Hibah Takaful Bukan Untuk Bayar Hutang

Industri takaful semakin berkembang pesat hasil daripada masyarakat yang semakin celik dengan pengurusan kewangan peribadi. Hal ini kita boleh lihat dengan suburnya persaingan antara banyak syarikat takaful dengan menawarkan pelbagai produk patuh Syariah bagi menarik minat masyarakt.

Ini berbeza dengan keadaan 10 tahun dahulu yang mana masyarakat Melayu khususnya lebih skeptikal melihat polisi takaful ini hanyalah satu penipuan, ditambah pula masih tidak banyak syarikat yang menawarkan produk takaful.

Dengan berkembangnya industri takaful, maka ejen-ejen takaful yang direkrut juga semakin bertambah ramai bagi memenuhi keperluan syarikat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Ditambah pula dengan tawaran komisen dan bonus yang sangat lumayan oleh syarikat takaful, telah menarik minat lebih ramai individu untuk menjadi ejen takaful; sama ada secara sepenuh masa atau pun secara sambilan.

Walaubagaimanapun, timbul beberapa isu apabila semakin banyak ejen-ejen takaful yang direkrut oleh syarikat dan agensi di bawahnya.

Mungkin kerana terlalu fokus untuk membuat jualan, kebanyakan ejen kurang pendedahan dan pengisian ilmu berkaitan kewangan Islam atau muamalat secara umum dan ilmu berkaitan industri takaful secara khusus.

Oleh itu, tidak sedikit melihat dan mendengar pernyataan-pernyataan yang kurang tepat berkaitan takaful, bagi menarik minat masyarakat.

Saya ambil satu contoh yang paling banyak digunakan oleh ejen takaful.

“Hibah takaful ni, letak isteri sebagai penama. Nanti lepas mati dia boleh gunakan duit itu untuk bayarkan hutang kita.”

Atau yang seumpama dengannya. Di sinilah kesilapan kebanyakan ejen takaful.

‘Menjual’ hibah takaful sebagai instrumen untuk melunaskan hutang selepas kematian pemilik polisi.

Analogi mudahnya begini.

“Kamal (bukan nama sebenar) berikan hadiah RM10,000 kepada Fatimah (bukan nama sebenar). Kemudian Kamal meminta Fatimah menggunakan wang RM10,000 itu untuk membayar hutang kad kreditnya.”

Pelik kan?

Dah bagi duit pada orang, lepas tu suruh orang tu bayarkan hutang kita.

Bila Kamal dah berikan / hadiahkan / hibahkan RM10,000 tadi kepada Fatima, maka duit tu sudah menjadi milik Fatimah.

Maka suka hati Fatimah lah nak buat apa dengan wang tu.

Ia bukan lagi urusan Kamal. Apatah lagi Kamal suruh Fatimah bayarkan hutang dia!

Samalah dengan konsep hibah takaful. Hibah bermaksud hadiah atau pemberian. Maka samalah konsepnya dengan hibah takaful.

Sangatlah janggal apabila suami meletakkan nama isteri sebagai penerima hibah kemudian berpesan kepada si isteri untuk melangsaikan hutangnya jika meninggal dunia menggunakan pampasan hibah takaful tersebut.

Hakikatnya, isteri yang menerima pampasan hibah tiada kewajiban syarie untuk membayar hutang arwah suami.

Fokus utama isteri adalah untuk menjaga kebajikan diri sendiri sebagai balu dan anak-anak (jika ada). Pampasan daripada hibah takaful lah yang akan membantu kehidupan balu yang baru kehilangan suami tadi untuk teruskan kehidupan.

Bukannya pampasan hibah takaful tersebut digunakan untuk langsaikan hutang arwah suami.

Kesimpulannya, hibah takaful tidak boleh dijadikan instrumen untuk melangsaikan hutang kita.

Walaubagaimanapun, bukan bermakna takaful tidak boleh digunakan untuk melangsaikan hutang. Takaful boleh, hibah takaful yang tidak boleh.

Setiap ejen takaful kena fahamkan perbezaan dua perkara ini.

Bagi tujuan melangsaikan hutang melalui takaful, ada beberapa alternatif lain yang lebih baik.

1. Meletakkan isteri sebagai penama (nominee) yakni pentadbir, bukan sebagai penerima hibah.

2. Bayar beberapa polisi yang mempunyai tujuan yang berbeza. Ada yang untuk tujuan hibah dan ada yang bertujuan untuk bayar hutang.

3. Melantik syarikat amanah untuk menguruskan pampasan takaful dengan membuat surat ikatan amanah. Kita boleh memberikan arahan secara khusus kepada syarikat amanah tentang apa yang anda nak lakukan kepada pampasan takaful tersebut; bayar hutang, beri wang bulanan kepada waris dan pelbagai lagi.

Panduan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article
Seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka secara Syariah.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.