Minda Kewangan Sebelum Bernikah: Bahagian 2

Fakta menunjukkan bahawa isu kewangan merupakan salah satu faktor utama bagi kes perceraian di Malaysia. Di antara kes remeh yang menyebabkan berlakunya perceraian di Malaysia termasuklah gaji suami lebih rendah, suami kerja tidak tentu masa, suami tangkai jering (kedekut) dan isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar, dan aksesori. (Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan penyelidikan Kosmo!).

Sebelum ini pun kami ada kongsikan perihal mindset kewangan yang diperlukan sebelum mendirikan rumahtangga di dalam artikel Minda Kewangan Sebelum Bernikah: Bahagian 1. Tiga perkara utama yang dibincangkan adalah:

  • Keperluan Atau Kehendak
  • Betulkan Mindset
  • Tukarkan Kemahiran Kepada Pendapatan

Kali ini, jom kita sambung perbincangan dengan 3 lagi perkara berikut:

4. Belajar Berjimat Dan Suka Menyimpan

Photo by Pixabay from Pexels

Untuk membentuk tabiat berjimat-cermat, kita perlu ada strategi dan buat secara berulang-ulang, baru ia melekat dan menjadi tabiat. Mula dengan nilai yang kecil pun tak mengapa asalkan kita bermula.

Hakikatnya, terlalu banyak komitmen kewangan apabila dah berkeluarga nanti. Jangan takut untuk menyimpan dan berjimat cermat.

Nasihat kewangan boleh sahaja kita dapati dari kawan-kawan, keluarga mahu pun di media sosial.

Kita boleh follow Telegram atau Facebook sifu kewangan di Malaysia seperti Dr Azizul Azli, Tuan Afyan Mat Rawi, Puan Ieza Yusof, Tuan Harith Faisal, Tuan Meor Zaidee dan ramai lagi.

5. Belajar Mendidik Bukan Menghukum

Pasangan dijadikan oleh Tuhan untuk saling melengkapi. Pelik bercampur resah bila terbaca satu kes remeh yang menyebabkan penceraian berpunca daripada suami yang tangkai jering (kedekut). Hakikat penciptaan pasangan memang berlainan sifat.

Dalam ahli keluarga kita sendiri pun tak mustahil termasuk dalam kategori kedekut. Sebetulnya orang sebegini adalah sejenis yang sangat berjimat cermat.

Cuma kesilapan yang mungkin berlaku adalah si suami mengambil pendekatan menghukum bukan mendidik mengakibatkan si isteri terus mempunyai prasangka buruk terhadap suami.

Andai kita merupakan seorang yang sangat berjimat, mulalah belajar untuk mendidik pasangan dan bakal anak-anak supaya sama-sama memantapkan kewangan dengan berhikmah.

Buat semua bakal pengantin, belajarlah untuk bersikap toleransi dan memahami pasangan dengan baik selepas berkahwin nanti.

6. Mantapkan Ilmu Kewangan

Image by Michal Jarmoluk from Pixabay

Terakhir sekali, boleh mula membaca buku berkaitan kewangan atau melalui Facebook dan Youtube. Boleh juga keluar duit sikir untuk sertai kelas atau seminar berkaitan ilmu pengurusan kewangan.

Apabila dah berjaya urus wang sendiri, maka tidak mustahil untuk urus kewangan keluarga selepas berkahwin kelak. Masalah kewangan seperti hutang yang tidak perlu juga dapat dielakkan.

Persediaan rapi perlu dibuat sebelum hari pernikahan, dan ianya tidak semudah ABC. Setiap orang impikan kebahagiaan dalam perkahwinan. Jadi jom persiapkan minda kewangan seawal mungkin bagi memastikan kita betul-betul bersedia membina keluarga yang bahagia.

Ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.