Herbert Wertheim – Bilionaire Kurang Popular Yang Mengadaptasikan Falsafah Value Investing Dalam Pelaburan

Menjadi seorang pelabur berjaya di dalam pasaran saham merupakan perkara yang sukar. Pelabur yang bijak akan berjaya membuat keuntungan yang sangat lumayan dalam dunia pelabuan saham.

Di antara pelabur terkenal yang bertaraf billionaire hasil daripada pemilihan saham yang berkualiti tinggi adalah Warren Buffett, Charlie Munger, Ray Dalio dan beberapa nama besar yang di kenali di seluruh dunia hasil dari kejayaan dalam pasaran saham.

Ini merupakan kisah seorang bilionaire yang tidak dikenali tetapi, sangat berjaya dalam dunia pelaburan saham. Bilionaire ini merupakan seorang ahli optometris yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat yang jarang didedahkan oleh pihak media.

Billionaire yang dimaksudkan adalah  Herbert Wertheim. Keluarganya yang merupakan imigran yang berasal dari Jerman yang berpindah ke Amerika Syarikat. Herbert yang dilahirkan pada tahun 1939 di Philadelphia iaitu ketika lebih sedekad krisis kewangan terbesar yang melanda pasaran saham Amerika Syarikat.

Keluarganya kemudian berpindah ke Florida pada tahun 1945. Pada zaman remaja Herbert, dia boleh dikategirikan sebagai remaja yang kurang bijak dalam bidang akedemik berbanding rakan sebayanya yang lain. Oleh sebab yang demikian, dia banyak menghabiskan masanya dengan menangkap ikan, mengutip buah oren dan anggur untuk dijual kepada penduduk sekitarnya.

Segalanya berubah bila mana beliau dihadapkan ke makhamah pada usia 16 tahun yang menyaksikan perubahan secara drastik didalam dalam hidupnya. Dia yang disabitkan dengan kesalahan ponteng kelas dengan sengaja waktu persekolahan. Dalam penghakiman itu, hakim yang memberi dia dua pilihan: sama ada mahu memasuki ke akademi tentera laut atau ingin memasuki kelas pemulihan.

Dia yang mengambil keputusan yang bijak dengan memilih untuk untuk menyertai akedemi tentera laut dan melaporkan diri di pengkalan San Diego ketika usianya hanya 17 tahun.

Pangkalan tentera laut San Diego, California inilah yang merupakan titik perubahan Herbert berjaya merubah sikapnya menjadi seorang manusia yang bergelar bilionaire

Ketika berada di pangkalan tentera, dia telah mengambil jurusan mekanikal dan pengurusan. Dia mengambil subjek fizik dan kimia sebelum diserap dalam ke dalam bidang aero angkasa .Pada waktu inilah mula belajar mengenai dunia pelaburan.

Ketika itu era perang dingin baru sahaja berlaku di antara blok Sosialis yang diketuai oleh Soviet Union manakala blok kapitalis pula dipimpin oleh Amerika Syarikat. Saham syarikat yang terlibat dalam industri aero angkasa sangat dimininati oleh pelabur pada ketika itu kerana berpotensi untuk berkembang disebabkan ketengangan kedua belah pihak yang masing-masing berlumba untuk membangunkan teknologi ketenteraan yang melibatkan teknologi aero angkasa.

Pelaburan pertama Herbert adalah ke dalam syarikat Lear Jet yang mana pada masa itu beliau masih lagi bergelar pelajar akademi tentera laut

Situasi yang berlaku ini juga telah menarik minat Herbert untuk berkecimpung dalam pasaran saham yang melibatkan aero angkasa. Dia yang membeli saham Syarikat Lear Jet kerana pada masa itu dia yang mempunyai kelebihanya sebagai seorang penuntut di akedemi tentera dan dapat berjumpa dengan CEO syarikat terbabit.

Selepas tamat pengajian di sekolah tentera, dia kemudiannya menjadi seorang jurujual dari rumah ke rumah dengan menjual buku ensiklopedia sementara menunggu panggilan untuk menuruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Dia yang kemudianya dapat melanjutkan pengajianya di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan di Universiti Florida tetapi tidak berjaya menghabisan pengajianya dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama juga, dia bekerja dengan pihak NASA dalam membangunkan teknologi penerbangan.

Pada tahun 1963, dia sekali lagi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan kali ini mendapat pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang optometris di Southern College of Optometry. Selepas tamat pengajianya dalam bidang optometris, dia menubuhkan sebuah syarikat yang berkaitan dengan penjagaan mata.

Sepanjang 12 tahun dalam syarikat, dia berjaya mencipta satu teknologi untuk melindungi katarak mata manusia dari sinaran pancaran cahaya UV di mana dia mendapat ilham daripada petani yang bekerja di kawasan sekitarnya yang bekerja sebagai pemetik mangga dan avacado. Kebanyakan petani tersebut terdedah dengan pancaran sinaran UV semasa melakukan kerja pertanian.

Dia yang mencipta tinted yang boleh dilekatkan pada kaca mata untuk melindungi mata petani tersebut dari sinaran UV yang berbahaya. Pada penghujung tahun 1960-an, peperangan di antara Amerika Syarikat dan Vietnam telah tercetus. Pada masa itu syarikatnya telah membuat keuntungan yang tinggi kerana kebanyakan askar yang menyertai peperangan ini memerlukan tinted pada kaca mata yang dapat menapis sinaran UV untuk menjaga mata mereka yang terdedah kepada sinaran matahari yang terik iklim monsun tropika.

Dengan pengeluaran tinted kaca mata plastik yang dapat menghalang sinaran UV terus dari memasuki mata, syarikat tersebut telah berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan. Malangnya,disebabkan kontrak yang tidak begitu jelas, dia gagal mendapat wang hasil royalti ciptaannya sebanyak $22,000.

Dia yang sedikit pun tidak terjejas dengan kehilangan wang royaliti itu masih boleh bangkit dari kegagalan yang dihadapinya. Dia merupakan seorang selalu inginkan inovasi didalam hidup dan selalu berfikir tentang idea yang baru.

Kemudiannya Herbert telah menubuhkan sebuah lagi syarikat yang bernama Brain Power Inc yang mana mengkhususkan di dalam membersihkan peralatan yang berkaitan dengan mata secara semulajadi. Ini bermakna ahli optometris tidak perlu membawa mesin yang berat untuk melakukan proses pembersihan terhadap peralatan yang melibatkan penjagaan mata.

Teknologi ini telah mendapat sambutan yang sungguh luar biasa kerana memudahkan kerja pembersihan. Bahan kimia yang dihasilkan oleh syarikatnya itu mendapat perhatian serius dari gergasi syarikat optometik seperti Bausch & Lomb, Zeiss and Polaroid.

Kini syarikat beliau telah menghasilkan lebih kurang 100 jenis paten dan pendapatan tahunan sebanyak $25 juta setahun dengan mempunyai kakitangan seramai 49 orang.

Herbert bersama idolanya dengan falsafah Value Investing yang diambil daripada Warren Buffet dalam memilih saham

Walaupun pendapatan syarikat itu tidak besar, ia cukup buat Herbert kerana baginya wang itu sudah memadai untuk menampung kehidupanya. Prinsip pelaburan yang diamalkan oleh Herbert adalah diadaptasi dari pelabur terkenal Warren Buffet dan Peter  Lynch.

Prinsip tersebut adalah dengan memegang saham dalam tempoh yang lama seolah-olah kita membeli saham dan tidak  menjual untuk selama-lamanya. Dia juga yang mengamalkan konsep pelaburan yang diperkenalkan oleh Peter Lynch di dalam buku One Up on Wall Street dengan memilih saham syarikat yang kita tahu akan pelaburan tersebut.

Dia telah memilih syarikat broker saham Schwab dan Fidelity untuk menguruskan aset pelaburanya.

Herbert turut memiliki kedua-dua saham gergasi syarikat pengkomputeran Apple dan Microsoft yang bernilai lebih $100 juta

Saham Syarikat Microsoft yang dibelinya pada tahun 1986 ketika syarikat itu baru sahaja disenaraikan. Kini saham Microsoft yang dimilikinya itu bernilai lebih kurang $160 juta.

Dia juga memiliki sebahagian saham Syarikat Apple yang berjumlah $195 juta yang dibeli pada tahun 1980 juga semasa IPO. Dia yang mempunyai yang mempunyai sedikit latar belakang teknologi perkomputeran sangat memahami syarikat yang berlandaskan teknologi.

Dia juga memliki majoriti saham dalam Syarikat Heico yang mana syarikat ini merupakan syarikat pembuatan peralatan komponen jet. Syarikat ini dibeli pada tahun 1980-an yang mana banyak memberi masalah kepada beliau pada permulaan pengambil alihan.

Dengan pihak pengurusan yang betul, kini syarikat semakin berkembang maju dan pelaburan asal sebanyak $5 juta kini bernilai sebanyak $800 juta!

Pelaburan di bawah portfolio Herbert sangat mengagumkan, dengan melaburkan duit sebanyak $10 ribu, 60 tahun kemudian ianya menjadi sebanyak $11 juta

Tidak semua saham yang dibeli oleh Herbert menunjukan prestasi yang bagus. Di antara saham yang memberi kerugian kepada portfolio pelaburanya adalah dalam Syarikat Research In Motion (RIM) yang bertanggungjawab mengeluarkan telefon pintar berjenama Blackberry. Dulu mereka bersaing rapat dengan iPhone, tetapi kini tidak lagi relevan.

Herbert berikrar akan memberi sebahagian jumlah kekayaan yang dimilikinya ke yayasan yang diasaskan oleh Bill Gates dan isteri

Degan kekayaan sebanyak $ 2.8 bilion, Herbert telah menandatangani wasiat untuk memberikan separuh nilai kekayaan yang dimilikinya kepada yayasan Bill dan Melinda Gates. Dia juga telah menderma sebahagian duitnya bagi tujan pendidikan ke pihak universiti bagi tujuan penyelidikan.

Sumber Rujukan:

https://www.forbes.com/sites/maddieberg/2019/02/19/the-greatest-investor-youve-never-heard-of-an-optometrist-who-beat-the-odds-to-become-a-billionaire/#298f5b2022e8

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.