5 Sebab Kenapa Anda Kena Beli Rumah Sekarang, Secara Online

Bercakap soal beli rumah, terdapat banyak spekulasi liar yang mengatakan sekarang adalah waktu yang paling tepat untuk beli rumah.

Soalnya, benarkah spekulasi tersebut atau sekadar satu propaganda untuk menggalakkan pembelian hartanah tidak terjual dari pemaju yang telah pun mencecah angka 57,000 unit dengan nilai RM41.5 bilion pada tahun 2019?

Dan bagaimana pula dengan membeli rumah secara online?

Sebagai pemula, kita perlu melihat kepada dasar dan polisi terkini Kerajaan secara kolektif memandangkan industri hartanah banyak dipengaruhi oleh dasar dan polisi Kerajaan.

Tanggal 5 Mei 2020 yang lalu, Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.50% kepada 2%. Penurunan ini mencatatkan rekod sebagai penurunan terendah sejak Krisis Kewangan Global pada tahun 2008.

Dan pada 5 Jun 2020 pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-8 telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan apa yang mengejutkan adalah industri hartanah mendapat manfaat yang luar biasa!

Langkah popular Kerajaan memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk tahun 2020 menyaksikan pengecualian duti setem MoT & SPA dan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) ke atas pelupusan rumah kediaman sehingga 31 Disember 2021.

Ini bermakna, pembeli rumah sepanjang tempoh Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi tahun 2020 tidak perlu mengeluarkan kos tambahan seperti sediakala.

“Tahukah anda, kos SPA dan dokumen bagi rumah dengan tanda harga RM300,000 mencecah RM12,000!”

Apa yang lebih menarik adalah, kebanyakan unit kediaman yang dijual oleh pemaju sepanjang Kempen Pemilikan Rumah (HOC) adalah lebih murah dengan diskaun minimum 10%.

Ini tidak termasuk faedah tambahan seperti :-

  • Diskaun Bumiputera
  • Rebat
  • Cashback
  • Bayaran Ansuran Percuma

Bagaimana pula dengan beli rumah secara online?

Untuk pengetahuan anda, pada Februari 2020 yang lalu sebanyak 47,500 unit kediaman dengan nilai keseluruhan US$8.3 billion telah berjaya dijual secara online dalam masa tiga hari di Beijing dan Shanghai.

Menurut Business Insider, pada tahun 2015 rumah agam di New York City berharga US$14 juta telah dijual menggunakan applikasi WeChat oleh pembeli dari China.

Data dari Urban Redevelopment Authority pada Jun 2020 juga menunjukkan peningkatan trend rakyat Singapura yang membeli rumah secara online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hari ini, trend membeli belah secara online tidak lagi terbatas kepada barang asas, pakaian dan makanan sahaja.”

Ramai pembeli rumah telahpun membuat pembelian rumah pertama secara online tanpa perlu mengupah ejen hartanah dan bersusah-susah ke showroom.

Terbaru, Hi HOME selaku portal hartanah online Bumiputera #1 di Malaysia telah mengambil inisiatif melakukan jalinan kerjasama dengan Lazada selaku platform e-commerce gergasi terbesar di Asia Tenggara untuk menjual rumah secara online menerusi Kempen ‘Mid Year’ 07.07 ini.

Hi HOME melihat trend peningkatan pembelian online di kalangan rakyat Malaysia boleh dijadikan inisiatif penjualan hartanah secara online.

Fokus utama kerjasama ini adalah untuk membantu pembeli hartanah mendapatkan hartanah terbaik di lokasi primer pada harga paling mampu milik dengan ada di antaranya serendah RM110,000 sahaja!

Unit kediaman yang ditawarkan pula dalam bahasa orang kita adalah ‘rumah yang bermaruah’ dengan tawaran 3 bilik dan 2 tandas dan bukan Small Office Home Office (SoHo) dengan keluasan kurang dari 450 kaki persegi.

Kempen yang berlangsung selama 3 hari bermula 07.07.2020 dan berakhir 09.07.2020 ini menawarkan pelbagai rumah dari pemaju hartanah terkemuka tempatan pada harga yang kompetitif.

Tapi, apa kelebihan dan faedah sekiranya anda membeli rumah ini secara online? Ini 5 Sebabnya…

5 Sebab Kenapa Anda Kena Beli Rumah Di HI HOME Property Expo

1. Harga Paling Mampu Milik

Kebanyakan harga rumah didatangkan dengan diskaun tambahan 10% beserta diskaun Bumiputera di antara 5% – 7% mengikut negeri projek hartanah tersebut.

Dengan tawaran harga serendah RM110,000, anda hanya perlu membayar kos ansuran bulanan pinjaman bank sebanyak RM550 sahaja!

Kebanyakan rumah yang ditawarkan sepanjang kempen ini dikira sebagai sangat mampu milik mengikut kurungan gaji golongan B40, M40 dan T20.

Pilihan harga jualan rumah bermula RM110,000 sehingga RM1 juta mengikut  jenis hartanah, lokasi, keluasan dan reputasi pemaju.

2. Faedah Sampingan

Terdapat pemaju hartanah yang menawarkan diskaun sehingga 30% daripada harga rumah dan ada juga yang menawarkan pengurangan mencecah RM300,000 untuk sebuah unit kediaman.  

Faedah lain yang bakal anda terima dari pemaju adalah set perabot dan barang kelengkapan rumah seperti :-

  • Kabinet dapur
  • Peti sejuk
  • Hood & Hob
  • Ketuhar
  • Penghawa dingin
  • Pemanas air

3. Lokasi

99% projek rumah yang ditawarkan pemaju pada kempen ini terletak di kawasan primer.

Kawasan primer merujuk kepada lokasi tumpuan strategik seperti pusat bandar dan kawasan komersial.

Lokasi projek yang ditawarkan bukanlah terletak di kawasan jin bertandang yang memerlukan anda memandu jauh dengan pemandangan hutan tebal di kiri dan kanan untuk sampai ke destinasi.

Kawasan primer ini mempunyai booster yang meningkatkan nilai hartanah tersebut seperti bank, pusat beli belah, kawasan perindustrian dan komersial, sekolah, hospital, kedai serbaneka 24 jam dan restoran makanan segera.

Kemudahan infrastruktur merangkumi lebuhraya dan pengangkutan awam seperti ERL, MRT, LRT juga terdapat pada kebanyakan projek yang ditawarkan pemaju.

4. Bayaran Ansuran Percuma

Sekiranya anda merasakan tawaran moratorium selama 6 bulan oleh Bank Negara Malaysia adalah menarik, bayangkan pula moratorium sehingga 24 bulan.

Bakal pembeli rumah bakal menikmati percuma bayaran ansuran sehingga 24 bulan dari 80% jumlah pinjaman pembiayaan.

Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar balik pinjaman rumah tersebut selepas setahun atau dua tahun!

Tawaran eksklusif ini hanya wujud di Hi HOME x Lazada Property Expo.

5. Booking Rendah

Agak keterlaluan untuk mengatakan tawaran – tawaran eksklusif tersebut mampu menjadi milik anda dengan bayaran voucher serendah RM88 sahaja. .

Ya, anda mampu memiliki rumah di lokasi strategi yang dibina pemaju terkemuka di Malaysia beserta tawaran menarik tersebut dengan membuat tempahan di Lazada sahaja!

Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah memilih rumah yang sesuai mengikut gaji anda di Lazada.

Hi HOME yang ditubuhkan sejak 2016 sedar, antara faktor utama peratus pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera rendah adalah gara – gara entry cost yang tinggi. Dengan entry cost yang rendah, peluang anda untuk memiliki rumah adalah lebih mudah!

Nak kira harga rumah yang sesuai mengikut gaji anda? Klik sini

Di atas kertas, situasi ekonomi hari ini menunjukkan sekarang adalah waktu yang paling sesuai dan tepat untuk membeli rumah dan bukan untuk menjual rumah.

Tawaran – tawaran eksklusif dari pemaju ini tidak datang setiap hari dan berkemungkinan besar tidak akan datang lagi selepas ini.

Sekiranya anda bercita – cita untuk membeli rumah pertama pada harga mampu milik, maka inilah peluang yang anda tunggu selama ini.

Pemaju hartanah dilihat serius dalam membantu pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera dengan langkah menawarkan unit kediaman pada harga yang berpatutan dengan lokasi kediaman yang strategik.

Jom survey dan beli rumah anda secara online dengan voucher serendah RM88 sahaja sekarang!

Ingat, tawaran ini hanya wujud di Lazada sahaja untuk tiga hari bermula 07 Julai 2020.

Klik sini untuk beli rumah secara online sekarang!

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman