Nak Makan Mahal, Minyak Mahal, Rumah Mahal…Matilanak Apa Nak Buat?!

“Kos hidup sekarang makin tinggi. Matilanak kalau macam ni”.

“Malaysia ni semua benda mahal”

“Duit mengalir macam air…pergi tak kembali”

Itu adalah keluhan-keluhan netizen yang rasa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Marah tak guna. Nak mengamuk pun tak berfaedah.
Sangka baik sahaja kepada si Dia.

Kita selalu cari jalan untuk salahkan keadaan. Kerajaan salah. Ekonomi breakdown dan seribu satu lagi alasan.

Pada saya senang saja.

Kita decide life kita. Kita nak ada duit, kita cari jalan untuk kerja macam orang gila. Kalu kita tak ada duit, maknanya kita malas ataupun memilih.

Cara paling ideal menyelesaikan masalah ini adalah dengan menambahkan pendapatan. Tetapi jika kita tidak boleh tambah pendapatan, maka kita kena belajar kurangkan perbelanjaan. Kalau tak boleh buat juga itu tandanya memang diri kita sendiri yang bermasalah, jadi sila berhenti menyalahkan kerajaan dan pak menteri.

Berikut adalah beberapa idea yang boleh digunapakai. Semoga bermanfaat.

#1. Jalan kaki sahaja jika destinasi tersebut terlalu dekat. Tak perlu gatal naik Uber.

#2. Masak sendiri di rumah. Lebih murah, berkhasiat dan terjamin kebersihannya.

#3. Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran yang caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

#4. Berhenti lunch setiap hari dekat luar. Sekali sekala bawa bekal ke pejabat.

#5. Berhenti langganan siaran berbayar (Boleh ke?). Jimat RM100.

#6. Tutup lampu jika tidak digunakan demi menjimatkan bil. Masa gosok gigi tutup pili paip.

#7. Berhenti habiskan duit ke gym. Badan sado tetapi duit tak hado nak buat hapo? Jimat RM200.

#8. Bandingkan harga barang sebelum beli.

#9. Berhenti gunakan kad kredit. Beli secara tunai / kad debit. (Melainkan berdisiplin ketika bayar balik)

#10. Kurangkan wang dalam dompet bila window shopping. Cukuplah RM200.

#11. Berhenti beli majalah hiburan / artis. Artis kesayangan kau tak kisah pun kau ada duit ke tak.

#12. Beli barang dapur untuk dua minggu sekali ataupun sebulan sekali. 

#13. Buat bajet dan patuhi bajet yang dibuat.

#14. Berhenti beli baju berjenama mahal. Jika ada diskaun baru beli.

#15. Lelaki bujang beli motor 100cc cukup buat permulaan.

#16. Ladies, berhenti pergi ke salon / spa kecantikan. Jimat RM300.

#17. Ladies, berhenti tambahkan koleksi kasut. Beli buku pengurusan kewangan lebih bagus.

#18. Ladies, berhenti beli tudung yang edisi terhad. Jimat RM800.

#19. Berhenti lawan dengan jiran sebelah. Jiran tukar kereta baru, kita nak tukar sama. Jiran beli TV besar kita menggelupur nak beli juga.

#20. Kalau ada kereta jangan bawa laju sangat, kena saman speed trap melayang RM300.

#21. Berhenti hisap rokok. Haram kot?!

#22. Berhenti hisap vape. Sebotol vapor tu paling murah pun RM20 sebotol.

Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA