Tan Sri Halim Saad Nak Beli Lebuhraya PLUS Pada Harga Lebih RM6 Bilion

Memetik sumber daripada The Edge, khabarnya konsesi yang diketuai oleh Tan Sri Halim Saad dan Datuk Wong Gian Kui telah meningkatkan tawaran lebih daripada 30% berbanding tawaran asal mereka iaitu RM5.2 bilion.

Pada bulan Oktober yang lalu, Tan Sri Halim Saad dan Datuk Wong telah membuat bidaan untuk membeli pegangan 51% yang dimiliki Khazanah Nasional di dalam PLUS, dengan menawarkan RM5.2 bilion.

Ianya tidak akan melibatkan sebarang tambahan kepada konsesi sedia ada, yang bakal berakhir pada tahun 2038. Ia juga termasuk diskaun sebanyak 25% bagi kadar tol sedia ada.

Ini meletakkan tawaran Tan Sri Halim Saad dan Datuk Wong mengatasi tawaran daripada Kumpulan Perniagaan Widad, yang telah meningkatkan tawaran mereka daripada RM3 bilion kepada RM5.3 bilion. Cadangan ini termasuklah pengurangan tol sebanyak 25%-40%, tetapi dengan syarat tempoh konsesi tersebut dilanjutkan.

Sumber Rujukan: Malay Mail

Siapa Pemilik PLUS Ni Sebenarnya?

This image has an empty alt attribute; its file name is plus-highway-group-corporate-structure-700x998.jpg

PLUS Malaysia adalah milik UEM Group dengan pegangan sebanyak 51%, yang merupakan anak syarikat Khazanah sepenuhya. Manakala, KWSP adalah pemilik baki saham syarikat sebanyak 49%.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian