AXA Dinamakan Sebagai Majikan Pilihan

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) mengakhiri tahun ini dengan menerima 2 anugerah berprestij  — Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk Majikan Pilihan (Sektor Swasta) di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 yang ke-19 (Anugerah MIHRM). Upacara ini telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 29 November 2019.

Pada awal bulan ini, AXA telah dinobatkan sebagai HR Asia Majikan Terbaik untuk Bekerja di Asia 2019 untuk tahun ke-3 berturut-turut, sekaligus memantapkan kedudukan Syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang paling berinspirasi dan diingini untuk bekerja di bawahnya bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di Asia.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA menerima Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk Majikan Pilihan (Sektor Swasta) di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 ke-19 (Anugerah MIHRM) yang telah diadakan di Istana Hotel, Kuala Lumpur pada 29 November 2019. AXA diiktiraf atas usaha untuk mendorong amalan yang inovatif dalam perjalanan transformasi HR mereka sambil menyokong kakitangannya untuk mencapai potensi mereka.

Dianjurkan oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia dengan kerjasama Institut Sumber Manusia Antarabangsa sejak tahun 1999, Anugerah MIHRM ialah acara tahunan yang menjadi rebutan majikan di peringkat kebangsaan.  Ia juga diiktiraf di peringkat global sebagai penanda aras yang diiktiraf bagi syarikat-syarikat dengan amalan HR yang cemerlang yang mendorong perkembangan organisasi dan transformasi tenaga kerja.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, berkata Syarikat ini amat berbesar hati atas pengiktirafan untuk inisiatif transformasi HR mereka sekaligus berusaha untuk menuju ke arah pelan strategik 2020 bagi menyokong pertumbuhan syarikat yang berterusan.

“Resipi kejayaan kami terletak pada budaya dan DNA Syarikat kami – kami komited untuk membina budaya pembaharuan dalam usaha kami untuk mengalih peranan pelanggan kami daripada pembayar menjadi rakan kongsi. Kakitangan kami adalah aset kami yang paling berharga kerana mereka memacu perjalanan transformasi kami, oleh itu kami percaya betapa pentingnya untuk kami melabur dan membina keupayaan dalam tenaga kerja kami bagi membangunkan pertumbuhan peribadi dan profesional mereka, serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Emmanuel.

Sepanjang tahun ini, AXA telah mengambil langkah berani untuk merevolusikan amalan HR mereka. Beberapa inisiatif yang menonjol dalam perjalanan digitalisasinya termasuk memperkenalkan Automasi Proses Robotik untuk mereka semula proses HR yang memerlukan tenaga kerja intensif dan melancarkan program AXAPRENEUR kepada kakitangannya untuk melaksanakan projek-projek canggih yang telah menghasilkan nilai inovasi berjumlah RM8.3 juta. Syarikat ini juga telah banyak melabur dalam program Pembelajaran dan Pembangunan dan bekerjasama dengan platform pembelajaran atas talian bagi menggalakkan pekerja untuk memperkasakan pembelajaran mereka sendiri.

AXA yakin bahawa pengalaman pekerja yang positif adalah amat penting untuk kejayaannya. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan AXA Well – program kesejahteraan holistik dan berstruktur yang memberi tumpuan kepada 6 tunggak kesejahteraan (fizikal, masyarakat, kewangan, sosial/keluarga, kesedaran dan hubungan sesama sendiri) untuk mempromosikan integrasi kerja dan kehidupan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.