Jay-Z, Penyayi Rap Pertama Yang Menjadi Bilionaire Melalui Pelaburan

Siapa sangka perjumpaan dengan pelabur paling berjaya dalam sejarah moden manusia iaitu Warren Buffet turut memberi peluang kepada penyayi terkenal untuk mengecapi kekayaan sebanyak 10 angka atau dengan kata mudah menjadi seorang bilionaire. Dunia nyayian rap atau hip-hop tidak seluas pasaran dunia muzik yang lain seperti genre rock dan balada.

Jay Z yang khusyuk mendengar nasihat dari pelabur terkenal dunia iatu Warren Buffet ketika dia berada di sebuah restoran di Omaha

Walaupun pasaran genre hip-hop tidak begitu luas, itu tidak bermakna penyayi yang mengetengahkan genre berkenaan untuk bergelar billionaire. Jay-Z bukan nama yang asing dalam dunia muzik hip-hop yang mempunyai 14 buah album dan beberapa buah syarikat yang membolehkan dirinya bergelar seorang bilionaire di dalam industri hiburan.

Kawasan Marcy Project merupakan tempat yang sering berlaku jenayah terutamanya pengedaran dadah di kalangan remaja

Jay-Z dilahirkan di kota New York yang merupakan syurga pelaburan saham yang termasyur dunia. Dia dilahirkan pada tahun 1969 yang mana dibesarkan dalam keluarga yang sangat daif. Dia mempunyai empat orang adik beradik.

Nama sebenarnya adalah Shawn Corey Carter. Bapanya merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan keluarganya pada usianya baru mencecah 11 tahun. Dia dibesarkan oleh ibunya seorang ibu tunggal.

Dia dibesarkan di kawasan Marcy Projek yang mana sebuah kawasan perumahan kos rendah di kawasan New York. Bagi Jay-Z kawasan ini sangat tidak sesuai untuk dijadikan tempat membesar anak-anak kerana ini merupakan salah satu kawasan gelap yang terletak di New York. Kawasan ini juga merupakan tempat yang aktif dengan kegiatan pengedaran dadah dan kawasan yang mana kadar jenayah yang tinggi di kawasan New York.

Ketika di usia remaja, dia mempunyai masalah disiplin yang teruk dan tidak hairanlah dia sering kali bertukar sekolah kerana menghadapi pelbagai masalah displin. Dia dibesarkan dalam persekitaran yang sangat tidak sihat dan pernah menjadi pengedar dadah kecil-kecilan sebelum menjadi seorang artis hip hop terkenal.

Pada usia 12 tahun, dia pernah menembak abang kandungnya sendiri kerana mencuri barang kemas miliknya.

Jay-O merupakan mentor yang pertama bagi Jay-Z dan memperkenalkannya dengan muzik hip hop.

Dia memulakan karier sebagai seorang penyayi hip hop pada tahun 1989 yang mana pada ketika itu dia menjadikan Jay-O sebagai mentornya dalam bidang tersebut.

Jay-O merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Jay-Z dengan dunia muzik hip-hop. Dia menggunakan nama Jay-Z sempena dengan nama mentornya itu dan juga sempena nama sebuah jalan yang berhampiran dengan rumahnya.

Jay-Z mengeluarkan album sendiri pada tahun 1996 yang diberi nama Reasonable Doubt dengan menubuhkan syarikat rakaman sendiri yang diberi nama Roc-A-Fella Records kerana pada masa itu keadaan amat sukar untuk meminta syarikat rakaman mengeluarkan album untuk artis yang tidak mempunyai nama dalam industri disebabkan persaingan yang sangat kuat. Dia menjual sendiri album melalui kereta yang dipandunya kerana tidak mempunyai syarikat yang mempromosi album yang dirakamnya itu.

Itulah titik permulaan yang merubah kehidupannya menjadi seorang penyayi yang terkenal dalam dunia hip hop.Sepanjang perjalanan karier seninya, dia telah memenangi sebanyak 21 anugerah Grammy Awards dan pelbagai anugerah dalam bidang muzik. Isterinya adalah Beyonce Knowles seorang superstar yang tidak asing dalam dunia muzik R&B. Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak sepanjang 10 tahun perkongsian hidup.

Jay-Z yang mempelbagaikan sumber pendapatanya melalui pelaburan yang dilakukan di dalam pelbagai syarikat adalah untuk menambah pendapatan peribadinya. Antara pelaburan yang dilakukan oleh Jay-Z untuk  melayakkan dirinya menjadi seorang billionaire adalah dalam bidang hartanah, bidang aplikasi muzik, minuman keras jenama mewah dan tentu sekali dalam bidang seni suara. Berikut adalah senarai pelaburan yang dilakukan oleh Jay-Z.

