Kod Keselamatan Kad Debit: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sekarang semakin ramai yang lebih gemar berbelanja menggunakan kad debit berbanding tunai. Pertama, lebih mudah kerana tidak perlu membawa tunai yang banyak. Kedua, ianya lebih mudah untuk memantau perbelanjaan.

Kad debit dihubungkan secara terus dengan akaun bank kita. Jadi, ia sangat penting untuk memastikan semuanya selamat.

Kod keselamatan pada kad debit adalah cara untuk melindungi kad debit.

Apakah itu kod keselamatan kad debit?

Seperti kad kredit, kad debit juga mempunyai nombor kad yang mengandungi 15 atau 16 digit nombor di hadapan kad. Kad debit juga mempunyai tarikh kad dikeluarkan dan tarikh tamat tempoh di hadapan kad.

Kod keselamatan kad pula ialah nombor 3 atau 4 digit yang terletak di bawah jalur magnetik di belakang kad. Sebilangan daripada kita merujuk nombor ini sebagai CVC (card verification code) atau CVV (card verification value).

Kedua-dua kad kredit dan kad debit mempunyai kod keselematan. Ada juga kad seperti American Express yang mempunyai kod keselamatan ini di hadapan kad.

Perkara yang membezakan apabila kita menggunakan kad debit dan kad kredit adalah kad debit menggunakan wang daripada akaun bank kita sendiri. Manakala kad kredit menggunakan wang daripada bank pengeluar kad yang bersetuju untuk membayar terlebih dahulu perbelanjaan kita.

Bagaimana Kod Keselamatan Tersebut Berfungsi?

Kod keselamatan ini secara umumnya hanya mempunyai satu peringkat keselamatan sahaja untuk apa-apa transaksi sama ada online ataupun melalui panggilan telefon. Dengan meminta kod keselamatan, nombor kad dan sebagainya, para penjual boleh mengesahkan bahawa kita adalah pemilik kad dan pengguna yang sah.

Kebiasaannya, kita seharusnya memiliki kad tersebut untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan.

Kod keselamatan mempunyai fungsi yang berbeza daripada nombor PIN yang kita gunakan di mesin ATM. Ia juga berlainan dengan kod yang dihasilkan oleh cip yang ada di kad kita.

Cip tersebut dibaca oleh card reader dan kod unik akan dihasilkan setelah kita memasukkan nombor PIN. Jadi, kita harus sentiasa berwaspada untuk tidak mendedahkan kod keselamatan tersebut termasuklah nombor kad dan tarikh tamat tempoh kad.

Ini adalah untuk mengelakkan pembelian palsu walaupun kad kita tidak berada di tangan mereka.

Bagaimana Nak Elak Daripada Hal Ini Terjadi?

  1. Jangan beritahu sesiapa nombor PIN. Jangan tulis di mana-mana atau bawa bersama kita.
  2. Elakkan menggunakan kad debit. Penggunaan kad kredit lebih selamat kerana penolakkan wang tidak berlaku secara terus daripada akaun bank kita.
  3. Jika kita hendak mempunyai kad debit, pastikan kita daftar untuk menerima mesej pemberitahuan aktiviti akaun kita sama ada melalui emel atau SMS.
  4. Sentiasa memantau bil-bil dan penyata akaun bank untuk mengesan apa-apa transaksi yang mencurigakan

Kesimpulannya, penggunaan kad debit sememangnya memudahkan urusan harian. Tetapi, kita kena sentiasa berwaspada dan memahami ciri-ciri kad debit seperti kod keselamatan kad boleh mengundang risiko.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.creditkarma.com/savings/i/debit-card-security-code/

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Macam mane kalau 16 digit kat depan tu kite tutup dengan stiker….kad tu boleh digunakan ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.