Nak Melabur Unit Al-Aqar Healthcare REIT? Ambil Tahu 10 Perkara Ini Dahulu

Al-Aqar Healthcare REIT (Al-Aqar) adalah sebuah REIT Islamik yang menjanakan pendapatannya daripada penyewaan hartanah healthcare seperti hospital dan pusat penjagaan orang tua di Malaysia dan Australia.

Kini, ia bernilai RM853.7 di dalam market capitalisation. Di sini, saya ingin berkongsi prestasi terkini dari segi kewangannya dan penilaian unit bagi Al-Aqar.

Jom kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam unit Al-Aqar.

1. Portfolio Hartanah

Sejak tahun 2006, Al-Aqar telah mengembangkan portfolio hartanah-nya daripada RM481.0 juta kepada RM1.52 bilion pada tahun 2015, kerana ia membeli hartanah di Malaysia, Indonesia, dan Australia secara mendadak. Al-Aqar berjaya menjual dua rumah sakit di Indonesia pada tahun 2016 dan juga Selesa Tower pada tahun 2017.

Oleh itu, nilai portfolio hartanah-nya telah jatuh ke RM1.46 bilion pada tahun 2017. Pada tahun 2018, nilai portfolio hartanah-nya meningkat kepada RM1.49 bilion kerana hartanahnya telah mencatatkan capital appreciation pada tahun tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

2. Portfolio di Malaysia

Kini, Al-Aqar mempunyai 17 hospital, 3 pusat kesihatan/kesihatan dan 2 kolej.

3. Portfolio di Australia

Al-Aqar memiliki Jeta Gardens Aged Care & Retirement Centre yang terletak di Queensland, Australia. Ia terdiri daripada 106 bilik, 23 vila tunggal & 32 apartment tunggal, dan ia disewa kepada Jeta Gardens (Q) Pty Ltd.

Tahun kewangan 2021 segmen Australia menyumbang 8.6% dari segi hasil, menurun sebanyak 16.7% kepada RM9.8 juta daripada RM11.8 juta pada tahun kewangan 2020.

Sehingga 31 Disember 2021, nilai hartanah Al-Aqar berjumlah RM1.54 bilion dengan permodalan pasaran sebanyak RM853.7 juta.

4. Prestasi Kewangan Terkini

Perolehan tahun 2021 Al-Aqar menurun pada paras RM114 juta berbanding RM115.7 Juta pada tahun 2020 dan keuntungan direalisikan berada pada paras RM55-60 juta setahun dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

Ia berpunca daripada pendapatan stabil yang berjaya dijanakan oleh hospital di Malaysia dan hartanahnya di Australia.

5. Distribution per Unit (DPU)

Al-Aqar telah berjaya mengekalkan DPU-nya pada 7.70 sen setahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2021 kecuali pada tahun 2020.

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Al-Aqar mencatat sebanyak RM683.9 juta di dalam Pembiayaan Islamik dan RM1.54 bilion di dalam jumlah aset. Maka, nisbah gearing terkini bagi Al-Aqar adalah 41.08%.

7. Siapa Pemegang Unit Utama Al-Aqar?

7 pemegang unit terbesar Al-Aqar dan jumlah pemegangan saham adalah seperti berikut:

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar 2021

8. Kontrak Penyewaan

Penyewaan semua hartanah yang dimiliki oleh Al-Aqar adalah untuk tempoh 15 tahun dan ia termasuk pilihan untuk dipanjangkan selama 15 tahun lagi. Kontrak penyewaan terkini dibahagikan kepada 5 tempoh, 3 tahun bagi setiap tempoh.

Apabila tamat setiap tempoh, Al-Aqar akan membuat reviu kontrak penyewaan dan melaraskan jumlah sewa bagi hartanah-hartanah tersebut. Pada 2021, profile reviu penyewaan untuk Al-Aqar adalah seperti berikut:

Profil Reviu Penyewaan Terkini

Tahun2022202320242025
Jumlah Hartanah16151
% Portfolio4.3%26.2%65.2%4.3%

9. Analisis Pemegang Unit

10. Kadar Dividen

Dengan jumlah pendapatan tersedia untuk pengagihan pada RM59.6 juta, jumlah pengagihan seunit untuk tahun kewangan 2021 ialah 7.80 sen seunit – lebih tinggi daripada pengagihan pra-pandemik pada tahun kewangan 2019.

Sudut Pandangan

Al-Aqar telah berkembang secara mendadak sejak tahun 2014. Dari situ, Al- Aqar telah mengekalkan portfolio hartanahnya dan menjanakan pendapatan stabil sepanjang lima tahun yang lepas. Maka, ia mengekalkan DPU pada 7.7 sen bagi setiap tahun dari tahun 2014 ke tahun 2021 kecuali tahun 2020.

Kini, ia tidak mempunyai sebarang pengumuman mengenai pelaburan atau pun penjualan hartanah. Jadi, ia akan meneruskan penjanaan perolehannya daripada 22 hartanah yang sedia ada buat masa sekarang.

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam unit Al-Aqar?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.