1. Armand de Brignac

Wain yang bebentuk spade merupakan wine yang eklusif yang hanya diminum oleh golongan VIP

Jenama wine mewah ini berasal dari Perancis. Jay-Z melabur dalam industri wine ini pada tahun 2006. Dia yang memulakan iklan untuk jenama wine mewah ini pada muzik videonya pada tahun 2006 yang bertajuk Show Me What You Got yang memaparkan arak berkenaan. Dia dipercayai melabur sebanyak $310 juta ke dalam syarikat tersebut. Harga untuk sebotol wine yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah bernilai $300.

2. Uber

Uber merupakan perintis kepada taxi moden yang menggunakan aplilkasi khas untuk bergerak menuju ke destinasi yang diingini

Pelaburan yang dibuatnya dalam Uber pada tahun 2011 yang mana pada ketika itu syarikat uber masih belum lagi disenaraikan di IPO. Pada tahun 2019 nilai pelaburan yang dimiliki oleh Jay-Z bernilai $70 juta selepas  syarikat tersebut telah disenaraikan di bursa saham dengan nilai saham sebanyak $42 per unit saham.

3. Tidal

Tidal menggunakan frequensi yang tinggi dalam penstrimanya dan menyebabkan harga perkhidmatanya sedikit tinggi berbanding dengan pesaing mereka

Tidal merupakan syarikat yang menyediakan servis penstriman muzik secara online sama seperti Spotify. Jay-Z melabur sebanyak 60 juta dalam syarikat ini ketika fasa perkembangan syarikat ini. Dia turut mempengaruhi rakan  artis yang dikenalinya untuk melabur dalam syarikat ini. Antara sahabat yang turut melabur dalam syarikat ini adalah Rihanna, Kanye West, Nicki Minaj, Daft Punk, Jack White, Madonna, Arcade Fire, Alicia Keys, Usher, Chris Martin, Calvin Harris, Jason Aldean dan termasuk isterinya sendiri Beyonce. Boleh dikatakan semua artis yang melabur didalam syarikat ini adalah dari artis berkelas A.

4. Roc Nation

Merupakan syarikat utama Jay-Z dalam industri hiburan.mempunyai sebahagian besar artis berkelas A yang bernaung di bawah syarikat tersebut

Sebuah syarikat hiburan yang ditubuhkan pada tahun 2008. Syarikat ini mempunyai pelbagai cabang perniagaan termasuk  dalam bidang perniagaan sukan. Dia menaungi beberapa artis yang popular dibawah payung syarikatnya ini termasuk Kanye West, Rihana, Shakira dan Beyoncé sendiri. Syarikat ini juga turut memiliki pasukan bola keranjang di bawah pengurusan syarikat tersebut.

5. Hartanah

Rumah agam ini merupakan antara yang termahal dimiliki oleh artis hollywood.dengan tanda harga sebanyak $88 juta membuktikan kedudukan kewangan Jay-Z sangat stabil

Dia memliki beberapa rumah agam yang mana dibelinya ketika menyambut anak kembarnya pada tahun 2017 bernilai $26 juta dan memiliki rumah di kawasan elit di Bel Air kawasan Los Angeles yang bernilai $ 88 juta bersama dengan isterinya.

6. Ahli Muzik

Koleksi album yang diimiliki oleh Jay-Z

Sepanjang bergelar penyayi, Jay-Z telah menghasilkan sebanyak 14 album yang mana hampir kesemua albumnya itu dibayar dengan hasil royaliti. Lagu yang dihasilkannya dalam keseluruhan albumnya itu bernilai sebanyak $50 juta.

7. Koleksi Lukisan

Lukisan yang dihasilkan oleh pelukis terkenal new york Jean-Michel Basquiat (kiri) yang mana harga pasaran bernilai $6 juta. Lukisan yang menggambarkan bandar raya New York yang berlatar belakangkan Bagunan Empire State

Jay-Z juga mempunyai beberapa lukisan yang bernilai jutaan ringgit dari pelukis terkenal didunia. Antara lukisan yang dibelinya adalah dari pelukis terkenal kelahiran New York yang bernilai sebanyak $ 4.5 juta yang bertajuk Mecca.

Jay-Z adalah seorang yang bijak merebut peluang yang terbentang didepan matanya. Kerana kebijaksanaannya itu, dia telah menjadi bilionaire dalam tempoh 23 tahun sejak album pertamanya dilancarkan menembusi pasaran. Walaupun pernah bergelumang dengan sejarah hitam dalam hidupnya yang pernah bergelar sebagai pengedar dadah, dia mampu untuk membuktikan kisah silam tidak akan mencerminkan atau membentuk masa depan yang gemilang.

Dia juga membuktikan bahawa penyayi kulit hitam juga mampu menjadi pelabur yang bijak dan masa depan penyayi bergantung kepada usaha gigih yang dilakukan, bukannya berdasarkan warna kulit.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.