3 Fasa Beli Dan Jual Saham – Kini Ada Robot Untuk Permudahkannya

Pastinya ramai di kalangan kita yang beli dan jual saham hampir setiap hari. Beli pagi, jual petang. Kita ulang hari-hari tanpa kita menyedarinya.

Cuba fikir balik:

  • Apakah proses-proses yang perlu dilakukan?
  • Berapa lama masa yang perlu diluangkan setiap hari?
  • Apakah elemen yang paling penting dalam manual trading?
  • Susah sangat ke nak trade manual?

Persoalan-persoalan di atas akan selalu bermain di kotak fikiran trader-trader baru dan lama, serta sesiapa yang ingin berjinak-jinak dengan dunia trading.

Secara kasarnya, fasa untuk urusniaga saham secara manual ini terbahagi kepada 3 fasa.

✅ FASA 1 – HOMEWORK

(Apa yang perlu trader lakukan SEBELUM pasaran dibuka?)

Langkah pertama adalah memilih strategi yang ingin di gunakan ketika pasaran dibuka. Sebagai contoh, jika pasaran semasa Bursa Malaysia dalam keadaan bearish atau downtrend, mungkin strategi yang paling sesuai adalah ‘defensive strategy’. Begitu juga jika sebaliknya.

Jika pasaran dalam keadaan bullish atau uptrend, ‘aggressive strategy’ lebih sesuai. Strategi yang ingin digunapakai adalah bergantung kepada kesesuaian trader itu sendiri dari segi pengurusan kewangan dan kawalan risiko.

Selepas menetapkan strategi yang ingin digunapakai, apa yang perlu trader buat adalah memilih saham-saham yang berpotensi untuk memberikan keuntungan dalam tempoh pegangan yang dikehendaki.

Trader perlu menganalisa saham yang berpotensi ini dari segi analisa teknikal untuk menentukan trading plan mereka (entry price, profit taking and stop loss price).

Setiap trader akan mempunyai trading setup yang berbeza dengan trader yang lain bergantung kepada indicator analisa teknikal yang dipilih.

Berdasarkan pengalaman kami sebagai trader, fasa HOMEWORK ini mengambil masa sehingga 1-2 jam setiap hari. Kebiasaannya, homework akan dilakukan malam sebelum pasaran dibuka.

✅ FASA 2 – EXECUTION

(Apa yang perlu trader lakukan SEMASA pasaran dibuka?)

Ketika pasaran dibuka, setiap trader perlu memantau pergerakan harga saham pilihan untuk memastikan tidak terlepas dari entry price yang mereka inginkan. Apabila sudah berjaya mendapat harga yang diinginkan, trader masih perlu membuat pemantauan untuk memastikan mereka patuh kepada trading plan yang telah mereka tetapkan.

Proses ini memerlukan pemantauan yang teliti sepanjang ‘trading hours’ daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Pada ketika inilah, emosi dan psikologi akan mengambil alih setiap keputusan trader. Betul, setiap trader WAJIB ada trading plan yang telah ditetapkan sebelum berurusniaga, tetapi, berapa ramai yang betul-betul patuh kepada trading plan mereka?

Berapa ramai yang akan mengambil keuntungan apabila harga sasaran mereka telah tercapai? Berapa ramai pula yang akan menjual tepat pada harga ‘cut loss’ apabila saham belian mereka dalam kerugian?

Percayalah, trader tidak boleh lari daripada perasaan emosi FEAR, GREED, and HOPE. Inilah realiti dalam trading.

✅ FASA 3 – ANALYZE TRADING JOURNAL

(Apa yang trader perlu lakukan SELEPAS melakukan transaksi beli dan jual saham?)

Untuk mendapatkan result trading yang konsisten, setiap trader perlu ada Trading Journal masing-masing. Dalam Trading Journal ini, trader perlu merekodkan setiap transaksi belian dan jualan saham pilihan mereka termasuklah harga membeli, harga menjual, berapa jumlah keuntungan, berapa jumlah kerugian, strategi yang digunapakai, trading plan yang ditetapkan dan sebagainya.

Trader perlu menganalisa setiap keputusan mereka dalam melakukan transaksi belian dan jualan saham berdasarkan Trading Journal yang telah dibuat. Melalui proses ini, trader akan dapat menilai kekuatan dan kelemahan mereka di dalam melakukan urusniaga beli dan jual saham.

Proses ini adalah proses yang paling kritikal dalam menentukan ‘sustainability’ trader dalam pasaran Bursa Malaysia. Secara realitinya, tidak ramai trader yang merekodkan setiap transaksi belian dan jualan saham pilihan mereka terutamanya ketika saham belian mereka berada dalam kerugian.

Secara konklusinya, setiap trader perlu mengulangi proses dari Fasa 1 sehingga ke Fasa 3 setiap hari untuk mendapatkan result trading yang konsisten dan memastikan mereka boleh bertahan lama di dalam pasaran Bursa Malaysia.

Anda nilaikan sendiri, trade manual ni susah ke senang? Berapa banyak komitmen masa yang perlu anda luangkan setiap hari? Jika setiap hari anda sanggup untuk melakukan proses-proses seperti yang diterangkan di atas, selamat datang ke dunia manual trading kami ucapkan!

Untuk pengetahuan, Mathcraft telah membangunkan sebuah sistem automasi pelaburan saham secara sistematik bermula dari pengurusan modal, pemilihan strategi, jangkaan tempoh pegangan dan pengawasan portfolio pergerakan harga saham secara automatik dan berasaskan kepada “Artificial Intelligence” yang mudah difahami tanpa perlu menguasai teknikal analisis secara mendalam dan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

This image has an empty alt attribute; its file name is robotsaham-november-2019-1024-700x446.jpg

Anda semua dijemput hadir ke seminar pengenalan kepada robot saham untuk mempelajari, memahami dan menguasai kaedah pelaburan saham patuh shariah di Bursa Malaysia secara automatik dengan menggunakan teknologi robot.

Boleh daftar di link di bawah untuk menempah seat anda:

Kami ada promosi hebat untuk anda semua. TERHAD kepada 50 orang terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang ini, daftar sekarang!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.