Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100%

Mesti terkejut kan baca tajuk di atas? Saham FGV bukan dah ke laut ke? Oh ya, dulunya ia dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings, sebelum ditukar ke nama sekarang iaitu FGV Holdings.

Ketika peralihan kuasa Mei 2018, harga saham FGV berlegar-legar sekitar RM1.60- RM1.80.

Kalau diikutkan:

Harga saham FGV Holdings 14 Disember 2018: RM0.64

Harga saham FGV Holdings 26 November 2019: RM1.31

Kenaikan: +RM0.67 atau +104.69%

Sumber: Bursa Marketplace

Apa Punca Kenaikan Harga Saham FGV Holdings?

Mesti nak tahu apakah puncanya harga saham FGV Holdings ini naik secara mendadak?

1. Perlantikan Pengurusan Baru

Kredit Gambar: FB FGV Holdings Berhad

Selepas kejatuhan harga saham ke paras terendah pada Disember 2018, FGV Holdings telah membuat rombakan terhadap pihak pengurusan syarikat. Datuk Haris Fadzilah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Januari 2019.

Turut dilantik 3 ahli pengurusan kanan yang baru, iaitu Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid selaku Group Chief Financial Officer, Mazri Abdul Rahim selaku Chief Human Resources Officer dan Dr Christina Ooi Su Siang selaku Chief Procurement Officer.

Dengan adanya pihak pengurusan yang baru, perlahan-lahan FGV Holdings membuat turnaround.

2. Kerugian Berkurang

Sumber: MalaysiaStockBiz

Kalau dilihat kepada laporan di atas, FGV Holdings telah mencatatkan kerugian lebih daripada RM1 bilion bagi tahun berakhir 2018.

Syarikat masih rugi, namun syarikat telah berjaya mengurangkan kerugian, dan mungkin akan mencatatkan keuntungan pula bagi tahun berakhir 2019.

3. Harga Minyak Kelapa Sawit Mentah Meningkat

Sumber: Trading View

Dalam masa setahun kebelakangan ini, harga minyak kelapa sawit mentah telah meningkat sebanyak 38%. Bila harga naik, keuntungan FGV Holdings pun meningkat sama.

4. Eksport Turut Meningkat

Sumber: Malaysian Palm Oil Council (MPOC)

Harga pun semakin meningkat, jumlah eksport pun meningkat naik juga. Memang berganda-ganda kenaikan yang dikecapi negara, lebih-lebih lagi FGV Holdings.

OK ke tak OK pulangan sebanyak 100% setahun dengan pelaburan saham FGV Holdings ni?

Nak Saham Naik Lebih 100% Sehari Juga Tak Mustahil

Ini bukan scam ya, tapi inilah yang berlaku kepada harga saham Solarvest yang baru diapungkan semalam.

Harga Tawaran IPO: RM0.35

Harga Penutupan Hari Pertama: RM0.755

Kenaikan Sehari: +RM0.405 atau 115.71%

Macam tak percaya kan? Patuh syariah pula tu. Ingat scam je yang boleh menjanjikan keuntungan melampau? Jom belajar lagi tentang macam mana nak buat duit dalam pelaburan saham patuh syariah.

Baca Panduan Beginner Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Felda, FGV Teroka Semula Peranan Minyak Sawit, Ubah Sisa Kepada Kekayaan

KUALA LUMPUR (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.

Pengarah Kumpulan, Bahagian Perladangan FGV, Izham Mustaffa berkata peranan pihaknya melangkaui operasi perladangan dengan menekankan bahawa fungsi teras FGV menyumbang kepada pembinaan negara melalui sektor pertanian.

“Pemodenan pertanian, melalui penggunaan teknologi, inovasi dan amalan terbaik penting untuk menjamin kerelevanan pada masa depan dan peningkatan sektor ini, Bagaimanapun, untuk melonjakkan nilai, kita mesti mengubah pemikiran asas.

“Sisa bukan lagi isu pelupusan sebaliknya satu sumber dan bahan mentah yang kita boleh manfaatkan,” katanya ketika berucap pada seminar bertajuk “Waste to Wealth: Opportunities in Green Energy and Circular Economy” bagi Program Jawatankuasa Penasihat 2026, secara dalam talian hari ini.

Izham berkata justeru, pertama sekali, syarikat perladangan dan komoditi itu menumpukan kepada pembangunan tanah bagi memastikan tanah digunakan secara produktif, cekap dan mampan untuk menjana nilai sosioekonomi jangka masa panjang.

Kemajuan sosioekonomi juga merupakan keutamaan penting, dengan operasi menyumbang untuk meningkatkan pendapatan, mewujudkan pekerjaan dan membentuk komuniti yang lebih kukuh, katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan mengubah biojisim kepada tenaga hijau, yang semakin penting susulan ketidaktentuan global.

“Biojisim mesti dilihat sebagai satu sistem, bukan sebagai produk sampingan atau sisa. Kita boleh mengguna pakai model ‘Hab dan Jejari, dengan ladang dan komuniti berperanan sebagai nod bekalan manakala hab pemprosesan berpusat memastikan kualiti dan kecekapan,” katanya.

— BERNAMA