Jom Boros Dengan Bijak

Julai 2018, selepas hampir 3 tahun berkhidmat di sebuah bank pelaburan, dari ‘sell-side’, penulis berhijrah ke sebuah syarikat ‘buy-side’. Apa bendanya buy side sell side tu? Itu kita cerita kemudian ye.

Baru hari kedua di tempat baru, berlaku gangguan eletrik di bangunan pejabat lalu seawal jam 9.30 pagi, penulis diberi kebenaran untuk pulang. Bagai itik pulang pagi, penulis membawa diri ke Suria KLCC. Penulis masuk ke sebuah outlet pakaian berjenama dengan niat me’reward’kan diri kerana dah dapat kerja baru dengan gaji lebih lumayan.

Jangan ditiru perangai macam ni ye kawan-kawan, gaji pertama pun belum dapat, dasar BBNU!

Di dalam outlet tersebut penulis terlihat satu rak dengan susunan seluar slack bermacam warna. Tertera harga promosi RM19.90!

Seakan tak percaya apa yang dilihat, minda pelabur yang terpupuk dalam diri penulis lantas mengaktifkan diri. Kelihatan masih tertera tag harga asal RM129.90! Adalah di luar logik akal untuk seluar dengan jenama dan kualiti seperti yang penulis lihat dijual semurah itu.

Setelah membuat sedikit kira-kira mental abacus, penulis terus memborong 40 pasang seluar tersebut. Semasa membuat bayaran, ditolak lagi 6% dari jumlah perlu dibayar kerana kebetulan itu adalah waktu GST di kosong peratuskan oleh kerajaan baru. Oh indahnya masa itu.

The rest is history….

2 pasang seluar tersebut penulis hadiahkan pada diri sendiri, dan selebihnya dalam tempoh kurang lebih 1 bulan, penulis berjaya menjual kesemuanya di platform jualan online dengan margin keuntungan antara 60-120% sepasang.

Tuan-tuan pembaca yang budiman, begitulah juga bagi seorang pelabur saham. Pilih saham untuk dibeli bukan kerana harganya murah, tapi sebab kita yakini ia mempunyai nilai yang tinggi.

Pasca PRU14, begitu banyak saham-saham di Bursa Malaysia yang susut pada harganya, tapi tidak pada nilai fundamentalnya. Seperti seluar berjenama tadi, ia bukan barangan ‘reject’, tidak juga ada apa-apa kecacatan atau kekurangan pada kualitinya. Hanya mungkin atas faktor tekanan sentimen-sentimen semasa, ia dijual murah sebegitu. Hanya menunggu masa untuk digilap dan kembali bersinar.

Bak kata Benjamin Graham, sifu kepada Warren Buffett, “Price is what you pay; value is what you get.”

Ditulis oleh Izzudeen Razali. Penulis merupakan seorang penganalisis di sebuah firma pengurusan aset dan dana di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana organisasi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bahan Asas: Permulaan Tahun Yang Kukuh

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Press Metal (PMAH)

Perolehan bagi syarikat-syarikat yang kami kaji rata-ratanya mencapai anggaran yang ditetapkan semasa suku tahun terbaru ini. Kami terus memandang positif akan prospek untuk aluminium disebabkan oleh harga yang meninggi – didorong oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Walaupun kami masih memandang positif akan prospek Malayan Cement (LMC) oleh sebab tahap kecekapan yang semakin baik, hal ini mungkin dilemahkan oleh kesan daripada kos arang batu lebih mahal, yang sepatutnya mula dirasai pada FY27. Permintaan untuk simen mungkin akan mengalami penurunan kecil akibat kegiatan industri yang mungkin lebih lemah, disebabkan oleh tekanan inflasi.

Purata harga LME sekarang mencecah USD3,647/tan QTD (+14% berbanding 1Q26)

Manakala kos alumina dan anod karbon meningkat 1% dan 6%. Sementara itu, purata premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) mencecah USD306/tan, sekali gus menyokong prospek untuk mencapai suku tahun berprestasi tertinggi dalam sejarah. Kos tambang muatan pula menokok 8% QoQ dan dijangka akan menaik 20-30% QoQ pada 2Q26F, walaupun ia hanya merangkumi <10% daripada jumlah kos, dan akan diimbangi oleh premium MJP yang lebih tinggi.

Potensi risiko kenaikan nilai FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB mengandaikan tiada potongan kadar dibuat pada 2026, pasaran mengambil kira kebarangkalian 72% untuk kadar dinaikkan menjelang Disember, lalu membawa nilai USD/MYR kepada USD4.03 (+2% dalam tempoh seminggu). Hal ini merupakan berita positif buat PMAH, kerana >90% daripada barangannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan setiap 2% pada USD mungkin meningkatkan perolehan sebanyak kira-kira 5%, sekiranya tiada perlindungan dibuat.

Kitaran pembinaan semula selepas peperangan di Asia Barat mungkin menjadi berita positif untuk permintaan aluminium

Dengan Arab Saudi mengumumkan tawaran projek baru bernilai sekitar USD16bn pada Apr 2026, iaitu paras tertinggi sepanjang YTD-2026, dan nilai projek diagihkan sama rata merentasi segmen pengangkutan (34%), perbandaran (33%) dan perindustrian (32%). Hal ini menandakan bahawa projek-projek pembangunan masih diteruskan di rantau tersebut. Walaupun Asia Barat membentuk hanya kira-kira 2% daripada permintaan aluminium dunia pada 2024, permintaan yang dipacu oleh pembinaan semula mungkin masih dapat memberi sokongan kepada harga aluminium semasa inventori lebih rendah YoY dan keadaan bekalan yang sudahpun berkurangan.

Prospek untuk LMC

Pihak pengurusan menjangka kos arang batunya untuk 4QFY26 akan menjadi agak stabil, kerana kumpulan ini masih mempunyai simpanan arang batu berharga rendah sebelum konflik di Asia Barat bermula – kesan daripada konflik ini dianggarkan akan dirasai mulai 4QFY26. Namun begitu, LMC telah memperoleh inventori arang batu untuk 2-3 bulan pada kira-kira USD90 untuk 1QFY27F (38% melepasi paras pada 3QFY26), sambil mengekalkan rebat MYR20/tan. Mengikut anggaran kami, kenaikan harga arang batu setiap USD10/tan mungkin akan merendahkan perolehan sebanyak 5-6% setahun dan menurunkan margin EBIT sebanyak 130bps, jika pelepasan kos adalah kecil dan harga arang batu berterusan menaik.

PMAH ialah Saham Pilihan Utama kami apabila melihat pada kekurangan bekalan aluminium

Dijangka akan berlarutan. TP kami diperoleh berdasarkan P/E FY27F 27.5x (+2SD daripada purata lima tahunnya). Kami berpendapat nilai ini wajar oleh sebab paras normal baharu untuk harga aluminium (>USD3,000/tan) yang dipacu oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Purata YTD sekarang ialah USD3,378/tan (4% melebihi anggaran kami). Oleh itu, kami berpendapat penilaian saham ini wajar dinaikkan melepasi paras purata. Kami juga memandang positif akan LMC disebabkan oleh tahap kecekapannya yang bertambah baik, manakala penilaian tampak murah apabila saham ini diniagakan pada -1.5SD daripada paras purata. Kami menekankan bahawa margin EBITDA tetap kukuh, dengan kenaikan QoQ kepada 35.3% pada 3QFY26 (2QFY26: 32.9%).

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.