Panduan Pelaburan Dengan Hanya RM1,000: Di Mana Anda Patut Melabur?

Anda mungkin mencemuh dengan idea untuk memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000. Kemungkinan anda fikir, “Apa yang saya boleh buat dengan duit banyak tu?”

Sebenarnya banyak..

Jangan terkejut dengan jumlah pulangan pada masa hadapan dengan pelaburan anda sekarang.

Anda tak perlu melabur beratus ribu untuk mendapatkan jumlah pulangan pelaburan yang bagus.

Ini adalah panduan di mana anda boleh laburkan RM1,000.

1. Amanah Saham Buniputera (ASB)

Risiko: Rendah

Pulangan 5.5% – 10% setahun

Contoh senario: Jika anda melabur RM1,000 pada 2009, ianya kini berjumlah RM2,329 di penghujung 2019

ASB ialah unit amanah saham khas untuk Bumiputera Malaysia. Ia diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Ini adalah jenis pelaburan jangka panjang. Semakin lama anda tidak menyentuh pelaburan tersebut, semakin tinggi kemungkinan untuk pulangan yang lebih besar.

ASB secara amnya memberikan pulangan yang bagus; Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lepas, kadar pengagihan tidak sebaik seperti sebelumnya. Ia masih memberikan pulangan yang tinggi, menjadikannya antara salah satu pelaburan risiko-rendah terbaik di Malaysia.

Ini adalah beberapa ciri-ciri ASB:

  1. Risiko rendah – harga seunit telah ditetapkan pada RM1, dan tidak pernah memberikan pulangan negatif
  2. Tiada bayaran jualan penebusan
  3. Jumlah pelaburan maksima: RM 200,000

2. Pelaburan Amanah Hartanah (REITs)

Risiko: Sederhana

Pulangan: Indeks REIT Bursa Malaysia tumbuh sebanyak 4% di tahun 2019

Contoh senario: Jika anda melabur RM 1,000 di Sunway REIT pada awal tahun 2014, ianya kini berjumlah RM1,400 (termasuk dividen) pada hujung tahun 2019.

Ingin melabur dalam hartanah, tetapi tidak mempunyai modal? Anda boleh pertimbangkan melabur di dalam Pelaburan Amanah Hartanah atau real estate investment trusts (REITs). REITs adalah pelaburan amanah yang ditubuhkan oleh syarikat yang membeli dan mengurus hartanah menggunakan dana yang dikumpulkan dari pemegang saham, REIT melabur di dalam pelbagai jenis hartanah, seperti kediaman, komersial, industri dan hartanah runcit.

Pelabur secara amnya menyukai REITs kerana ianya memberikan pulangan yang lebih tinggi (4% – 8%) berbanding stok biasa. Anda juga akan mendapat pulangan tambahan melalui kenaikan modal.

Seperti pelaburan jangka panjang yang lain, anda perlu melabur wang untuk masa yang lama bagi menikmati keuntungan yang bermakna

3. Dana Amanah Saham

Risiko: Rendah ke tinggi

Pulangan: Mengikut portfolio dan dana

Contoh senario: Jika anda melabur ke Kenanga Growth Fund pada November 2014, kini ai akan berjumlah RM 1,299 pada November 2019 (29.9%)

Amanah saham ialah sejenis pelaburan berkumpulan. Ia memberi peluang untuk pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama untuk mengumpul dana mereka untuk dilaburkan di dalam portfolio sekuriti ataupun aset yang lain. Pengurus dana profesional kemudian akan melabur dana yang terkumpul di dalam sebuah portfolio yang mungkin termasuk wang tunai, bon dan deposit, stok, hartanah dan/atau komoditi.

Jika anda mempunyai dana yang kecil, ini adalah berita baik; ia memberikan anda peluang untuk melabur di dalam portfolio yang berbeza dan yang diurus secara profesional dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 sahaja. Dengan unit amanah, pulangan pelaburan selalunya hadir dalam bentuk pengedaran pendapatan dan pulangan dana yang diperolehi dari kumpulan aset yang menyokong unit amanah saham.

Melabur di dalam unit amanah selalunya melibatkan kos seperti caj jualan (sehingga 5%), bayaran platform, caj pengurusan tahunan, caj pemegang amanah dan sebagainya. Caj-caj ini mungkin akan memakan ke dalam jumlah pelaburan anda dalam tempoh masa panjang. Walaubagaimanapun, melabur dalam talian menggunakan platform seperti Fundsupermart selalunya akan mempunyai caj yang lebih rendah.

Bandingkan prestasi dana-dana yang berbeza untuk mencari mana satu yang sesuai untuk dilaburkan menggunakan laman sesawang perbandingan unit amanah kami.

4. ETF

Risiko: rendah ke tinggi

Pulangan: Bergantung kepada ETF

Contoh senario: Jika anda melaburkan RM 1,000 ke dalam CIMB FTSE China 50 ETF pada mula 2015, anda akan menikmati pulangan tahunan sebanyak 6.75%, menjadikan jumlah dana anda ke RM1,386 pada hujung 2019.

Exchanged traded funds (ETF) mengumpulkan dana pelabur untuk membeli sekumpulan stok, bon atau pelaburan yang lain. Seperti stok, anda boleh mendapat pulangan dari ETF melalui dividen dan pulangan dana.

Seperti dana unit amanah, ETF ialah skim pelaburan berkumpulan yang memberikan anda peluang untuk melabur di dalam pelbagai jenis aset.

Tidak seperti dana unit amanah, ETF tidak diuruskan oleh pengurus dana. Sebaliknya, pengurus dana ETF menjejak atau meniru prestasi indeks penanda aras. Ini bermakna tidak seperti unit amanah, prestasi ETF tidak bergantung kepada kebolehan pengurus dana untuk membuat ramalan jangka pendek untuk pasaran.

ETF adalah bagus untuk pelabur permulaan kerana anda akan mendapat akses ke kumpulan pelaburan yang pelbagai dengan serta merta dengan jumlah pelaburan yang sedikit. ETF juga mempunya caj yang rendah (sekitar kurang dari 1% setahun). Sebagai contoh, MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 mengenakan caj tahunan sebanyak 0.49%.

5. Stok Cip Biru

Risiko: tinggi

Pulangan: Bergantung ke pasaran dan syarikat

Contoh senario: Jika anda melabur RM 1,000 ke Public Bank Berhad (tidak shariah!) di permulaan 2010, ianya kini bernilai RM 2,400 (termasuk dividen) pada hujung 2019.

Syarikat cip biru merujuk kepada syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi dan kewangan yang kukuh, menjual produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Syarikat-syarikat ini boleh berfungsi walaupun keadaan ekonomi yang merudum, yang menyumbang ke rekod stabiliti mereka dan perkembangan yang boleh dipercayai.

Banyak stok cip biru juga membayar dividen. Ianya dibayar dengan jadual yang boleh diramal (setiap suku tahun, setiap tahun dsb). Ia bagus untuk pelabur yang mahukan pendapatan tetap dari pelaburan saham mereka

Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka risiko tinggi, stok tidak patut digunakan untuk pelaburan jangka pendek untuk keuntungan besar. Ini bukannya pelaburan, tetapi perjudian. Bak kata Warren Buffet,”Jika anda tidak bersedia untuk memiliki stok selama sepuluh tahun, jangan fikir untuk memilikinya untuk sepuluh minit.”

Anda juga perlu mengelak untuk membuat transaksi jangka-pendek dengan stok. Ini akan menyebabkan kos pelaburan tinggi kerana bayaran-bayaran broker dan transaksi. Firma broker selalunya mengcaj 0.05% – 0.5% untuk bayaran transaksi, dengan jumlah minima diantara RM 7 sehingga RM 12. Ini bermakna jika anda melabur RM100 dan membayar bayaran sebanyak RM10 setiap transaksi, 10% dana pelaburan anda hanya untuk bayaran!

