4 Sebab Mengapa Pelaburan Yang Terbaik Adalah Dengan Membayar Hutang Terlebih Dahulu

Ini merupakan kenyataan yang menyindir tetapi adalah fakta yang benar. Mark Cuban, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jutawan terkenal juga bersetuju dengan fakta ini. Menurut beliau, memang benar bahawa menyelesaikan hutang terlebih dahulu adalah pelaburan yang terbaik.

Ini kerana, membayar hutang secepat mungkin akan memberikan pulangan nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang. Dan menyelesaikan hutang terlebih dahulu tidak mendatangkan risiko.

Sebenarnya, membayar hutang juga merupakan satu pelaburan yang sudah pastinya menguntungkan. Daripada kita membayar faedah kepada pihak yang memberi pinjaman, dapat juga kita berjimat.

Mengapa #1?

Apabila anda menyelesaikan hutang terlebih dahulu, maka anda tidak terkena tindakan disenaraihitam oleh pihak berkuasa. Jika tidak, susahlah untuk anda untuk mendapatkan pekerjaan, membuat pinjaman baru dan bermacam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, bebas daripada senarai hitam membolehkan kita untuk melancong ke luar negara tanpa sekatan.

Mengapa #2?

Apabila anda menyelesaikan hutang anda, bolehlah membeli aset atau menyimpan wang. Bebas hutang bukan bererti anda boleh membuat pinjaman baru tetapi bebas hutang akan menjadikan anda tidak terikat dengan bayaran faedah yang semakin menaik.

Mengapa #3?

Lunaskan hutang anda terlebih dahulu kerana sekiranya anda terikat dengan hutang atau pinjaman, kadar bayaran bunga akan semakin meninggi. Ini akan membebankan anda di kemudian hari. Belajar untuk membayar hutang atau pinjaman meskipun dalam jumlah yang sedikit atau jumlah yang paling minimum.

Mengapa #4?

Mempunyai kehidupan dan gaya hidup mewah, tetapi hutang dan pinjaman tidak dilunaskan? Anda tidak perlu hidup bermegah dengan kemewahan sekiranya anda dipenuhi hutang keliling pinggang. Mungkin tiada siapa tahu. tetapi anda yang perlu sedar diri dan malu kerana mampu hidup mewah tetapi tidak mampu membayar hutang dan pinjaman.

Kesimpulannya, pembayaran hutang dan pinjaman akan membantu anda dalam pelbagai cara. Bukan itu sahaja, anda tidak akan tertekan dengan tunggakan yang semakin meningkat. Oleh itu, bayarlah hutang dan pinjaman biar pun dengan nilai yang kecil. Biar lambat, asal selamat.

Dalam Islam, bayar hutang adalah wajib. Orang yang mati syahid, yang dijamin masuk syurga pun, akan tersangkut jika mempunyai hutang yang belum dilunaskan.

 

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA