Luno Bangga Melancarkan Semula Platformnya Di Malaysia

Kuala Lumpur, 27 hb November 2019 – Luno adalah sebuah platform pertukaran mata wang kripto yang pertama mendapat kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Dengan suka cita kami maklumkan bahawa kami secara rasmi menawarkan akses kepada warga Malaysia ke pertukaran digital untuk membolehkan pengguna menguruskan aset mata wang kripto melalui platform yang diluluskan.

Luno telah mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia oleh SC bulan lepas dan syarikat itu mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia. Luno mula menubuhkan operasi di Malaysia pada tahun 2015. Menjelang tahun 2017, ia telah menjadi pertukaran aset digital terbesar di negara ini dan telahpun terlibat dalam kerjasama dan membantu pengawal selia dalam membentuk rangka undang undang peraturan mata wang kripto di Malaysia. Selepas pelancaran semula di Malaysia pada akhir Oktober, lebih daripada RM 2.5 juta aset digital telah didagangkan dalam tempoh 10 hari pertama.

Pada majlis pelancaran sulung yang dihadiri oleh para pelabur, pengawal selia dan tokoh utama dari sektor perkhidmatan kewangan Malaysia, Marcus Swanepoel, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, berkata: “Kini, kami sedang memerhatikan sebuah revolusi dalam perkhidmatan kewangan global dengan penggunaan mata wang kripto tetapi perubahan ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Badan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dalam sektor ini yang telah mula mengadaptasikan aset digital baru dan teknologi blockchain. Mereka telah memberi peluang kepada pelabur, peniaga dan individu di negara ini untuk memaksimumkan faedah sistem kewangan baru ini. “

Kelebihan sebuah pertukaran aset yang dikawal selia dan dihormati adalah sangat jelas, ketelusan perniagaan dan perlindungan pengguna serta pelan tindakan untuk berkerjasama dalam mengalakkan inovasi yang lebih lanjut dengan badan-badan pengawal selia di mana Malaysia berfungsi sebagai sebuah kajian kes perintis.

“Malaysia sebagai pasaran sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan mata wang kripto dan telah lama mengetahui pentingnya aset digital dalam ekonomi global baru hari ini. Dengan bekerjasama dengan pelanggan kami, kami berhasrat untuk memastikan mereka boleh membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin dan Ethereum dengan selamat, dan juga apa-apa aset digital yang akan diluluskan oleh SC pada masa hadapan. Pada masa ini, banyak aset digital digunakan untuk spekulasi tetapi apabila nilai aset digital ini kian berkembang, ia akan memankain peranan penting dalam dunia perniagaan, “kata Encik Swanepoel.

Platform Luno kini aktif untuk semua warga Malaysia dan boleh diakses melalui: www.luno.com

Mengenai Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 370 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Dengan lebih daripada 2.5 juta pelanggan (e-wallet) yang merangkumi lebih dari 40 buah negara, perkhidmatan Luno menjadikannya platform selamat dan mudah untuk membeli, menjual, menyimpan dan belajar tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno berbangga kerana berada di peringkat teratas dalam Benchmark Exchange CryptoCompare yang diterbitkan pada 19 November, 2019.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.