Terbaik, Lelaki Ini Hadiahkan Saham Sebagai Mas Kahwin Isteri

Biasanya wang tunai digunakan sebagai mas kahwin untuk diberikan kepada pihak pengantin perempuan. Namun berbeza dengan Zaga Kusumaprabu yang telah menghadiahkan saham sebagai mas kahwin kepada isterinya yang bernama Bellawati Dityasari. 

Menurut sumber, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung pada 23 Ogos 2019 yang lalu.

Biasanya pihak perempuan pasti inginkan wang tunai, rantai, gelang, anting-anting dan macam-macam lagi barangan yang bernilai untuk dijadikan sebagai mas kahwin.

Menurut Zaga, pemberian tersebut adalah permintaan Bellawati, bakal pengantin perempuan yang menginginkan mas kahwin saham tersebut.

Hantaran Saham Mas Kahwin

Hantaran saham yang telah diberikan oleh Zaga kepada Bellawati adalah bernilai RM985.44 atau sebanyak Rp3,338498. Mas kahwin tersebut akan digunakan oleh Bellawati dalam pelaburan jangka masa yang lama.

Kisah perkahwinan tersebut viral apabila tersebar gambar pasangan tersebut memegang dokumen saham yang dicetak dan diletakkan di dalam bingkai gambar.

Bellawati mengatakan bahawa pada mulanya dia hanya inginkan mas kahwin 1 lot saham blue-chip sahaja. Namun dia tidak menyangka suaminya telah memberi mas kahwin sebanyak 23 lot saham blue-chip kepadanya.

Kenapa Inginkan Mas Kahwin Saham?

Bila ditanya kenapa mahukan saham sebagai mas kawin, Bellawati mengatakan bahawa mas kahwin saham ini mempunyai nilai yang akan bertambah dari tahun ke tahun sekiranya diuruskan dengan baik.

Selain itu, Bellawati berniat ingin menyampaikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya saham untuk pelaburan.

Pada mulanya, Bellawati mahukan Zaga mengajar ilmu saham. Jadi kerana tarikh perkahwinannya sudah dekat, beliau telah memilih saham sebagai mas kahwinnya. Beliau percaya bahawa saham tersebut bakal membantunya pada hari mendatang.

Dengan saham juga, akan wujud sikap suka menabung apabila wang tersebut kian bertambah.

Dalam akaun Instagramnya, Bellawati telah membuat satu kenyataan mengenai kenapa beliau memilih saham. Beliau turut menyebut bahawa untuk mengelakkan berlakunya inflasi. 

Menurutnya juga, emas bukan pilihannya adalah kerana nilainya ada naik turunnya. Namun saham boleh digunakan sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Kesimpulannya, ramai orang kaya kini telah memilih mas kahwin saham sebagai pilihan. Jadi, ia bukan lagi sesuatu yang pelik lagi.

Mungkin selepas ini anda dan pasangan juga patut mencuba mas kahwin saham ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.