Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire

Seperti yang kita sedia maklum, Warren Buffett sangat terkenal dalam pemilihan saham yang berkualiti tinggi untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. Dan tidak begitu gemar di dalam pelaburan yang berasaskan komoditi yang digelarnya sebagai ‘unproductive asset‘ seperti emas atau perak.

Bagi dirinya, aset seperti ini tidak dapat berkembang dengan baik untuk tempoh jangka masa lama berbanding dengan memiliki saham syarikat yang menjalankan perniagaan yang bagus.

Tapi, tahukah anda Warren Buffett pernah membeli jumlah yang begitu besar perak suatu ketika dahulu yang mana telah mengubah pandangan para pelaburan logam berkenaan terhadap komoditi tersebut?

Warren Buffett telah berjaya mengubah pandangan pelabur mengenai perak dan seterusnya menjadikan seorang trader komoditi itu seorang billionaire.

Bilionaire tersebut adalah Thomas Kaplan yang merupakan seorang pedagang komoditi. Beliau merupakan pengasas kepada sebuah syarikat perlombongan perak yang diberi nama Apex Silver Mines.

Syarikat perlombongan tersebut ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana pada ketika itu, perak dianggap sebagai salah satu pelaburan yang tidak menguntungkan di dalam pasaran komoditi dunia berbanding dengan komoditi yang lain.

Thomas Kaplan mengambil inspirasi dari seorang pelabur Switzerland yang berjaya iaitu Marc Faber yang berjaya dalam perdagangan komoditi. Ketika menubuhkan Apex Silver Mines, beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam perlombongan. Beliau hanyalah seorang graduan PHD di Universiti Oxford di dalam bidang sejarah.

Ketika awal penubuhan syarikat, Thomas Kaplan mendapat dana sebanyak $10 juta dari bilionaire terkenal iaitu George Soros. Beliau menghadapi banyak cabaran untuk membawa syarikatnya untuk diapungkan di dalam pasaran saham, kerana ramai pelabur yang tidak percaya akan keuntungan yang akan diperolehi jika melabur ke dalam syarikatnya itu.

Pada tahun 1997, pandangan pelabur terhadap pelaburan ini mula berubah apabila Berkshire Hathaway telah membeli sejumlah besar perak untuk dimasukkan ke dalam portfolio pelaburan.

Warren Buffett telah membeli sebanyak 3,500 tan perak pada ketika itu. Disebabkan tindakan yang dilakukannya, ramai pelabur mula percaya bahawa perak merupakan pelaburan yang bagus untuk masa depan. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh Warren Buffett di dalam pasaran saham, orang ramai mengikuti beliau dalam pelaburan perak.

Perkara ini telah memudahkan Thomas Kaplan untuk menyenaraikan saham syarikatnya. Itulah titik permulaan kejayaan Thomas Kaplan di dalam bidang pelaburan komoditi perak.

Beliau kemudian menjual sepenuhnya pegangan dalam syarikat pada tahun 2004 dan meluaskan bidang pelaburan kepada komoditi lain seperti penerokaan minyak mentah.

Sepanjang berada di Apex Silver Mines, syarikat tersebut berjaya mengembangkan perlombongan perak ke luar Amerika Syarikat dan mempunyai lombong perak dan zink di antara yang terbesar di dunia yang terletak di Bolivia.

Perak dan emas boleh dikatakan adik beradik kerana pergerakan harga kedua-duanya yang hampir sama. Apabila kegawatan ekonomi berlaku, emas dan perak merupakan logam yang kalis inflasi.

Kini ekonomi dunia semakin tak menentu dan mungkinkah perak sesuai untuk dijadikan portfolio di dalam pelaburan kita?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.