5 Petua Simpan Duit Setiap Bulan Bagi Kaki Shopping

Bila sebut perkataan ‘kaki shopping’,secara automatik wajah perempuan dengan barangan penuh di tangan menjadi gambaran. Terlintas pula di hati, mampukah golongan kaki shopping ini menyimpan duit?

Jangan terkejut kerana seorang kaki shopping sebenarnya mampu untuk menyimpan walaupun mereka ini suka berbelanja. Malah turut ada petua simpan duit tiap bulan bagi kaki shopping yang boleh kita amalkan.

Walaupun demam shopping online semakin merebak bagaikan penyakit dengan wujudnya pelbagai website beli belah. Lagi-lagi dengan ‘jualan murah’ sempena tarikh tertentu setiap tahun seperti 9.9, 10.10, 11.11 dan juga 12.12, namun masih ada golongan kaki shopping yang tidak terjerat dengan kempen promosi sebegini. 

Walaubagaimanapun, tidak semua kaki shopping itu tidak berfikir untuk menyimpan duit sedikit demi masa depan mereka. Mereka juga sedar yang amalan menyimpan duit boleh membantu di saat susah.

Di sini dikongsikan 5 petua cara simpan duit tiap bulan untuk si kaki shopping.

1. Buat Senarai dan Hanya Beli Sewaktu Jualan Murah / Penghabisan Stok

Sudah tentu kaki shopping ni sememangnya bijak belaka. Jadi, kita boleh dapatkan dan beli barang semasa jualan murah berlangsung.

Tapi awas, pastikan kita buat senarai barangan yang ingin dibeli beserta dengan harga terlebih dahulu. Kemudian, kita boleh lihat harga untuk barang tersebut semasa sedang promosi.

Jika ada diskaun yang banyak barulah kita beli. Semasa jualan penghabisan stok sebegini, ada segelintir penjual dengan sengaja mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan kemudian menurunkan harga dengan kononnya jualan murah.

2. Asingkan Hanya Sedikit Dari Duit Gaji Untuk Shopping

Kalau kita seorang kaki shopping yang dah bekerja maka boleh asingkan sedikit duit gaji dengan memasukkannya ke dalam tabung atau akaun lain. Habiskan duit dalam tabung tersebut, tapi jangan pula kita curi-curi ambil daripada tabung yang dah diasingkan untuk simpanan.

Dengan cara ini, kita dapat berbelanja dengan berhemah dan tidak akan melebihi bajet yang telah ditetapkan.

3. Jauhkan Diri Dari Shopping Mall

Untuk petua seterusnya, kita perlu banyak bersabar. Ini kerana kita hanya boleh membeli di waktu jualan murah (sales) yang benar-benar ada potongan yang banyak saja.

Jauhkan diri daripada godaan yang pasti ada setiap kali kita berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Bila tiada godaan, pastinya kita akan terselamat daripada berbelanja sesuka hati.

4. Lakukan Kerja Sambilan

Selain daripada itu, kaki shopping juga boleh buat kerja sambilan seperti berniaga. Seperti petua nombor 1 tadi, bila kita sudah beli barang dengan harga yang murah, maka sudah tentu kita mampu untuk membuat penjimatan.

Sekiranya kita rasa sudah tidak perlukan barangan itu lagi maka ada baiknya kita jual saja untuk dapatkan balik modal asal. Secara tidak langsung, kita tidak akan terus membazir malah dapat berjimat dan perbanyakkan simpanan yang ada.

5. Tunggu Seminggu Baru Beli

Yang terakhir sekali, setiap kali kita terasa seperti ingin membeli sesuatu – apa kata kita tangguhkan pembelian tersebut selama seminggu. Ini kerana kita mempunyai masa untuk berfikir seketika samada pembelian tersebut satu keperluan atau sekadar satu kehendak.

Apabila kita berjaya kawal nafsu membeli, pastinya dapat berjimat banyak dan mampu nak elakkan pembaziran. Secara tak sedar, banyak juga kita dapat berjimat dan gunakan duit lebihan tersebut untuk menyimpan dan melabur.

Mesti ramai yang akan perasan kenapa seorang kaki shopping boleh mempunyai simpanan dan pelaburan yang banyak. Apa lagi, kongsikanlah tips ini dengan mereka pula.

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.