7 Sebab Kenapa Graduan Dihimpit Kemiskinan

Tajuk yang mungkin sedikit kontroversi tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan sekarang. Ramai graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti tetapi ramai yang hidup di dalam kemiskinan.

Ini belum termasuk lagi graduan menganggur yang semakin meningkat dari tahun ke dengan bilangan pelajar yang berjaya menamatan pengajian mereka yang semakin bertambah di universiti awam atau pun swasta dan bilangan pekerjaan yang ditawarkan semakin berkurangan disebabkan persaingan diantara graduan itu sendiri.

Ada yang berjaya mendapatkan kerja tetapi bergaji kecil, tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki.

Berikut merupakan 7 sebab kenapa graduan masih dhimpit dengan kemiskinan.

1. Sistem pembelajaran yang tidak mengajar ilmu pengurusan wang & sains kekayaan

Majoriti sekolah hanya mengajar cara menjawab kertas peperiksaan sahaja. Ini termasuklah sistem pendidikan di peringkat yang lebih tinggi yang hanya memfokus kepada mendapat segulung ijazah.

Tidak ada sistem yang terbaik untuk mengajar pelajar cara untuk membuat atau menggandakan duit. Sistem yang ada hanyalah ke arah membentuk seseorang itu menjadi pekerja, bukannya seorang usahawan yang mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

2. Berhenti belajar selepas tamat pengajian

Bagi graduan, asalkan dah dapat segulung diploma atau ijazah dan anggap diri sendiri sudah menjadi seorang yang berilmu. Perkara ini sangat tidak betul kerana manusia yang berjaya adalah manusia yang setiap hari belajar ilmu yang baru.

Ilmu dibaratkan seperti meminum air. Kita perlu meminum air untuk terus hidup dan begitu juga dengan akal fikiran kita yang memerlukan ilmu yang baru. Kita memerlukan illmu yang baru bagi membentuk fikiran yang kreatif untuk menjana pendapatan yang lumayan.

3. Suka kerja bergaji besar

Tak salah untuk mengejar pekerjaan yang mampu menawarkan gaji yang besar, tetapi ianya bukanlah satu-satunya jalan untuk membuat seseorang itu menjadi kaya. Untuk menjadi seorang yang berjaya dan bebas kewangan, kita perlu tahu cara bagaimana supaya duit dapat bekerja untuk kita.

Jika kita hanya pandai mengumpul duit semata-mata, kita tidak akan menjadi kaya melainkan kita belajar cara menyimpan dan melabur di tempat yang betul.

4. Terlalu yakin dengan pencapaian diri sendiri

Kebanyakan graduan terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri yang menyebabkan dirinya berasa ego dan sukar untuk menerima arahan. Ingat dia seorang saja yang betul.

Zaman sekarang ini, dunia tidak lagi memandang kepada berapa banyak ijazah yang kita miliki. Sebaliknya ia lebih kepada berapa efektif kita menjalankan kerja, dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang dimiliki.

5. Banyak habiskan duit kepada liabiliti

Di antaranya, berapa ramai graduan yang baru sahaja tamat pengajian dan terus membeli kereta yang di luar kemampuan. Sedangkan kita tahu bahawa nilai kereta akan menyusut nilai saban tahun, dan bakal menjerat kita di dalam masalah kewangan.

Selain daripada itu juga, ramai graduan yang telah berkeluarga tetapi belum membeli rumah kerana mengutamakan benda lain. Sekali kita tersilap langkah, bertahun-tahun kita terpaksa menanggung padah.

6. Kehilangan kerja disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu

Perkara ini pernah terjadi kepada industri oil and gas pada tahun 2013-2015 di mana banyak syarikat yang terlibat di dalam industri ini telah membuang begitu ramai pekerja. Ini disebabkan oleh harga minyak mentah yang merudum, sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar gaji pekerja yang boleh dianggap tinggi.

Dalam dunia usahawan, perkara ini juga mungkin terjadi tetapi berbeza dengan kes kehilangan pekerjaan. Seseorang usahawan mungkin akan gagal sehingga kehilangan semua modal. Apa yang lebih penting adalah kemampuan untuk bangkit semula selepas menemui kegagalan.

7. Bebanan hutang PTPTN

Pengajian tinggi di Malaysia masih belum percuma. Maka majoriti pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi akan dibebani dengan hutang PTPTN yang wajib dibayar selepas tamat pengajian.

Jika seseorang graduan masih lagi belum mendapat pekerjaan atau hanya mampu mendapat pekerjaan dengan gaji yang sedikit, mereka mungkin tidak akan mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan ini.

Sumber Rujukan:

Kita hanya mampu keluar daripada cengkaman kemiskinan dengan adanya ilmu dan kerja keras. Dan ianya berbalik kepada dua cara saja, iaitu tingkatkan pendapatan atau kurangkan perbelanjaan.

Kalau dah tak mampu nak ikat perut lagi, maka kalau terpaksa untuk melakukan dua tiga pekerjaan untuk mengatasi bebanan hidup, maka buatlah. Harus diingat, setiap ujian disertakan sekali dengan kejayaan di penghujungnya. Semoga berjaya!

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.