Mudahnya Buka Akaun Saham

Mudah saja buka akaun CDS saham ini. Modal juga murah saja RM10.

Tapi, masih ramai yang tak tahu nak bermula kan?

Lagi-lagi perempuan, mereka punya overthinking dan takut tu lebih sikit.

Akhirnya tak buat langsung.

Apa Itu CDS?

Ianya singkatan kepada Central Depository System. Ingin bermula melabur dalam pasaran saham, anda perlu buka akaun CDS.

Ini pengalaman penulis sendiri nak kongsi pandangan dan pemahaman daripada seorang perempuan.

1. Mana Nak Buka Akaun CDS?

Di investment bank boleh, nak buka dengan Dealer, Remisier atau Marketing Representative yang mewakili syarikat broker pun boleh. Tapi pastikan mereka ini betul-betul genuine dan berlesen ya.

Dalam kes saya, saya berurusan deal dengan Marketing Representative untuk buka akaun, mereka beri link dan saya perlu isikan secara online

2. Apa Nak Buat Selepas Itu?

Pihak yang mewakili syarikat broker akan call, WhatsApp atau email untuk pengesahan.

Dalam kes saya, mereka WhatsApp dan saya perlu isi detail peribadi di link yang diberi. Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah:

1. Salinan kad pengenalan – 4 keping

2. Penyata akaun bank – 4 keping

3. RM10 transfer online ke syarikat pengendali

4. Borang yang telah diisi

Ada yang beri kembali ke bank, broker atau pos kembali ke syarikat pengendali.

3. Buka Akaun CDS

Dalam beberapa hari boleh lihat emel dan akaun CDS kita pun dah siap.

4. Masukkan Deposit

Cukup mudah untuk masukkan deposit ke dalam akun, tekan bahagian payment dan teruskan dengan pemindahan.

Boleh bayar secara manual atau pindahan melalui FPX.

Saya guna FPX saja. Minimum RM1,000 dan maksimum RM30,000.

5.Boleh Pilih Kaunter Untuk Dibeli

Lebih mudah jika download apps M+ di handphone, senang nak tengok dan boleh susun kaunter kegemaran atau nak tengok Top 30 kaunter dan boleh mula beli saham pertama anda.

Akhir sekali bolehlah tekan BUY saham yang dikehendaki berserta unit.

Saya tamak sebab teruja, beli sampai 4 kaunter terus.

Lepas itu semuanya loss, itu tindakan BUY tanpa ilmu.

Sebelum nak melabur saham, laburlah dulu ke dalam ilmu. Barulah kita dapat tingkatkan keuntungan dan minimumkan kerugian.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Zaman sekarang ni, nak buka akaun CDS secara online saja pun boleh. Tak perlu isi borang, tak perlu walk-in ke mana-mana cawangan broker atau investment bank.

Sangat mudah, tapi disebabkan permohonan untuk buka akaun adalah tinggi; ada juga yang terpaksa tunggu 2-3 bulan baru akaun CDS siap.

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is 210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: