8 Petanda Kau Menipu Poket Sendiri

Secara rasionalnya, memang mudah untuk kita membuat alasan apabila benda yang kita rancang tak menjadi kenyataan.

Pernah tak kita mengucapkan atau menggunakan ayat-ayat ini? Ia mungkin petanda yang kita cuba berbohong dekat poket sendiri.

1. “Oklah, aku selesa dengan gaji RM3000 sebulan, cukuplah tu..”

Kenapa salah? : Sekiranya kita merasa cukup dan selesa dengan tiada kenaikan income pada setiap tahun, ia adalah petanda anda tiada usaha untuk memperbaiki diri untuk ke tahap seterusnya. Dan itu adalah bukti bahawa kita seorang yang pentingkan diri sendiri.

Bayangkan kalau pendapatan kita bertambah setiap tahun, ia memberi peluang untuk kita membantu keluarga dan membantu orang lain (zakat). Ianya secara langsung dapat juga meningkatkan kualiti hidup kita dan keluarga.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Tetapkan matlamat untuk tambah pendapatan, daripada RM3,000 sebulan mesti naik 10%-20% setiap tahun.
  • Gaji tak naik-naik? Bos kedekut? Maka usahakan untuk buat pendapatan sampingan. Sama ada online atau offline, seperti dropship, jadi ejen, freelance, dan bina sebanyak boleh kemahiran dan pengalaman.

2. “Payahlah nak bincang masalah kewangan dengan pasangan”

Kenapa salah? : Sekiranya hubungan kita dengan duit sendiri pun tak berapa cun, jangan mimpilah pasangan tercinta boleh menyelesaikan masalah kewangan yang kita hadapi. Kerana hubungan kasih sayang bukanlah penyelesaian bagi masalah kewangan.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Kewangan sepatutnya menjadi salah satu topik penting bagi pasangan suami isteri. Bincangkan apa matlamat keluarga, bagaimana untuk realisasikannya dan bagaimana pasangan anda boleh saling tolong-menolong sebagai sebuah pasukan.
  • Kena bincang dengan terang dan jelas, usah guna bahasa kiasan. Dan jangan ikut orang lain, sebab setiap keluarga matlamatnya berbeza.

3. “Takaful ni..nanti-nanti boleh?”

Kenapa salah? : Takaful ini ibarat kita beli payung – kita memang tak guna sekarang, tetapi kita akan guna bila hujan turun. Boleh je nak nanti-nanti, kalau ada ilmu kebal dan tak lut dek penyakit.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Sekiranya tiada idea yang terbaik untuk diri sendiri, cuba cari orang yang berpengalaman, yang tahu tentang Takaful.
  • Kadang-kala majikan kita mungkin sudah sediakan Kad Perubatan atau Takaful Hayat, tapi sekiranya kita menanggung orang lain – anak, pasangan, atau sebaliknya – mungkin kita memerlukan Takaful tambahan.
  • Income Replacement boleh membantu menggantikan gaji kita sekarang jika terdapat kemalangan atau penyakit yang membuatkan kita tidak dapat bekerja.
  • Hibah pula dianggap sebagai sedekah, dengan memberi sebahagian wang tunai kepada ahli waris jika kita ditakdirkan meninggal dunia.

Baca juga Rasa Rugi Bayar Takaful Setiap Bulan?

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

4. “Aku simpan je duit ni. Nanti-nanti adalah gunanya tu”

Kenapa salah ? : Tak salah menyimpan duit, tetapi no money made by saving dengan menyimpan saja tanpa matlamat. Robert Kiyosaki selalu cakap pasal ini, bank cetak duit lebih laju daripada apa yang kita fikirkan.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Rancang dulu matlamat menyimpan, disebabkan no money made by saving, pastikan simpan di tempat yang boleh mendatangkan dividen tanpa bayaran tambahan. Paling kurang pun dividen tu boleh cover inflasi macam REIT, Tabung Haji dan ASB.

Baca juga Konsep Simpan, Belanja, Kongsi dan Labur – Cuba Buat Ini Untuk Anak Anda

5. “Pandailah aku cari duit, buat apa nak pening kepala asingkan duit tu.

Kenapa salah ? : Sebab kita tak akan boleh hebat dalam kewangan bila tiada pembahagian untuk emergency fund, investment fund dan for fun. Sebab kehidupan akan ada naik turun, jadi sediakan payung sebelum hujan.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Ada sekurang-kurangnya empat perkara asas yang boleh bantu kita menguruskan kewangan dengan bijak – wujudkan akaun kecemasan, akaun pelaburan dan buat keputusan yang membawa kita lebih dekat dengan matlamat, menghadkan godaan kemahuan, dan berlatih untuk bersabar.

6. “Hutang sikit je pun, semua orang pun berhutang, nanti aku bayarlah.”

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Kenapa salah? : Ya hutang itu baik dan boleh membantu kita untuk teruskan kehidupan, tetapi ada hutang baik dan ada hutang jahat. Hutang baik adalah hutang yang boleh menjana pendapatan. Hutang jahat adalah hutang yang merosakkan kewangan dan poket! Malah, dengan kadar faedah hutang yang tinggi, seringkali membantutkan ramai orang daripada membina kekayaan.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Bayar baki kad kredit sepenuhnya setiap bulan. Sekiranya kita sudah mempunyai hutang, buat rancangan untuk membayarnya secepat mungkin. Pastikan juga skor kredit bertambah baik setiap bulan.

7. “Aku mampu bergaya. Baru sedap show-off dekat IG”

Kenapa salah?: Dapat bermegah dengan status sosial bukan matlamat hidup. Disebabkan pendapatan dan perbelanjaan kita tidak sama, termasuklah financial goal juga berbeza. Dengan kata lain, sepatutnya show-off korang bukan dekat insta atau kawan, tapi dekat diri sendiri. “Yes, aku dah berjaya beli rumah banglo untuk mak ayah!”

Bagaimana nak perbaiki?

  • Buat senarai financial goals untuk membantu kita memilih mana yang penting, dan hanya membelanjakan wang yang membawa kita dekat dengan matlamat yang ingin dicapai.

Baca juga 5 Tips Mencapai Matlamat Kewangan

8. “Tak naklah aku melabur, takut”

Kenapa salah? : Janganlah masuk skim cepat kaya, itu bukan pelaburan. Takkan masih tak dapat bezakan? Pelaburan yang sah dan patuh syariah dekat Malaysia ni bersepah-sepah. Memang betul melabur itu berisiko, tetapi sekiranya simpan cash, lagi berisiko tinggi – hilang, inflasi, anai-anai, kena curi. Duit tu tak akan jadi duit kalau tak pandai diberanakkan.

Bagaimana nak perbaiki?

  • Ada 3 kategori pelaburan iaitu low, medium dan high-risk investment. Mulakan dengan melabur pada diri sendiri dulu dengan menimba ilmu. Zaman dah mudah untuk kita akses kepada maklumat.
  • Low risk investment adalah seperti menyimpan ke dalam ASB. Beli RM 1. Jual balik pun RM 1. Keuntungan diterima dari agihan pendapatan. Medium-risk investment pula kita melabur dalam Unit Trust. High-risk investment seperti pelaburan saham atau hartanah.
    Baca Panduan Beginner Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.
  • Ikut kesesuaian dan toleransi risiko masing-masing. Lagi lama kita melabur, lagi baik pengalaman dan kemahiran yang kita miliki.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari