5 Senarai Semak Kewangan Seseorang Yang Bergelar Suami

Seorang suami dan bapa merupakan tunjang kepada institusi kekeluargaan. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk MENJAGA dan MELINDUNGI isteri serta anak-anak.

Berikut merupakan perkara ASAS yang perlu dilakukan oleh sang suami dan bapa ketika masih hidup bagi melindungi isteri dan anak-anak jika ditakdirkan beliau pergi dahulu.

1. Pastikan Anda Tidak Mewariskan Hutang Kepada Keluarga

Hutang yang biasa adaalah seperti :

  • Hutang Rumah
  • Hutang Kereta
  • Hutang Pelaburan (ASB)
  • Hutang Peribadi
  • Hutang kad kredit

Penyelesaian: Beli sekali takaful semasa ambil pembiayaan tersebut untuk cover baki hutang.

 (Contoh: MRTA/MRTT, HPRTT/HPRTA dan lain-lain)

Jika pembiayaan telah pun dibuat tanpa perlindungan takaful, masih ada penyelesaian iaitu #2 di bawah.

2. Ambil Hibah Takaful

  • Tujuan pertama:  Penyelesaian segala hutang piutang yang ada di dunia
  • Tujuan kedua: Memastikan isteri dan anak tidak meminta-minta

Pastikan anda meninggalkan mereka DUIT YANG CUKUP  untuk hidup sekurang-kurangnya setahun tanpa kita, sebaik-baiknya 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam Sahih Bukhari :

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia”

3. Tulis Wasiat

Jangan lantik isteri sebagai wasi. Kasihan nanti isteri terpinga-pinga uruskan harta peninggalan anda.

Bukan mudah urusan ini, percayalah. Nak jaga anak lagi, bila masa nak uruskan tuntutan pusaka anda ke sana kemari.

Bahagian isteri pula hanya 1/8 dari bahagian Faraid. Kasihan.

Lantiklah Syarikat  Trustee. Biar mereka yang uruskan. InsyaAllah urusannya cepat, mudah buat waris kerana mereka memang pakar.

Jimat masa & tenaga isteri dan ahli keluarga anda. Caj yang dikenakan pun berpatutan dan tidak keterlaluan.

LANTIK ISTERI sebagai PENJAGA HARTA ANAK-ANAK dalam Wasiat

Jika tidak, bapa anda (atuk sebelah bapa) secara automatik akan menjadi penjaga harta anak-anak yang di bawah umur. Kasihan isteri kena tuntut pula dari bapa mertua.

BUAT DOKUMEN HIBAH (jika perlu)

Jika kita ingin hadiahkan rumah, kereta atau apa jua harta untuk keperluan keluarga, pastikan buat hibah kepada isteri kerana bahagian isteri hanya 1/8 sahaja.

Jika kita hanya tulis wasiat, masih ada bahagian ibu dan bapa (jika mereka masih hidup) menurut faraid.              

Jika tidak mahu dan tidak mampu, usaha lebihkan sikit amaun hibah takaful kepada isteri untuk” “tebus” bahagian faraid ibu dan ayah sekiranya berlaku perbalahan yang tidak diingini nanti.

5. Pilihan Untuk Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

Jika tidak mahu membuat hibah, boleh juga memilih untuk membuat dokumen harta sepencarian supaya memudahkan isteri untuk menuntut bahagiannya ketika kita tiada nanti.

Tidaklah isteri terpinga-pinga mencari bukti, resit, dokumen yang perlu untuk menuntut hak mereka, demi menampung bahagian faraid mereka 1/8 itu.

Jangan ambil mudah tanggungjawab suami. Bahagiakan isteri di dunia dan akhirat. InsyaAllah berkat.

Nota: Setiap orang mempunyai keperluan kewangan yang berbeza-beza, ini hanya merupakan PANDUAN UMUM & ASAS kita sebagai ketua keluarga bagi melindungi isteri dan anak-anak apabila kita sudah meninggalkan dunia suatu hari nanti.

Inaz Hashim
Security Commission Malaysia Licensed Financial Planner
Bank Negara Malaysia Licensed Financial Adviser
Financial Planning Specialist
www.inazhashim.com

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.