Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar – Stanley Druckenmiller

The “greatest money making machine in history”, a man with “Jim Roger’s analytical ability, George Soros’ trading ability, and the stomach of a riverboat gambler”

Begitulah bagaimana Scott Bessent seorang fund manager menggambarkan diri Stanley Druckenmiller. Jom kita ikuti kisah menarik beliau yang pernah mengalami kegagalan, tetapi berjaya menjagi seorang hedgefund superstar.

Zaman Kanak-kanak:

Beliau bernama Stanley Freeman Druckenmiller, dilahirkan pada 14 Jun 1953 di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ibunya bernama Anne dan ayahnya Stanley Thomas Druckenmiller, bekerja sebagai seorang Jurutera Kimia.

Ibu dan ayahnya bercerai ketika beliau melalui zaman kanak-kanaknya. Dia terpaksa membesar dengan ayahnya di New Jersey.

Zaman Remaja:

Pada tahun 1975, beliau menerima Ijazah dalam jurusan English and Economi daripada Bowdoin College. Kemudiannya beliau menyambung pengajian Ph.D di University of Michigan yang mana beliau tidak sempat menghabiskan pengajian tersebut disebabkan beliau menerima tawaran di Pittsburgh National Bank. 

Kerjaya Dalam Dunia Kewangan:

Beliau memulakan karier pada tahun 1977 sebagai Management Trainee di Pittsburgh National Bank, kemudiannya setahun selepas itu Stanley telah dilantik sebagai Head of The Bank’s Equity Research Group. Pada tahun 1981, beliau telah memulakan firma sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Pada tahun 1988, beliau dilantik oleh seorang lagi lagenda kewangan iaitu George Soros untuk mengurus firma beliau Quantum Fund, bagi menggantikan kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Victor Niederhoffer. Di sinilah nama beliau mula tersebar di seluruh dunia apabila beliau sebenarnya yang bekerja di sebalik tabir kejayaan Soros dengan fenomena “Broke the Bank of England” pada tahun 1992.

Stanley Druckenmiller telah mengambil position short British Pound Sterling dan mendapat keuntungan $1 Billion dalam tempoh masa sehari. Bayangkan bertapa bijaksananya beliau dalam bidang kewangan. Namun, beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 2000 apabila mengalami kerugian yang besar di dalam mengurus Quantum Fund pada tahun tersebut. 

Firma Beliau Sendiri:

Tidak cukup dengan kisah beliau yang berjaya membangunkan Quantum Fund (Firma Hedgefund George Soros) dengan keuntungan tinggi secara konsisten, beliau sekali lagi melakukan perkara yang sama untuk firma Hedgefund yang beliau miliki sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Anda fikir 10%? Tidak, Stanley Druckenmiller berjaya mendapatkan lebih daripada 30% keuntungan setiap tahun dengan konsisten. Malah beliau melakukannya dalam tempoh masa 30 tahun tanpa sebarang kerugian.

Selain berjaya mencipta keuntungan yang besar kepada firma beliau sendiri, dia juga mendakwa bahawa 70% aset yang beliau miliki pada hari ini adalah daripada apa yang beliau usahakan selama bergelar Money Manager.

Menurut Bloomberg News pada 18 Ogos 2010, Stanley telah mengumumkan untuk menutup Dequesna Capital Management kepada pelabur baharu, di sebabkan beliau sudah terlalu penat untuk membuat rekod keuntungan yang tinggi secara berterusan kepada para pelabur firmanya. Ini disebabkan dia mendapati bahawa emosi beliau terjejas dan tidak sepadan dengan jangkaan beliau untuk terus kekal pada tahap yang sama. Semasa penutupan itu dilakukan, aset firma beliau telah meraih sebanyak $12 billion.

Dermawan:

Pada tahun 2009,Stanley Druckenmiller merupakan seorang yang sangat dermawan apabila beliau memderma sebanyak $705 juta kepada badan amal, dan $100 juta kepada sekolah perubatan. Sebelum itu pula tahun 2006, beliau menderma sebanyak $25 million.

Mungkin apa yang beliau lakukan pada masa lalu sukar untuk berlaku lagi pada masa akan datang. Bayangkan, beliau mengurus 2 firma besar dalam satu masa, dan sentiasa konsisten mengaut keuntungan. Sememangnya beliau sesuai di gelar sebagai The G.O.A.T of Money Manager.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian