Saham-Saham Glove Terus Terbang

Alhamdulillah, keadaan semasa pandemik Covid-19 kelihatan semakin reda. Di Malaysia sendiri, kita sekarang di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB) di mana keadaan tidak begitu ketat seperti sebelum ini.

Tetapi kes kluster terbaru di China menguatkan jangkaan untuk gelombang kedua.

Saham Defensif Di Kala Pandemik

Disebabkan ketidaktentuan inilah, permintaan terhadap sarung tangan getah meningkat naik. Bila permintaan meningkat, sudah pastinya syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembuatan sarung tangan getah akan menerima tempahan yang bertambah.

Bila permintaan bertambah, jualan bertambah, pendapatan bertambah, keuntungan pun bertambah.

Harga saham? Naiklah jawabnya!

Untuk pengatahuan, pengeluaran sarung tangan getah termasuk dalam industri Penjagaan Kesihatan. Sehingga November 2019, terdapat 16 saham patuh syariah dalam kategori ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200320-Gloves-01-700x700.png

Jom tengok pulangan saham-saham sarung tangan getah ini di Bursa Malaysia:

Top Glove Corporation

This image has an empty alt attribute; its file name is 200320-Gloves-02-1-700x700.png
Sumber gambar : Facebook Tuan Hj Mohd Asri

Tapi itu cerita bulan Mac yang lalu, bagaimana pula yang terkini?

Sumber: TradingView

Setakat tengahari 12 Mei 2020, harga saham Top Glove dah RM7.97 seunit. Dalam masa tak sampai 2 bulan telah naik lebih dari dua Ringgit seunit.

Harga saham 19 Mac 2020: RM5.85
Harga saham 12 Mei 2020: RM7.97
Kenaikan: RM2.12 atau +36.24%

Gambar yang dikongsikan ini adalah contoh real pegangan saham Top Glove dengan untung kasar 60%. Modal masa beli hanya RM9,930.

𝗤𝘁𝘆 𝗢𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗱 – kuantiti saham yang kita beli
𝗔𝘃𝗴 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗲 – harga saham masa dibeli
𝗟𝗮𝘀𝘁 – harga 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 saham
𝗖𝗼𝘀𝘁 – kos membeli saham
𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁 – nilai semasa pegangan saham

Kossan Rubber Industries

Photo by Gustavo Fring from Pexels
Sumber gambar : Facebook Tuan Hj Mohd Asri

Seterusnya, kita ada Kossan yang juga cukup popular di dalam industri sarung tangan getah ini.

Sumber: Trading View

Pada tengahari 12 Mei 2020, harganya meningkat kepada RM6.25 seunit.

Harga saham 19 Mac 2020: RM4.57
Harga saham 12 Mei 2020: RM6.25
Kenaikan: RM1.68 atau +36.76%

Lagi satu saham sarung tangan getah yang naik sebanyak 36% dalam masa tak sampai dua bulan.

Takut dengan harga kayangan saham Top Glove dan Kossan?

Bagaimana dengan saham-saham lain yang lebih mampu milik?

Supermax Corporation

This image has an empty alt attribute; its file name is 200320-Gloves-06-700x700.png
Sumber gambar : Facebook Tuan Hj Mohd Asri

Dua bulan lepas, harga seunit Supermax Corporation ni baru RM1.46. Kira mampu milik lah juga kan?

Sumber: Trading View

Wow, sekarang harga saham Supermax dah cecah RM3.25 pula.

Harga saham 19 Mac 2020: RM1.46
Harga saham 12 Mei 2020: RM3.25
Kenaikan: RM1.79 atau +122.60%

Gambar ini pula contoh real pegangan saham dalam Supermax. Modal tak sampai RM5 ribu. Nah, siapa kata kena ada modal besar baru boleh buat duit dalam saham?

Saham harga RM1 pun ada yang kata mahal. Ada tak contoh saham yang ‘mur mur’, yang harga bersen-sen, bagaimana pula dengan prestasi mereka?

Comfort Gloves

This image has an empty alt attribute; its file name is 200320-Gloves-03-700x700.png
Sumber gambar : Facebook Tuan Hj Mohd Asri

Dua bulan lepas, harga saham di bawah RM1 iaitu RM0.62 seunit. Memang mampu milik sangat ni, maklumlah ‘penny stock’ seperti ini yang dicari-cari pelabur runcit.

Sumber: Trading View

Pada 12 Mei 2020, harga seunit Comfort Gloves ini telah mencecah RM2.12 seunit!!!! Berapa peratus pulangan tu?

Harga saham 19 Mac 2020: RM0.62
Harga saham 12 Mei 2020: RM2.12
Kenaikan: RM1.50 atau +241.94%

Apakah kegilaan ini yang menyebabkan harga saham Comfort Gloves telah meningkat sebanyak 241% dalam masa tak sampai dua bulan?

Boleh Beli Lagi Ke Saham-Saham Sarung Tangan Getah?

Soalan popular yang sering kami terima, boleh beli lagi ke saham-saham sarung tangan getah ni? Boleh naik lagi ke? Boleh buat untung lagi ke?

Baca lagi Saham Mahal Boleh Naik Lagi Ke Harganya?

Kajian kami melihatkan ianya akan bertahan selagi pandemik belum berakhir, tetapi boleh jadi kami silap. Tiada apa yang pasti.

Untuk lebih yakin, kenalah cari ilmu. Kenalah buat Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal. Paling penting, sebelum beli mana-mana saham, kena ada Trading Plan.

Jangan ikut-ikut orang. Orang lain beli, kita pun beli. Buat kajian sendiri.

Di kala orang lain berkata pasaran saham sebab boleh melingkup, tetapi mereka yang sudah memiliki ilmunya meraih keuntungan luar biasa.

Tahniah kepada anda yang telah melibatkan diri dan meraih pulangan yang baik, jangan lupa lunaskan zakat saham. Semoga dapat disampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.