Ambil Tahu 14 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Dalam Bursa Malaysia Berhad

Mesti ada yang rasa pelik kan? Biasa kita beli saham di Bursa Malaysia, apa pula Bursa Malaysia Berhad ni? Kalau nak tahu, ada juga saham syarikat yang bernama Bursa Malaysia Berhad yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Ditubuhkan pada 1973, Bursa Malaysia Bhd (Bursa) merupakan bursa tunggal di Malaysia dan merupakan di antara bursa yang terbesar di ASEAN. Ia menjana pendapatan daripada perkhidmatan penyenaraian, perdagangan, dan pemegangan saham & derivatif.

Kini, ia bernilai sejumlah RM4.9 bilion dalam market capitalisation. Di sini, saya ingin berkongsi prestasi kewangan dan penilaian saham Bursa terkini.

Jom kita lihat 14 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Bursa ni.

1. Segmen 1: Sekuriti

Ia telah mencapai pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 6.8% dalam masa 10 tahun yang lalu. Ianya meningkat daripada RM227.4 juta pada tahun 2009 kepada RM409.5 juta pada tahun 2018.

Ia adalah sumber rezeki utama bagi Bursa, kerana segmen ini telah menyumbang sejumlah 78.2% perolehan keseluruhan pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Bursa Malaysia Bhd

2. Segmen 2: Derivatif

Perolehan telah menurun sedikit kepada RM90.8 juta pada tahun 2018 daripada RM102.9 juta pada tahun 2016. Sebelum itu, perolehannya meningkat daripada RM47.9 juta pada tahun 2009 kepada RM102.9 juta pada tahun 2016.

Jualan pada 2017 dan 2018 telah dipengaruhi oleh penurunan harga CPO dan perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China.

Sumber: Laporan Tahunan Bursa Malaysia Bhd

3. Keputusan Tahunan Kewangan Bursa

Secara keseluruhannya, Bursa telah mencapai peningkatan perolehan dan untung bersih CAGR sebanyak 6.5% dan 9.2% di dalam masa 10 tahun. Perolehan Bursa meningkat daripada RM297.6 juta pada tahun 2009 kepada RM523.3 juta pada tahun 2018.

Untung bersih Bursa telah meningkat daripada RM101.6 juta pada tahun 2009 kepada RM224.0 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Bursa Malaysia Bhd

4. Return on Equity (ROE)

Bursa mencatatkan ROE purata sebanyak 20.66% setiap tahun dalam masa 10 tahun. Ini bermaksud, ia telah menjana secara purata RM20.66 di dalam untung bersih setahun bagi setiap RM100 ekuiti saham Bursa daripada tahun 2009 sehingga 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Bursa Malaysia Bhd

5. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2009 ke tahun 2018, Bursa telah menjana:
– RM 1.89 bilion di dalam aliran tunai operasi.
– RM 185.8 juta di dalam pendapatan faedah.
– RM 33.2 juta di dalam pendapatan dividen.

Daripada jumlah tersebut, ia telah:
– Melabur RM 187.2 juta ke dalam capital expenditures (CAPEX).
– Membayar dividend RM 1.86 billion kepada pemegang sahamnya.

Terbuktilah, Bursa adalah sebuah syarikat yang bijak dalam pengurusan aliran tunai dan ia memilih untuk membayar hampir semua aliran tunai operasi yang dijanakan kepada pemegang sahamnya dalam dividen.

Sumber: Laporan Tahunan Bursa Malaysia Bhd

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2019, Bursa telah mencatatkan liabiliti bukan semasa sebanyak RM30.1 juta dan ekuiti saham sebanyak RM887.0 juta. Nisbah hutang bagi Bursa terkini adalah 3.39%.

Pada masa tersebut, Bursa mempunyai aset semasa sebanyak RM1.67 bilion dan liabiliti semasa sebanyak RM1.36 bilion. Maka, nisbah semasa terkini bagi Bursa ialah 1.23.

7. Keputusan Suku Kewangan Bursa

Jika kita lihat prestasi kewangan empat suku lalu, Bursa telah mencatat penurunan sedikit dari segi perolehan dan untung bersihnya. Dalam 12 bulan lepas, Bursa telah mencatat RM 484.2 juta dalam perolehan dan RM195.2 juta dalam untung bersih atau 24.1 sen di dalam keuntungan setiap saham (Earnings Per Share atau EPS).

Prestasi Bursa terkini telah disebabkan oleh penurunan jumlah perdagangan sekuriti dan derivatif pada 1H 2019.

  Tempoh Perolehan (RM Juta) Untung Bersih (RM Juta) Earnings per Share (Sen)
Q3 2018 123,176 50,192 6.2
Q4 2018 121,027 51,855 6.4
Q1 2019 121,440 46,855 5.8
Q2 2019 118,588 46,339 5.7
Jumlah 484,231 195,241 24.1

Sumber: Laporan Suku Bursa Malaysia Bhd

8. Inisiatif Masa Depan 1: Bursa T+2

Pada 29 April 2019, Bursa telah memulakan ‘T+2’ Settlement Cycle dan menyingkirkan ‘T+3’ Settlement Cycle. Maka, ia membenarkan pelabur untuk membeli dan menjual saham tersenarai di Bursa Malaysia secara pantas dan lebih cekap.

9. Inisiatif Masa Depan 2: Blockchain-Powered Peminjaman Sekuriti

Pada 6 Mei 2019, Bursa telah mengumum bahawa ia akan meneroka ke dalam Securities Borrowing & Lending (SBL) Proof of Concept (POC). SBL bagi Bursa akan dibina bersama dengan rakan niaganya, Forms Syntron International (HK) Ltd, syarikat milik Shenzhen Stock Exchange.

10. Inisiatif Masa Depan 3: Bursa Anywhere

Pada 11 Jun 2019, Bursa telah melancarkan Bursa Anywhere, iaitu satu mobile aplikasi yang membenarkan pelabur-pelabur untuk:
– Mendapatkan Info CDS Akaun Terkini.
– Muat Turun Akaun Penyata 12 Bulan Lepas.
– Mendapatkan Notifikasi Terkini tentang Pemegangan Saham Individu.

11. Inisiatif Masa Depan 4:25% Saham Bursa Malaysia Derivatives Bhd

Pada 18 September 2019, Bursa telah memanjangkan perjanjian untuk memasarkan produk-produk derivatif Bursa Malaysia Derivatives (BMD) pada CME Globex sehingga September 2025.

Dengan itu, Bursa berjanji untuk membeli 25% pemegangan saham BMD dengan harga RM162.5 juta. BMD akan menjadi syarikat milik tunggal Bursa selepas pembelian tersebut.

12. P/E Ratio

Pada 24 September 2019, harga saham Bursa adalah RM 6.06. Maka, ia mempunyai P/E Ratio terkini sebanyak 25.15, lebih kurang daripada 10- Tahun P/E Ratio Puratanya, iaitu 25.10.

13. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2019, Bursa mempunyai aset bersih sejumlah RM 1.10 bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Bursa ialah 5.51, lebih tinggi daripada 10-Tahun P/B Ratio Puratanya, iaitu 5.27.

14. Kadar Dividen

Sepanjang 12 bulan yang lalu, Bursa membayar Ordinary Dividend sejumlah 22 sen setiap saham. Maka, kadar dividen terkini (tidak termasuk dividen khas atau Special Dividends) ialah 3.63% setahun, lebih kurang daripada 10-Tahun Kadar Dividen Puratanya, iaitu 3.66%.

Sudut Pandangan

Bursa telah mencatatkan penambahan perolehan dan untung bersih dan telah membayar dividen konsisten kepada pemegang sahamnya pada masa 10 tahun yang lepas. Jika kita lihat prestasi jangka pendek terkini, Bursa telah mengalami kesusutan dari segi perolehan dan untung bersih.

Ini telah menyebabkan harga saham Bursa menurun dari RM 8+ pada Mei 2018 sehingga RM 6.06 terkini.

Buat masa sekarang, penilaian saham Bursa adalah berhampiran dengan purata jangka panjang dari segi P/E Ratio dan Kadar Dividen.

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam saham Bursa Malaysia Berhad? Tepuk dada, tanya selera.

Biodata Penulis
Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.