Pasaran Saham China Bakal Jadi Pasaran Saham Nombor Satu Dunia

Bila sebut pasal negara China, ramai yang terbayangkan tentang barangan ‘Made in China’ seperti televisyen, telefon pintar dan sebagainya. Tapi jarang pula kita ambil tahu pasal pasaran saham di China.

Jom kita layan perkongsian Stallion Brothers, pakar saham global mengenai topik yang jarang-jarang kita dengar ini.

China Ada Dua Pasaran Saham

China memiliki dua pasaran saham utama iaitu Shanghai Stock Exchange dan juga Shenzhen Stock Exchange. Nilai keseluruhan kedua-dua pasaran saham di China ni adalah lebih kurang US$8 trillion. Shanghai adalah pasaran yang lebih besar dan didominasi oleh syarikat multinational gergasi China seperti China Construction Bank, Petro China dan Industrial Commercial Bank. Nilai keseluruhan Shanghai Stock Exchange adalah US$4.9 trillion.

Shenzhen pula adalah pasaran yang lebih moden dan didominasi oleh saham-saham yg bersifat startup yang tidak dikawal oleh kerajaan. Nilai keseluruhan saham di Shenzhen adalah US$3 trillion. Di antara saham terbesar yang ada di Shenzen adalah Midea Group, salah satu syarikat perkakas elektronik terbesar di China. Kat Malaysia pon banyak produk dia dari ke TV sampai ke air-cond, semua ada.

Pasaran saham di U.S memanglah jauh lebih besar dengan nilai keseluruhan US$13 trillion tapi ada banyak sebab kenapa pasaran saham China dijangka dapat menandingi pasaran saham di U.S. Kalau korang tengok, pasaran di U.S memang sangat terbuka dan orang luar dialu-alukan untuk melabur di U.S, manakala di China memang agak konvervatif dan diorang tak suka orang luar melabur. Tapi itu cerita dulu….

Sekarang China telah membuka pasaran saham kepada orang luar dengan banyak kelonggaran diberikan. Baru-baru ini pasaran saham China telah di ‘endorse’ atau diiktiraf salah satu agensi badan pelaburan terbesar dunia iaitu MSCI untuk meletakkan saham-saham besar China di dalam senarai  mereka. So bila dah masuk dalam list, semua jerung-jerung global memang akan mengganas di China.

Cuba korang tengok pasaran saham China sekarang, jumlah pelabur yang membeli ketika ini memang tak masuk akal, berpuluh kali ganda jauh lagi besar daripada pasaran saham di U.S. Satu hari, jumlah transaksi di China boleh mencecah 50 billion. Banyak saham-saham di China ini masih belum mendapat perhatian dari masyarakat dunia sebab ada masalah dengan tadbir urus korporat.

Dengan perubahan dasar yang dilakukan di Shanghai dan Shenzhen Stock Exchange, semua syarikat di China akan mengambil langkat proaktif untuk memastikan takbir urus korporat berada pada tahap terbaik. Langkah yang dibuat ini akan menyaksikan lebih banyak jerung global akan membeli saham-saham China yang masih belum habis diteroka sebelum ini. China ni memang sebijik macam U.S pada tahun 80-an.

Penggubalan dasar yang lebih baik untuk tadbir urus korporat di China adalah seperti gelombang besar kedua selepas tahun 2008, di mana ekonomi China meletup-letup seperti bunga api dan masa tu lah banyak syarikat gergasi dunia berlumba-lumba untuk memulakan operasi di China. Kepada pelabur global, jom kita tengok-tengok pasaran saham China.

Sumber: Stallion Brothers

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters