Syarikat Tukaran Aset Digital Luno Mendapat Kelulusan Daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Kuala Lumpur, 22 hb October 2019 – Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia telah memberikan kelulusan penuh kepada permohonan Luno untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO). Luno adalah pertukaran mata wang kripto pertama di Malaysia untuk menerima kelulusan ini. SC telah mengesahkan bahawa Luno telah memenuhi semua syarat yang diperlukan dan kini boleh menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto di platformnya.

“Kami sangat berterima kasih kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana mengesahkan Luno sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf. Ini merupakan perjalanan yang panjang bagi Luno, dari kemasukan kami ke pasaran Malaysia pada tahun 2015 sehingga kami menjadi pertukaran aset
digital terbesar pada 2017, dan kini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Kami telah bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan bank dari hari ke hari dan kami kini teruja untuk dapat menawarkan kembali pelanggan kami keupayaan untuk membeli dan menjual mata wang
kripto di platform kami,” kata David Low, Pengurus Besar Luno Asia Tenggara.

“Pada awal bulan Ogos, kami telah mempunyai tiga juta dompet (e-wallet) dibuka di platform kami dan kami juga mempunyai dua juta pelanggan di seluruh dunia. Ini adalah pencapaian yang ketara dan menunjukkan kepentingan aset digital pada hari ini dan juga pertumbuhan nilai
jangka panjang mata wang kripto. Kami ingin terus membantu mendidik rakyat Malaysia tentang bagaimana untuk menyimpan, membeli, dan berdagang Bitcoin dan Ethereum dengan menggunakan pertukaran yang diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.”

Beliau bertambah lagi, “Lebih banyak pengawal selia di seluruh dunia telah menyediakan kejelasan untuk syarikat-syarikat mata wang kripto untuk beroperasi di negara masing masing sama ada dalam rangka kerja sedia ada, atau dengan menawarkan lesen kepada pengendali digital. Ini akan membantu meningkatkan kepercayaan, paling tidak ianya dapat manapiskan pengendali yang tidak diiktiraf, dan membentuk asas untuk menyelaraskan pelan jalan masa hadapan untuk institusi kewangan untuk masuk ke dalam ekosistem kripto. Ia juga akan memastikan bahawa perniagaan mata wang kripto yang diluluskan mempunyai standard yang
mencukupi untuk pelindungan pelanggan dan dana mereka. Kami di Luno percaya bahawa terdapatnya peraturan dan pemantauan oleh pengawal selia adalah jalan dan langkah-langkah yang terbaik untuk masa hadapan kripto. Kami mengambil berat terhadap perkara ini oleh sebab itu kami telah didaftarkan sebagai institusi pelapor dengan Bank Negara Malaysia sejak Mac 2018 lagi.”

Luno membolehkan perdagangan Bitcoin dan Ethereum pada platformnya. Ibu pejabatnya terletak di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town. Luno kini mempunyai lebih daripada 370 pekerja yang tersebar di London, Cape Town, Singapura dan Kuala Lumpur.

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 370 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town. Dengan lebih daripada 2.5 juta pelanggan (e-wallet) yang merangkumi lebih dari 40 buah negara, perkhidmatan Luno menjadikannya platform selamat dan mudah untuk membeli, menjual, menyimpan dan belajar tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.