5 Sebab Kenapa Kanak-kanak Dan Remaja Lebih Mudah Berjaya Menjadi Usahawan

Dunia semakin hari semakin maju dan banyak perubahan dapat dirasai. Jaringan internet menjadi mudah bagi semua orang, tidak kira di mana mereka berada.

Semuanya boleh diakses di hujung jari saja. Online shopping juga semakin mendapat tempat dan meletup-letup ketika musim pandemik melanda.

Semua ini memudahkan orang ramai untuk berjaya menempa nama di alam maya. Maka, tidak hairan sudah wujud kanak-kanak dan para remaja yang menjadi usahawan seawal usia 12 tahun.

Pada mulanya, mungkin keadaan ini nampak ganjil tetapi ianya sudah jadi satu fenomena biasa. Tapi kenapa kanak kanak dan remaja lebih mudah untuk berjaya dalam menjadi usahawan muda?

Sebab 1: Tak Takut Gagal

Kanak-kanak tidak mempunyai ketakutan untuk gagal. Ini kerana mereka sedang dalam proses pembelajaran. Seseorang yang lebih tua dengan banyak pengalaman hidup akan mempunyai ketakutan, dan ianya perasaan yang datang secara semula jadi.

Mereka yang muda dan kurang pengalaman hidup adalah kelebihan utama dan penyebab kenapa mereka lebih mudah untuk berjaya.

Sebab 2: Pakar Teknologi

Image by StockSnap from Pixabay

Mereka sudah didedahkan dengan teknologi sejak dari kecil lagi. Celik-celik mata sudah bermain dengan gajet dan bersosial dengan orang ramai secara maya.

Mereka dilahirkan dengan internet di hujung jari menyebabkan mereka lebih mudah untuk menggunakan platform teknologi untuk menonjolkan bakat seperti di YouTube, TikTok dan sebagainya.

Sebab 3: Sifat Ingin Tahu Yang Tinggi

Ini adalah normal kerana fasa ini merupakan proses pembelajaran mengenai pengalaman hidup. Oleh itu, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.

Mereka sentiasa ingin tahu apa yang berlaku sekiranya mereka lakukan sesuatu perkara, apakah kesan daripada tindakan yang mereka lakukan itu.

Sebab 4: Kreativiti Yang Tinggi

Image by ptra from Pixabay

Ramai kanak kanak yang bergelar usahawan muda ini pandai mempromosikan barangan mereka kerana mempunyai kreativiti yang tinggi. Mereka sentiasa mencuba sesuatu yang berbeza daripada apa yang sedia ada di dalam pasaran.

Misalnya, kraftangan mewarnakan kasut atau baju kosong, arca tanah liat dan sebagainya. Idea dan seni mereka merupakan nafas baru dalam dunia perniagaan yang dipegang oleh ‘orang lama’.

Sebab 5: Seperti Span Penyerap

Kanak kanak dan remaja adalah diibaratkan seperti span penyerap. Mereka akan menyerap ilmu pengetahuan tanpa batas kerana ianya sebahagian daripada proses pembelajaran.

Bahkan, mereka suka melihat cara orang lain belajar. Inilah kunci kenapa mereka mampu menempa nama sebagai usahawan muda.

Sekarang kita dah tahu kan kenapa mereka ini mudah berjaya di usia muda? Apabila melihat anak-anak kecil ini lebih cenderung ke arah perniagaan, galakkan mereka sambil bimbing mereka dengan betul.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA