Curtis ‘Wall Street’ Carroll – Daripada Seorang Penjenayah Kepada ‘Financial Guru’

Memang luar biasa kisah kali ini, kita akan lihat bagaimana seorang penjenayah dan banduan yang telah bertukar menjadi seorang lagenda kewangan dalam kandang besi. Kami mengharapkan perkongsian kisah hidup beliau akan memberi satu makna pengajaran kepada masyarakat di luar sana agar terbuka minda dan mengambil ikthibar daripadanya.

Beliau yang dahulunya dihina, kini menjadi bualan seluruh dunia. Tanpa memperlengahkan masa, jom kita menyelusuri kehidupan beliau.

Wall Street

Beliau yang dimaksudkan adalah Curtis Carroll, seorang banduan yang dikenakan tindakan hukukman penjara selama 54 tahun akibat daripada perbuatan merompak dan membunuh. Semestinya terdetik dalan fikiran anda, kenapa tajuk kecil diletakkan Wall Street di pertengahan nama beliau. Sebenarnya “Wall Street merupakan nama gelaran ketika beliau mula dikenali selepas terlibat dalam dunia kewangan.

Zaman Kanak-kanak

Berbeza dengan kanak-kanak lain, beliau membesar di dalam lembah hitam. Beliau tidak pernah bersekolah atau mendapatkan pendidikan formal, oleh itu beliau seorang yang buta huruf. Beliau membesar di Oakland California dengan ibunya.

Ibunya hanya dapat mencari wang sebanyak $40 sehari dengan menjual darah di hospital. Selain itu, beliau membesar dalam persekitaran yang tidak sihat iaitu dikelilingi oleh penagih dadah.

Beliau selalu mendengar perkataan ini daripada teman-teman rapatnya ‘Money rules the world and everything on it. In these street, MONEY is King. If you follow the money, it will lead you to the bad guy or the good guy’. 

Zaman Remaja

Tidak bernasib baik ketika membuat aktiviti jenayah, beliau telah tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara. Peliknya ketika menjalani hukuman penjara, di sinilah tempat beliau membina keyakinan hidup kerana rakan-rakan senasib dengannya selalu menyakini dirinya mempunyai potensi.

Memetik kata-kata beliau ‘…buat pertama kalinya dalam hidup, terdapat individu yang yakin dengan potensi diri saya. Berbakat menjadi seorang penjenayah. Ketika masih bebas di luar tembok, tiada sesiapa pun yang yakin dengan diri saya. Mereka tidak katakan saya berpotensi menjadi seorang doktor, peguam dan sebagainya, kerana saya tidak mempunyai pendidikan…’ 

Mula Terlibat Dalam Dunia Kewangan

Di sinilah semuanya bermula ketika banduan diagihkan bahan pembacaan di dalam penjara secara rawak, Curtis terpilih secara tidak sengaja akhbar yang memaparkan berita-berita ekonomi dan rakannya bertanya, kenapa dia memilih berita tentang saham?

Tetapi beliau keliru dengan persoalan tersebut lalu bertanya apa itu saham? Lalu rakanya menjawab persoalan beliau dengan jawapan yang tidak pernah beliau terfikir tentangnya ‘Saham adalah tempat orang berkulit putih menyimpan duit mereka serta mencari kekayaan’. 

Disebabkan jawapan rakannya yang unik, timbul persoalan baharu dalam diri beliau untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan lain yang timbul dan berlegar-legar dalam minda. Apa yang lebih penting, buat pertama kali beliau nampak masa depannya yang cerah. Namun ada masalah besar yang beliau hadapi, iaitu beliau tidak tahu membaca dan menulis.

Itu tidak mematahkan semangat beliau yang tinggi. Ketika berumur 20 tahun, untuk pertama kalinya Curtis memberanikan diri untuk belajar membaca. Bayangkan jika anda tidak mengenal walau satu huruf, sehinggakan mengeja semudah ‘S.A.Y.A’ menjadi perkara yang sangat sukar.

Penasihat Kewangan

Ketika berumur 22 tahun, apabila beliau sudah mahir membaca dan menulis, lahir satu perasaan yang mana tahap keyakinan dirinya meningkat dan tidak pernah berhenti untuk membaca buku bagi mendapatkan maklumat dan idea tentang dunia saham. Beliau meletakkan Warren Buffet sebagai ikon dan idolanya.

Di sini juga beliau telah berjaya membuka minda rakan-rakan di sekelilingnya tentang bagaimana untuk peka terhadap dunia kewangan. Nama beliau semakin hangat diperkatakan oleh rakan-rakannya di San Quantin (salah satu penjara terbesar di Amerika Syarikat) sehingga beliau digelar sebagai Wall Street disebabkan caranya berfikir tidak sama dengan orang lain di sekelilingnya. 

Menempa Kejayaan

Apabila beliau sering membuka kelas mengenai kewangan di dalam penjara, media massa mula tertarik untuk memaparkan cerita beliau. Bayangkan Majalah elektronik seperti MarketWatch, Wallstreet Journal dan banyak lagi, semuanya menyiarkan kisah perjalanan hidup beliau. Sehinggakan membuka ruang untuk pelbagai medium pendidikan mengambil beliau sebagai penyampai contohnya TED, Udemy dan banyak lagi.

Memetik teks ucapan beliau di dalam TED talk, “…menurut MarketWatch lebih 60% rakyat Amerika Syarikat mempunyai wang simpanan kurang dari $1,000. Kajian Sports Illustrated menunjukkan lebih 60% pemain NBA dan NFL jatuh miskin dan mempunyai masalah kewangan. Menurut California Department Correction pula lebih 70% rakyat Amerika Syarikat menghadapi masalah berkaitan kewangan dari sudut jenayah seperti rompakan, fraud, kecurian, dan sebagainya. Statistik tersebut mungkin membimbangkan kerana ia kian meningkat setiap hari. Jika kita ambil contoh lepasan banduan yang tidak mempunyai pengetahuan, hanya berbekalkan 30¢/jam, mendapat pendapatan lebih kurang $800 dalam setahun dan tanpa sebarang perniagaan atau perusahaan serta tidak mampu menyimpan sebarang duit. Bayangkan apakah pilihan mereka untuk meneruskan hidup? Semestinya hanya kembali melakukan jenayah adalah pilihan terbaik” 

Di sebabkan inilah beliau terpanggil untuk membuat kelas latihan kepada para banduan dan orang awam bagi mempelajari ilmu kewangan untuk masa hadapan. Sangat menarik bukan?

Bagaimana beliau mengubah mentaliti beliau dan masyarakat di sekelilingnya tentang kesedaran merancang kewangan dengan baik. Bayangkan kita di Malaysia? Apa yang kita mampu lakukan terhadap masyarakat dan orang sekeliling kita?. Jika individu seperti Curtis ‘Wall Street’ Carroll mampu berubah ke arah yang lebih baik, kenapa tidak kita? 

Kami percaya satu hari nanti kisah unik beliau akan difilemkan seperti filem-filem Box Office yang lain seperti Catch Me If You Can, The Pursuit of Happyness dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.