7 Langkah pitchIN Untuk Bantu Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Serta Startup

Kini Covid-19 semakin hebat melanda, tetapi kelihatan seperti sudah mahu reda. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mula menampakkan hasilnya.

Pelbagai insentif telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia menangani kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Daripada golongan individu sehinggalah ke industri kecil dan sederhana (IKS), semua dapat merasai bantuan.

pitchIN, sebuah platform Equity Crowdfunding (ECF) juga telah menyatakan langkah-langkah yang akan mereka ambil untuk membantu IKS dan startup yang ingin mengumpul dana melalui mereka.

7 langkah tersebut adalah:

1. Merendahkan Kos Mengumpul Dana (Fund Raising)

Untuk pengetahun semua, mana-mana syarikat yang ingin mengumpul dana perlu membayar kepada platform seperti pitchIN untuk membolehkan mereka live di platform tersebut. Sempena PKP ini, pitchIN merendahkan yuran sebanyak 10%.

2. pitchIN Akan Turut Melabur Ke Dalam Syarikat

Kalau sebelum ini pitchIN hanyalah penganjur platform untuk mengumpul dana, kini mereka sendiri akan melabur ke dalam syarikat dengan yuran yang dikurangkan tadi (10%).

3. Inovasi Dalam Proses Mengumpul Dana

Sebelum ini, pitchIN banyak menjadi orang tengah bagi pelaburan jangka masa panjang. Akan tetapi, pitchIN berusaha untuk mewujudkan pelan pelaburan jangka masa pendek yang sesuai untuk syarikat yang memerlukannya.

4. Pitching secara atas talian

Bagi syarikat yang sedang mengumpul dana dan sedang live di platform, mereka akan diberi peluang oleh pitchIN untuk pitch bisnes dan meyakinkan pelabur untuk terus melabur ke dalam syarikat mereka.

5. Guna Video Dan Podcast

pitchIN juga akan menghasilkan video-video dan podcast yang akan memberi pencerahan kepada pelabur. Senang sikit nak faham mengenai startup yang ingin kita labur ke dalamnya. Maklumlah, buat sementara waktu ni semua kena duduk rumah kan?

6. Berhubung Dengan Kerajaan Berkaitan Bantuan Kerajaan

pitchIN sedang memuktamadkan beberapa perkara dengan kerajaan dalam usaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan supaya pelaburan melalui Equity Crowdfunding (ECF) ini dapat terus dipergiatkan lagi.

7. Pemasaran Berterusan

pitchIN akan terus menyampaikan berita tentang inisiatif-inisiatif baru daripada badan-badan yang berkaitan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan.

Banyak inisiatif yang sedang dilakukan oleh PitchIN supaya IKS dan startup terus dapat bernafas. Mari kita doakan syarikat-syarikat tempatan dapat terus hidup tanpa perlu membuang pekerja. Ayuh beli servis dan barangan tempatan untuk terus memacu ekonomi Malaysia tercinta!

Ditulis oleh Afif Amir, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Actuarial & Financial Mathematics. Meminati dunia pelaburan terutama berkaitan saham, equity crowdfunding dan pelaburan digital. Full time PhD, trader, part-time investor & Marketing Representative untuk iSaham & Malacca Securities.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840