6. Crowdfunding/Pinjaman P2P

Crowdfunding adalah salah satu cara syarikat mengumpul dana untuk berkembang atau operasi. Ada beberapa cara untuk crowdfunding, tetapi sebagai pelabur dengan dana yang kecil, pelaburan berasaskan hutang mungkin menjadi pilihan anda. Crowdfunding berasaskan hutang, atau pinjaman peer-to-peer (P2P) melibatkan pelabur mengumpul dana untuk dipinjamkan ke bisnes.

Dengan potensi pulangan sehingga 10% p.a. ataupun lebih tinggi, crowdfunding selalunya memberikan pulangan yang lebih baik dari bon, stok cip biru ataupun pelaburan jenis yang lain. Walaubagaimanapun anda akan menghadapi risiko yang lebih tinggi. Syarikat yang mengumpul dana melalui crowdfunding selalunya adalah dari jenis startup dan bisnes kecil yang masih belum bertapak. Ada risiko mereka akan lalai untuk membayar semula, menyebabkan anda mengalami kerugian.

Antara platform P2P yang terkenal di Malaysia termasuklah Funding Societies, Fundaztic, dan B2B Finpal. Platform-platform ini selalunya meminta anda untuk memberi deposit sekurang-kurangnya RM1,000 di dalam akaun anda untuk mula melabur. Walaubagaimanapun, setiap kempen yang anda meminjam wang anda mungkin memerlukan jumlah yang lebih kecil.

7. Robo Advisor

Istilah pelaburan memeningkan kepala anda? Berharap untuk boleh menyerahkan wang kepada seseorang dan dapatkan mereka melabur untuk anda?

Kalau jawapan anda ialah ya, ada mungkin ingin mempertimbangkan robo advisor. Platform robo advisor adalah algoritma yang membantu portfolio anda secara automatik. Apabila anda mendaftar untuk platform ini, ada perlu untuk melengkapkan soal selidik yang akan memeriksa toleransi risiko anda, dan jangka masa pelaburan. Platform ini kemudiannya akan menggunakan algoritma yang melaburkan pelaburan anda secara automatik (selalunya di dalam ETF) dan secara berkala mengimbangkan semula portfolio anda mengikut keadaan pasaran.

Robo advisor adalah bagus untuk mereka yang ingin melabur tanpa bersusah-susah memikirkan keadaan pasaran. Mereka juga mencaj bayaran pengurusan yang rendah (kurang dari 1%) yang tidak akan memakan pulangan anda.

Di Malaysia, robo advisor termasuklah Stashaway dan MYTHEO. Stashaway tidak mempunyai deposit minima, dan MYTHEO memerlukan deposit sekurang-kurangnya RM100.

Pelaburan Untuk Jangka Masa Panjang

Tidak kira bagai mana anda melabur, pastikan ianya untuk jangka masa panjang. Ini untuk mengelakkan kerugian melalui bayaran perdagangan untuk jumlah pelaburan yang kecil, dan pelaburan jangka masa panjang berpotensi untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi

Untuk mereka yang terpaksa berkerja keras untuk menyimpan duit untuk pelaburan, ianya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Anda boleh menambah jumlah pelaburan anda apabila dana mencukupi. Bak kata pepatah, “sedikit, sedikit lama-lama menjadi bukit”. Mulakan tabiat melabur dari awal!

Semua kandungan ditulis oleh Lee Ching Wei, Ketua Pegawai Inovasi, iMoney

Untuk maklumat selanjutnya sila kunjungi www.imoney.my

About Lee Ching Wei

Lee Ching Wei (Ching) is the Co-founder and Chief Innovation Officer of iMoney Group, and he serves on its board of directors. Before being named the Chief Innovation Officer in 2018, Ching was iMoney’s CEO where he played a strategic role in expanding the group to Indonesia, and the Philippines, as well as all its funding rounds.

Prior to starting iMoney, Ching worked as a consultant with Frontier Investment Consulting and Shadforth Financial Group Limited for five years before he decided to make his way back home in 2012. Combining his experience in financial consulting as well as his personal experience in getting credit cards through comparison platforms in Australia, Ching founded his brainchild, iMoney. It started off as a financial comparison platform, but it has grown to be so much more with a vision to help everyday Malaysians make informed financial decisions.


BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.