Seperti kehidupan lain di dunia ini, dunia saham juga telah berubah sejajar dengan kemajuan dunia dan teknologi maklumat. Tiga dekad yang lalu, kita tidak menyangka bahawa para pelabur dan pedagang boleh menjalankan transaksi jual beli saham dengan mudah dengan hanya menggunakan teknologi seperti talian internet.
Dan satu perkara yang telah muncul dalam dunia saham adalah berkenaan ‘The Efficient Market Hypothesis’. Pertama kali dengar kan? Jom kita ambil tahu apa yang dimaksudkan dengannya:
Burton Malkiel yang merupakan seorang profesor di University of Preston adalah merupakan orang yang telah mengemukanan idea ini. Beliau yang terkenal dengan buku bertajuk A Random Walk Down Wall Street, telah merekodkan fakta mengenai 358 dana saham (Stock Fund) pada tahun 1970 sehingga tahun 2012 seperti berikut:
266 daripada 358 tidak lagi wujud (hampir 74%).
Baki 92 masih bertahan dalam pasaran (26%).
42 daripada 92 (46%) dana tersebut memberikan pulangan sebanyak 1% daripada keseluruhan pasaran.
18 dana (19%) mencatatkan pulangan melebihi 1% daripada keseluruhan pasaran.
Baki 32 dana (35%) pula memberikan pulangan kurang dari 1%.
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa sangat sukar untuk memilih winner stock yang juga menyaksikan bahawa harga saham adalah berdasarkan maklumat yang tersedia berkenaan dengan syarikat yang tersenarai tersebut. Ianya juga membuktikan bahawa pulangan saham berada dalam keadaan rawak. Setiap saham bergerak ke atas atau ke bawah tanpa boleh diduga.
Sekarang kita dah tahu apakah maksud ‘The Efficient Market Hypothesis’, berikut merupakan pengajaran yang boleh diambil daripadanya:
Realitinya, masih ramai para pelabur dan pedagang yang tidak nampak pergerakan saham yang bersifat rawak. Mereka hanya fokus untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dalam masa singkat dan mudah. Apabila terdapat berita mengenai kenaikan harga saham pada hari ini, semestinya hari seterusnya mereka memgimpikan harga terus naik dan naik lagi, seperti tidak akan turun.
Persepsi seperti ini jarang dapat ditafsir dengan baik oleh kebanyakan orang dan mereka gagal untuk merumus corak (Pattern) pasaran sehingga boleh menjejaskan psikologi sendiri. Psikologi yang lemah dan mudah terpengaruh sama sekali tidak akan dapat membantu membuat keputusan yang betul dalam pelaburan.
Jangan bazirkan duit untuk mengalahkan pasaran (Beat the market). Sebenarnya, tahun demi tahun kebanyakan professional Money Manager tidak dapat membuat keuntungan yang konsisten. Lebih mengejutkan, professional Money Manager yang dapat mengalahkan market pada tahun ini, agak sukar untuk mengulangi kejayaan tersebut pada masa akan datang.
Satu alasan kukuh kenapa professional Money Manager juga sukar untuk mengalahkan pasaran saham adalah kerana Persaingan. Ramai pelabur dalam waktu yang sama membuat Bidding untuk saham pada harga jual (sell) dan beli (buy). Jika harga terlalu tinggi, maka para Seller akan menekan semula harga saham untuk jatuh. Sebaliknya pula juga jika harga terlalu rendah, para Buyer akan menekan harga untuk naik. Ini bermakna harga saham tidak akan terus berada di landasan tetap, sama ada menaik atau menurun.
Adakah anda sedar jika kita tidak mengetahui bagaimana saham bergerak, maka sangat sukar untuk kita membuat keuntungan?
Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.
Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.
Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.
Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.
Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.
Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :
‘C’ – Current Quarter Earning
‘A’ – Annual Earning
‘N’ – New product/management/event
‘S’ – Supply and Demand
‘L’ – Leader/laggard
‘I’ – Institutional
‘M’ – Market direction
Apa Itu Leader dan Laggard?
Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.
Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.
Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.
Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.
PMETAL vs LBALUM
Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.
Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.
Sumber : Trading View
Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.
Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.
Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.
Sumber : MalaysiaStock.biz
Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.
Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.
Sumber : Trading ViewSumber : MalaysiaStock.biz
Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.
Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.
Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.
Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.
Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.
Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.
AMD vs NVIDIA
Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.
Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.
Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Penafian : Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.