Ikuti Luahan Terbuka Ikon Pejuang Hartanah – Ahyat Ishak

Ahyat Ishak

Bagi mereka yang belum mengenali Tuan Ahyat Ishak, beliau merupakan penulis buku bestseller “The Strategic Property Investor” dan terbaru sekali ‘40 Pesanan Buat Pelabur Baru’. Beliau juga adalah seorang jutawan di dalam bidang hartanah, pelabur hartanah dan mentor hartanah yang juga pengasas bagi program Strategic Property Investor.

Kenapa Orang Takut Nak Melabur Dalam Hartanah?

Pertama sekali dan yang paling penting, ramai orang tiada kesedaran tentang betapa pentingnya perlu ada ilmu di dalam hartanah. Ini boleh dikesan daripada nenek moyang kita lagi.

Bukan nak salahkan mereka, tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri, dulu masa kita kecil, ada tak atuk atau nenek kita beri nasihat kepada kita untuk beli rumah? Pastinya tak ramai kan?

Berbanding dengan bangsa Cina, yang amat menekankan bab pemilikan harta sejak dari kecil lagi. Dah lah disuruh berniaga dari kecil lagi, bila dapat duit je; kena beli rumah dulu. Kedua, beli shoplot. Nampak tak flow dia, berniaga-> beli rumah-> beli shoplot.

Memang bukan konvensional, tetapi itulah yang bermain di minda anak-anak kecil bangsa Cina. Jadi bila dah besar, setidaknya mereka ada inisiatif untuk berniaga terlebih dahulu. Bila dah kumpul duit sikit, baru melabur di dalam bidang hartanah.

Yang lebih menariknya, apabila berkumpul sanak-saudara contohnya bila Chinese New Year; rasa-rasanya apa soalan yang ditanya?

Eh kau berniaga macamana sekarang? Dah berapa rumah kau beli? Kat area mana?”

Cuba bandingkan sikit dengan budaya kita, “Dah kahwin ke belum? Bila nak kahwin?”

Orang yang dah berkahwin pula ditanya, “Sorang je ke anak? Bila nak tambah sorang lagi?”

Begitulah perbezaan yang jelas bagaimana dua bangsa yang berbeza boleh ada jurang yang sangat besar. Disebabkan kita tak dididik dari kecil yang menyebabkan kita tak tahu pun kewujudan & kelebihan pelaburan hartanah ni. Sibuk sangat nak tayang kereta baru, sofa baru, TV baru, langsir baru, tapi itu semuanya dengan berhutang.

Berpandangan Negatif Pasal Hartanah beli rumah usia muda

Ada juga suara-suara sumbang atau negatif pasal hartanah ni.

Kononnya hartanah ni sebahagian daripada sistem kapitalis. Konon-konon zalim lah, dan sebagainya. Ini disebabkan adanya orang yang tamak nak beli sebanyak mana hartanah yang termampu. Sebab mereka inilah harga hartanah naik.

Tapi kalau diikutkan, banyak lagi faktor yang menyebabkan harga hartanah naik; dan bukan semata-mata kerana sifat tamak sesetengah golongan. Memang tidak dinafikan terdapat golongan yang sesuka hati menaikkan harga sehingga menindas orang lain, tapi instrumen pelaburan yang lain pun ada je orang macam ni. Skim cepat kaya sebagai contoh, yang akhirnya tersontot – memang majoriti orang Melayu pun yang join.

Ramai je orang berjaya dalam hartanah ni yang mewakafkan tanah untuk sekolah tahfiz dan rumah anak yatim. Siap bagi duit untuk bangunkan tempat tersebut dan beri duit bulanan lagi. Zalim ke mereka? Bagaimana pula dengan rumah yang sepatutnya disewakan dengan harga RM1,200 tetapi disebabkan tenant yang baru nak masuk ni baru berkahwin, diberinya sewa RM900 je?

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Sebab itulah kalau ada sifat sentiasa nak negatif ni, kita susah nak berjaya.

Sikit-sikit fikir negatif, seolah-olah nak carik salah orang lain dan bukan bermusahabah diri sendiri untuk memperbaiki kekurangan.

Belajar Rajin-Rajin, Dah Besar Boleh Jadi Doktor Atau Engineer

Cuba angkat tangan mereka yang telah diprogram sejak kecil oleh ibubapa untuk belajar pandai-pandai untuk dapat kerja yang elok di kemudian hari? Ke ada ibubapa yang suruh belajar tak pandai pun takpe, nanti besar boleh berniaga. Kan ke 9/10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan? Kalau dah diprogram dari kecil untuk buka pintu sebesar 1/10 tadi, sampai bila nak sedar akan wujudnya pintu yang lebih besar?

Nak Melabur Hartanah Perlukan 2S – Sedar dan Senjata

Dah sedar ke belum ni? OK bagi mereka yang dah sedar, anda perlukan ‘S’ yang kedua iaitu Senjata. Umpama kita dah bersemangat nak ke medan perang atau nak melabur hartanah, tapi tanpa senjata memang matilah nak oi.

Kita dapat lihat baru-baru ni, seakan ada suatu gelombang ombak hartanah Melayu yang sudah timbul kesedaran dalam diri & amat memerlukan senjata untuk berjuang. Dan senjata yang dimaksudkan tersebut ialah ilmu pasal bidang pelaburan hartanah.

Siapa dan di mana anda boleh cari ilmu ni? Siapa lagi kalau bukan dari Tuan Ahyat Ishak. Follow Facebook beliau untuk dapatkan nasihat-nasihat percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman