Miliki Mahligai Mampu Milik Lengkap Dengan Landskap

Hidup di dunia ini adalah sementara. Akhirat jualah tempat kita yang kekal abadi. Mungkin di dunia kita tak mampu nak beli macam-macam benda, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh impikan kehidupan yang selesa di syurga nanti.

Nak ke sebuah mahligai yang kita miliki, dengan harta yang melimpah ruah, dikelilingi dengan pokok tamar dan kehijauan seluas mata memandang?

Bagi siapa yang berminat dengan tawaran ini, boleh buat 4 amalan ini secara istiqomah:

1. Tunaikan solat sunat rawatib 12 rakaat sehari semalam.

Sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sahih Muslim memberi maksud mereka yang solat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari semalam akan dibina buatnya sebuah mahligai di syurga nanti.

Iaitu 2 rakaat sebelum fajar, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.

2. Ucapkan zikir (سُبْحَانَ اللّهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)

Dikhabarkan dalam sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Tirmizi, sesiapa yang membaca zikir ini, akan ditanam buatnya sepohon tamar di syurga.

3. Berzikirlah dengan (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)

Sebuah hadis dalam Sahih Muslim, Nabi S.A.W menyatakan zikir ini merupakan salah satu khazanah berharga atau harta simpanan dalam syurga.

4. Amalkan (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ)

Hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Ibnu Majah menjelaskan bahawa setiap ucapan zikir ini akan ditanam buatnya sepohon pokok dalam syurga nanti.

Bolehlah diamalkan satu demi satu, semoga berbahagia di sana nanti, insya-Allah.

Kredit: Yayasan Pondok Sungai Durian

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian