikut suka hati korang je. Rosak CCRIS korang nanti. Bayar ikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

Azam #6 : Mula Belajar Untuk Melabur

Mulakan melabur kat instrumen pelaburan yang diyakini. Cari pelan pelaburan yang kena dengan kemampuan kewangan korang.

Korang kena la mula cari dan perbanyakkan ilmu pasal ni. Jangan tersilap langkah.

Azam #7 : Sentiasa ‘Lapar’ Untuk Belajar Ilmu Kewangan

Ilmu tentang pengurusan kewangan amat la luas. Makin banyak korang belajar, makin korang akan sedar diri betapa kerdilnya ilmu korang. Banyakkan membaca.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Banyak cara korang boleh dapatkan ilmu. Nak atau tak nak je.

Kalau tahun lepas korang kurang timba ilmu pengurusan kewangan, tahun ni cuba la untuk berubah.

Nak perubahan? Mulakan dengan diri sendiri

Kalau tahun lepas pengurusan kewangan korang kurang mantap, mantapkan lagi pengurusan kewangan korang pada tahun 2018. Lebih baik lambat berubah daripada langsung tak berubah.

Pandai-pandai la korang tetapkan azam pengurusan kewangan. Kalau tak nak berubah lagi, tak tau la.

Kalau korang tak berubah, takde orang yang nak ubah kehidupan korang. Kah!

Ianya berbalik kepada asas pengurusan kewangan seperti yang digambarkan dengan piramid kewangan di atas.

1. Adakah anda mempunyai perlindungan?

Mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Ianya adalah satu statistik yang sangat menyedihkan. Perlindungan merupakan perkara yang paling asas semua orang patut ada, tapi masih ramai lagi yang tidak mempunyainya.

Salah ejen Takaful ke? Salah produk ke? Salah kita ke?

2. Adakah anda mempunyai simpanan?

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan kita. Kalau kita mempunyai gaji sebanyak RM3,000, pastikan ada simpanan sebanyak RM9,000 ke RM18,000 untuk bersedia dengan sebarang musibah.

Tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan bahawa: 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

Salah telefon pintar mahal ke? Salah internet mahal ke? Salah kereta mahal ke? Atau salah gaji yang tak naik-naik?

3. Adakah anda mempunyai pelaburan?

Bila bercerita tentang pelaburan, memang best. Boleh dikatakan topik yang paling hangat untuk dijadikan perbincangan adalah pelaburan. Habis tu kenapa kita pergi join skim cepat kaya? Baca saja berkenaan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah.

Hampir sejuta rakyat Malaysia yang tertipu dengan skim-skim penipuan. Ini yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan agak-agaknya banyak lagi tak?

Salah scammer ke camana?

Tiada Perlindungan, Tiada Simpanan, Tapi Terus Nak Melabur

Nampak tak dia punya rantaian di atas? Dahlah kita tiada perlindungan Takaful, simpanan pun tiada, alih-alih nak melabur. Bila melabur tu, suka sangat dengan janji-janji manis dan tawaran yang tak masuk akal. Biasa kita dengar istilah ‘High Risk High Return’ dan ‘Low Risk Low Return’.

Tapi ‘No Risk High Return’? Memang patut sangatlah kena tipu kalau macam ni.

Memang ada, tapi melaburlah di kaunter zakat atau kaunter waqaf. Konfem bila kita labur 1 dapat balik 700.

Dapatkan Khidmat Nasihat Berkaitan Kewangan Daripada Perancang Kewangan Yang Berlesen

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?

Zaman sekarang ni, ramai yang claim mereka pakar, tapi berapa ramai yang merupakan Perancang Kewangan atau Financial Planner yang berlesen? Kalau nak tahu di Malaysia, bilangan mereka ini tak sampai pun seribu orang, memang rare sangat.

Memperkenalkan My Personal Finances (MyPF Premier)

Kini anda selangkah saja lagi untuk mendapatkan manfaat bagi mengembangkan kewangan peribadi bagi menuju kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Mereka menghubungkan anda kepada Perancang Kewangan yang berdaftar dan boleh membantu daripada segi:

  • Penasihat yang membimbing dalam menetapkan sasaran kewangan, mengulas dan berkongsi ilmu
  • Khidmat nasihat yang kerap dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, dan menjawab segala kemusykilan berkaitan kewangan
  • Pembelajaran secara hands-on dalam pelaburan, termasuklah saham, hartanah dan lain-lain

Bila dah kenalpasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jom kita jadi ahli MyPF Premier hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari