Eric Tse, Pemuda Yang Mendapat Status Bilionaire Dalam Sekelip Mata

Pemuda yang bernama Eric Tse telah mencapai status billionaire hanya dengan semalam, apabila menerima penyerahan satu perlima dari nilai syarikat Sino Biopharmaceutical Ltd sebagai hadiah dari keluarganya.

Eric Tse yang saja baru menamatkan pengajian telah mendapat durian runtuh apabila kedua ibu bapanya menghadiahkan pegangan syarikat dan menawarkan jawatan eksekutif tertinggi syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, keseluruhan gaya hidup Eric Tse menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai apabila pengumuman tersebut di buat. Sehinggakan pengikut laman Instagram peribadi beliau meningkat sebanyak 10,000 pengikut, kurang dari tempoh 24 jam apabila kenyataan penyerahan tersebut diumumkan.

Pada asalnya Eric Tse dilahirkan di Seattle, Washington dan merupakan graduan daripada The Wharton School of Finance. Beliau telah dibesarkan di Hong Kong.

Menurut kenyataan peribadinya, beliau bukan menginginkan untuk berada dalam senarai manusia terkaya di dunia, tetapi beliau menerimanya dengan hati terbuka kerana ingin meneruskan legasi kejayaan keluarganya dalam bidang perniagaan.

Instafamous:

Sejak daripada itu, kehidupan beliau seringkali menjadi tumpuan media dan orang ramai. Beliau sering memuat naik gambarnya berpesta dengan selebriti-selebriti terkenal seperti Rihanna dan ramai lagi.

Beliau lebih gemar melancong keliling dunia melawat pusat-pusat pelancongan mewah, seperti Paris, Dubai dan banyak lagi.

Tahukah anda, menurut Forbes, aset kekayaan beliau lebih besar daripada pengasas Starbucks, Howard Schultz, iaitu $3.5 bilion lebih banyak. Manakala beliau juga lebih kaya daripada CEO Snapchat, Even Spiegel sebanyak $2.1 bilion.

Menjadi lebih unik dan istimewa apabila nilai kekayaan beliau tanpa bersusah-payah dan bebas cukai, disebabkan hadiah kekayaan dari keluarganya. Disebabkan aset kekayaan tersebut beliau secara tiba-tiba tersenarai sebagai orang ke-550 terkaya di dunia, dan merupakan salah seorang yang terkaya di Asia.

Ibu bapa Eric Tse adalah pengarah eksekutif di Sino Biopharmaceutical Ltd. Beliau akan memangku jawatan pengarah jawatan-kuasa eksekutif syarikat tersebut. Berdasarkan jawatan tersebut, beliau akan menerima gaji sebanyak $498,000 setiap tahun, tidak termasuk bonus.

Syarikat tersebut telah diasaskan oleh bapanya dan dibangunkan bersama-sama dengan keluarga mereka. Setelah penyerahan pegangan syarikat tersebut, kakaknya telah menandatangani perjanjian penyerahan pemilikan syarikat kepadanya buat sementara waktu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA