Education Malaysia Global Services (EMGS): Transformasi Pendidikan Untuk Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, Malaysia3 April 2019 /PRNewswire/ — Education Malaysia Global Services (EMGS) sedang mengadakan proses rombakan jenama secara menyeluruh untuk menjadi agensi perdana yang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan ulung dunia.

Dari Pemprosesan Visa Ke Transformasi Digital

Walaupun mempunyai mandat yang lebih besar, EMGS hanya dikenali sebagai syarikat memproses visa yang jauh ketinggalan berbanding British Council atau IDP Australia. Fokus terdahulu ke arah pameran pendidikan adalah kurang berkesan kerana penglibatan para institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah tidak melebihi 5%.

Kedudukan Malaysia yang dahulunya dalam 10 tangga teratas telah jatuh ke tangga ke-12. Jumlah pelajar asing telah merosot sebanyak -39% dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini, dari sekitar 71,000 permohonan baharu kepada 41,000 sahaja pada tahun 2018. Di rantau Asia, negara ThailandTaiwanHong Kong, Korea and Japan melangkau jauh walhal Malaysia terus ketinggalan.

Sejak lewat 2018, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk menyuntik bakat baharu dari sektor awam dan swasta ke dalam EMGS. Di bawah kepimpinan baharu, EMGS telah memulakan transformasi untuk menjulang sektor pendidikan tinggi Malaysia di persada antarabangsa. Fokus terkini akan beralih kepada pemasaran digital, pembinaan jenama dan pembinaan rangkaian kerjasama.

Model Baharu

EMGS akan lebih mengamalkan pembikinan polisi berlandaskan bukti yang akan melibatkan para pemegang taruh dengan lebih baik. Kerjasama, keberkesanan, mutu dan perkongsian jangka panjang akan semakin diutamakan selari dengan wawasan YB Menteri Pendidikan.

  • Menjenama semula Malaysia sebagai destinasi ulung pengajian dunia.
  • Sebuah strategi pemasaran yang lebih pelbagai dan menglibatan IPT-IPT Malaysia secara lebih aktif bakal merebut peluang yang lebih dari pasaran yang semakin dinamik. Negara-negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Timur serta Timur Tengah dan Afrika Utara akan didampingi dengan pendekatan yang berlainan.
  • Rancangan Pemasaran Digital akan dilancarkan pada lewat suku kedua 2019 dengan tujuan untuk menyokong dan melengkapi promosi-promosi EMGS di luar negara, termasuklah di pameran-pameran antarabangsa.
  • Memperkukuh kerjasama dengan ejen-ejen pendidikan dan pihak-pihak ketiga. Ejen membawa lebih 50% daripada jumlah pelajar asing dari negara-negara membangun ke Malaysia.
  • Untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, EMGS sedang menyemak serta merunding kembali perjanjian dan konsesi lama untuk mengurangkan kos, meningkatkan pulangan dan memberi lebih nilai tambah kepada para pemegang taruh.

Solusi Untuk Masa Hadapan

Demi memanfaatkan Revolusi Industri Ke-4 dengan lebih berkesan, EMGS akan menggunakan teknologi dan inovasi terkini termasuklah kecerdasan buatan (AI).

Rancangan Pemasaran Digital ini, dengan bantuan aktif dari rakan-rakan IPT kami, akan menampilkan kandungan baharu serta meningkatkan penggunaan maklumat dan penyertaan ramai.

Kami akan menawarkan MUET di peringkat antarabangsa sebagai sebuah produk yang kompetitif yang akan turut memudahkan pelajar antarabangsa yang bakal melanjutkan pelajar ke IPT di Malaysia.

Dengan adanya lebih 200 IPT di Malaysia yang menawarkan produk pendidikan bermutu tinggi, Malaysia pada hakikatnya menawarkan kepelbagaian dan kemajmukan ilmu yang menepati falsafah istilah ‘universiti’ itu sendiri. Pendidikan yang hakiki tidak akan pernah ditelan zaman, dan itulah sebenarnya yang Malaysia tawarkan.

Dalam pada itu, EMGS melalui sebuah penjenamaan semula akan terus menawarkan perkhidmatan pendidikan bermutu tinggi di bawah jenama ‘Education Malaysia’.

About Education Malaysia Global Services

Education Malaysia Global Services (EMGS) is a non-profit company, limited by guarantee, wholly owned by the Ministry of Higher Education (MOHE) Malaysia. EMGS acts as a One Stop Centre for international student services. EMGS is responsible for the management and processing of applications for a Student Pass to higher education institutions in Malaysia. EMGS also leads the worldwide promotion of education in Malaysia. At present, higher education institutions in Malaysia hosts over 132,000 international students from more than 120 countries.

Sumber: Education Malaysia Global Services
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.