Shamzana Mahasan, Asalnya Seorang Banker Kini Usahawan Hartanah

Sangat sukar untuk kita melihat seorang wanita yang berkerjaya tetapi bersedia untuk meninggalkan kesenangan yang dinikmatinya kemudian beralih kepada bekerja sendiri dengan suasana hutan dan bukit-bukau.

Berbekalkan semangat dan keyakinan diri, beliau sanggup menghadapi risiko meninggalkan pekerjaan tetapnya dan bekerja sendiri. Jom kita ikuti kisah Shamzana Mahasan, yang asalnya seorang banker tetapi kini bergelar seorang usahawan hartanah.

Kenali ‘Na Hartanah’ Dan Kisahnya

Shamzana atau lebih dikenali dengan nama gelaran ‘Na Hartanah’, pernah memegang jawatan timbalan pengurus bank sebelum memutuskan untuk berhenti daripada pekerjaannya setelah tiga tahun berkhidmat.

Selepas berhenti daripada bekerja di sebuah bank pada tahun 2014, beliau telah mencuba nasib bekerja dengan syarikat insurans dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Namun, pekerjaannya di tempat baru itu juga tidak bertahan lama yang telah menyebabkan beliau untuk berhenti kerja.

Bekas graduan seni bina daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang ini merupakan seorang yang pelik kerana beliau telah memilih pekerjaan di luar bidang pengajiannya.

Namun kini, beliau telah berjaya membina kehidupannya sendiri setelah terlibat dalam bidang hartanah.

Wanita yang juga seorang ibu hebat ini mempunyai tiga orang anak, itu kini terkenal dengan syarikat hartanahnya sendiri iaitu One Empire Properties Sdn Bhd.

Pengorbanan Dan Cabaran Bergelar Usahawan Hartanah

Beliau memulakan perniagaannya sendiri kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang hartanah dan disebabkan tidak ramai wanita yang terlibat dalam bidang ini. Bermula dengan modal daripada menjual tanah miliknya sendiri, beliau telah menubuhkan syarikat tersebut pada Disember 2016 yang lalu.

Kini, beliau mempunyai dua pembantu yang juga merupakan wanita yang hebat, sering turun padang bersamanya ketika ada sesiapa yang ingin membuat pembelian atau pembinaan hartanah.

Mengenai cabaran keluar dan masuk hutan, beliau menceritakan bahawa pengalaman yang menakutkan ketika beliau telah diganggu oleh makhluk halus dan mengalami pelbagai mimpi buruk. Terdapat juga situasi di mana beliau muntah-muntah sehingga badannya terasa sangat lemah dan penat.

Beliau juga tidak terlepas daripada ditipu oleh pelanggan yang tidak membayar wang daripada penjualan hartanah dan transaksi pembinaan rumah. Namun ini semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit.

Semoga kisah Shamzana Mahasan ini dapat dijadikan teladan kepada kaum hawa yang lain kerana keberanian dan semangatnya yang tidak mudah berputus asa. Beliau rela mengorbankan kerjayanya dengan sebuah bank terkemuka hanya untuk memulakan hidup baru dengan bekerja sendiri.

Beliau juga turut mendapat khidmat dan bimbingan daripada suaminya Wan Nazizi Wan Nawi yang merupakan salah satu tunggak kejayaannya.

Sumber Rujukan: Kita Reporters

This image has an empty alt attribute; its file name is faizu-ridzuan-webinar-6.6.2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 11 Julai 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Previous ArticleNext Article

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian