Krisis Rumah Mampu Milik Di Asia Tenggara Semakin Serius

Umum mengetahui lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia pada tahun 2019 telah pun mencecah angka melebihi 57,000 unit dengan nilai keseluruhan hartanah siap tidak terjual adalah berjumlah RM41.5 bilion.

Isunya kekal sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu ‘mismatch’ yang bermaksud isu penawaran hartanah tidak selari dengan permintaan semasa.

Tidak lupa juga masalah asas industri hartanah di Malaysia iaitu stok rumah mampu milik tidak mencukupi semenjak awal tahun 1960-an lagi.

Sekiranya kita ingin membeli rumah dan telah menunggu lama untuk masa yang sesuai, saat ini boleh dikatakan waktu yang paling ranum untuk membeli rumah di Malaysia.

Dengan pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC 2.0) menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini, kita sebagai pembeli bakal menikmati pelbagai faedah.

Antaranya adalah pengecualian duti setem, pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah.

Penganalisis ekonomi menjangkakan kitaran hartanah domestik bakal pulih pada suku kedua dan suku ketiga tahun 2021, selepas mengharungi taufan kemelesetan ekonomi dan pandemik COVID-19 yang melumpuhkan sebahagian besar aktiviti ekonomi tempatan.

“Pembeli tidak membeli sedangkan penawaran terlalu banyak!”

Senario industri hartanah hari ini menyaksikan pembeli hartanah tidak membeli dan pemaju menunda sebarang pelancaran projek terbaru mereka.

Dalam keadaan wujud lambakan hartanah yang tidak terjual di seluruh negara, pemaju hartanah sewajarnya lebih fokus menyelesaikan stok sedia ada berbanding mengurangkan margin keuntungan dan membina unit rumah baru.

Krisis Rumah Mampu Milik Di Asia Tenggara Semakin Serius

Keadaaan yang berlaku di Malaysia sebenarnya turut melanda negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Hong Kong.

Untuk rekod, benua Asia telah melalui pembangunan yang terlalu pesat tanpa perancangan strategik semenjak 3 dekad yang lalu, menyebabkan berlakunya lambakan hartanah tidak terjual di seluruh Asia.

Sungguhpun permintaan hartanah meningkat seiring pembangunan ekonomi dan status sosial, penawaran untuk rumah bagi golongan kelas pertengahan dan ketiga adalah tidak mencukupi!

Dan pada hari ini, simptom-simptom awal yang wujud pada awal tahun 2000-an telah menjadi barah kepada kebanyakan negara di Asia sekaligus mencacatkan sistem ekonomi dan sosial.

1. Singapura

Singapura hari ini mengalami apa yang dipanggil sebagai ‘mimpi ngeri’ pemaju hartanah dan harga rumah keseluruhan di Singapura telah menurun 24.9%.

Data dari Urban Redevelopment Authority menunjukkan terdapat kira-kira 39,000 unit rumah swasta sedang dibina sungguhpun wujud 34,000 unit hartanah tidak terjual.

Kerajaan Singapura telah mengambil langkah menurunkan harga rumah kediaman pada tahun 2018 ekoran harga rumah di Singapura tersenarai sebagai di antara paling mahal di dunia!

“Hartanah yang sedang dibina adalah lebih banyak berbanding permintaannya di Singapura.”

Bank Pusat Singapura turut telah mengeluarkan amaran lambakan hartanah apartmen akan menurunkan nilai apartmen di seluruh Singapura.

2. Indonesia

Jurang taraf sosial begitu serius di Indonesia dengan pendapatan minimum 3.94 juta Rupiah sebulan atau RM1,200 sebulan di Malaysia.

Iklan

Sungguhpun anda tergolong dalam kelas pertengahan, boleh jadi anda terlalu miskin untuk memiliki rumah atau terlalu kaya untuk mendapatkan subsidi rumah dari kerajaan.

Harga hartanah kediaman di Indonesia dilihat menurun pada suku pertama 2020 kerana pemaju menghadapi kesukaran untuk menjual unit kediaman mereka.

Ini ditambah dengan beban kadar faedah 10% – 11% dari nilai pinjaman untuk industri pembinaan.

Jualan hartanah apartmen bermula Mac 2020 juga merosot kepada 25% – 30% manakala hartanah kediaman pula merosot 2% – 3%.

Jakarta merupakan contoh terbaik ketidakseimbangan pendapatan dengan penawaran hartanah di Asia Tenggara.

3. Thailand

Untuk rekod, di Bangkok sahaja ada lebih daripada 100,000 unit flat tidak terjual kesan daripada lebihan penawaran hartanah.

Disebabkan majoriti pembeli hartanah di Thailand adalah warga China, isu lambakan ini menjadi lebih serius dengan pandemik COVID-19.

Pemaju hartanah di Thailand kini mula fokus kepada pembelian hartanah dari warga tempatan.

Indeks Pembangunan hartanah di Thailand merosot sekitar 19% dalam 12 bulan terakhir, lebih buruk daripada penurunan 9% di pasaran saham Thailand secara keseluruhan.

Buat pengetahuan anda, undang-undang di Thailand membenarkan warga asing untuk memiliki 49% unit sebuah projek kondominium tetapi tidak dibenarkan memiliki tanah.

Industri hartanah di Thailand yang bertunjangkan pelabur dari China seakan mati apabila kebanyakan hartanah pada harga RM406,000 tidak terjual.

4. Vietnam

Tidak sukar untuk kita mencari hartanah berharga melebihi US$1 juta di bandar-bandar utama Vietnam seperti Hanoi di utara dan Ho Chi Minh City di selatan.

Tetapi, di lorong yang sama juga kita akan dapati wujud rumah kecil yang diperbuat daripada besi dan papan yang dihuni warga tempatan.

Peningkatan jumlah golongan kelas pertengahan di Vietnam yang tidak seiring dengan pembangunan rumah mampu milik menyebabkan berlakunya krisis rumah mampu milik di sana.

Kepesatan tanpa perancangan strategik menyebabkan bandar Haoi dan Ho Chi Minh City bakal menjadi lokasi hartanah paling tidak mampu milik di Vietnam.

Dijangka Vietnam akan menghadapi krisis rumah seperti di Brazil dan Ireland tidak lama lagi.

Bila dilihat kembali trend krisis rumah mampu milik di Asia Tenggara, isunya adalah bekalan rumah mampu milik yang tidak mencukupi, masalah sosial dan politik.

Tiada kerajaan yang sempurna di dunia ini. Akan tetapi, dengan langkah dan inisiatif yang betul, masalah ini mampu ditangani bahkan menjadi contoh bagi negara – negara lain yang turut bertarung dengan krisis yang sama.

Sumber Rujukan:

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

6 Tanggapan Yang Salah Tentang Pelaburan Hartanah

Dalam apa jua jenis pelaburan, wujud tanggapan yang salah akan pelaburan tersebut. Industri hartanah juga tidak terkecuali daripada menerima tanggapan yang salah dan negatif menyebabkan masyarakat semacam skeptikal apabila kita berbicara soal pelaburan hartanah.

Memang wujud individu yang gagal dalam pelaburan hartanah, akan tetapi wujud juga individu yang untung hampir ratusan ribu bahkan jutaan ringgit hasil daripada pelaburan hartanah.

“Pelaburan hartanah hanya untuk orang yang banyak duit sahaja. Aku mana boleh, aku tak ada duit.”

Dan mereka itu bukanlah berbangsa asing apalagi beragama lain dari kita.

Asas dalam pelaburan hartanah adalah, kita sebagai pelabur hartanah wajib merancang strategi pelaburan hartanah tersebut samada anda inginkan aliran tunai positif atau lumpsum.

Sekiranya kita mempunyai tanggapan yang negatif mengenai pelaburan hartanah, artikel ini akan membantu kita dalam menerangkan perbezaan di antara tanggapan dan realiti dalam pelaburan hartanah.

Jom kita tengok 6 tanggapan yang salah tentang pelaburan hartanah.

1. Modal Yang Tinggi

Ini adalah tanggapan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia di mana mereka merasakan pelaburan hartanah memerlukan modal puluhan ribu atau ratusan ribu.

Sebenarnya tanggapan ini ada betul dan tidak.

Sekiranya anda cenderung untuk memulakan pelaburan hartanah anda dari pasaran undercon, anda hanya memerlukan modal yang rendah sahaja.

“Ada projek undercon yang kita hanya bayar booking fee RM1,000 sahaja untuk memiliki rumah!”

Baca : 6 Tips Usahawan Muda Perlu Tahu Sebelum Melabur Dalam Hartanah

Kita hanya perlu membayar booking fee kepada pemaju hartanah dan pastikan rekod CCRIS dan CTOS anda dalam keadaan cemerlang untuk anda layak mendapat 100% pembiayaan pinjaman dari bank.

Baca : Rumah Mahal? 5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

Manakala pasaran subsale dan lelong memerlukan kita mengeluarkan modal entry cost yang tinggi.

2. Ramai Kawan Rugi Dalam Pelaburan Hartanah

Dalam pelaburan hartanah, kita memerlukan tempoh masa yang lama untuk benar-benar buat duit daripada pelaburan hartanah.

Tidak sedikit pemilik hartanah yang berhadapan dengan aliran tunai negatif / rugi untuk beberapa tahun sebelum berjaya mendapat untung hasil daripada pelaburan hartanah.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang menjadikan pelaburan hartanah kita gagal atau berjaya adalah ilmu hartanah, pengurusan kewangan dan strategi.

Kita tidak boleh melaburkan satu jumlah wang yang besar sebelum mengetahui pasaran semasa hartanah, risiko dan strategi hartanah.

3. Saya Masih Bekerja Dengan Majikan

Pelabuan hartanah dalam keadaan kita masih mempunyai pekerjaan hakiki 9 pagi – 5 petang adalah lebih baik daripada kita tidak mempunyai pekerjaan langsung.

Baca : Walaupun Bergaji RM2000 Tapi Masih Mampu Beli Rumah Pertama

Iklan

Dalam proses masih bekerja ini, kita hanya perlu memastikan rekod CCRIS dan CTOS adalah cantik; supaya pihak bank mampu meluluskan pembiayaan pinjaman hartanah kita.

Baca : 4 Langkah Mulakan Pelaburan Hartanah

Jangan risau, untuk urusan jual beli dan dokumentasi kita boleh melantik ejen hartanah berdaftar yang sah untuk urusan jual beli hartanah.

4. Bank Susah Lulus Permohonan Pinjaman Saya

Sebagai bakal peminjam dari bank, kita perlu fahami dengan teliti bagaimana bank meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman hartanah.

Kita juga perlu mengetahui jenis hartanah yang bersesuaian dengan gaji. Sekiranya gaji tahunan kita adalah RM40,000 setahun, jangan pula memohon pinjaman untuk hartanah berharga RM500,000!

Baca : 5 Sebab Permohonan Pinjaman Ditolak Oleh Bank

Ambil tahu inisiatif dan polisi terbaru kerajaan yang kadangkala membantu permohonan pinjaman hartanah, terutamanya untuk pembeli rumah pertama.

5. Saya Tidak Tahu Lokasi Sesuai Untuk Beli Rumah

Hari ini, lokasi bukan lagi indikator dalam menentukan kejayaan pelaburan hartanah.

Pelaburan hartanah adalah satu pasaran yang kompleks dan merangkumi pelbagai indikator lain seperti polisi kerajaan, jenis hartanah, peluang pekerjaan, pengangkutan awam dan sebagainya.

Sebagai permulaan, kita perlu melakukan kaji selidik mengenai lokasi yang sesuai untuk pelaburan hartanah.

Baca : Booster Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Sekiranya kita merancang untuk menyewakan hartanah itu, beli rumah di kawasan tumpuan pelajar dan keluarga seperti Cheras dan Shah Alam.

Dan jika kita ingin peram dan jual selepas satu tempoh masa, kita boleh beli di lokasi pinggir bandar yang mempunyai potensi seperti Seri Kembangan dan Sungai Buloh.

6. Saya Perlu Beli Kereta Dulu Sebelum Rumah

Tahukah anda, susut nilai kereta selepas 5 tahun adalah pada kadar 20%-55% mengikut jenama kereta tersebut.

Sedangkan trend kenaikan normal harga rumah di Malaysia adalah pada kadar 3%-5% setahun.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Logiknya, sekiranya kita layak untuk membeli rumah, kita terlebih layak untuk membeli kereta.

Dan sekiranya kita menangguhkan rumah untuk kereta, bersedialah untuk membayar lebih untuk rumah yang sama di kemudian hari.

Hendak Seribu Daya

Segala tanggapan negatif tersebut hanyalah alasan untuk anda berjaya.

Tiada orang di dunia ini yang terus mengalami untung berpanjangan selepas pertama kali melabur, baik di dalam pelaburan saham mahu pun hartanah.

Akhir kata, jangan jadikan segala tanggapan negatif yang dimomokkan orang sekeliling kita dan juga yang bermain dalam fikiran menjadi halangan untuk kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Pelajarilah ilmu pengurusan kewangan, ilmu hartanah dan strategi hartanah yang betul untuk memastikan kejayaan kita dalam pelaburan hartanah.

Iklan

7 Keunikan Sunway Cassia @ Batu Maung Yang Perlu Anda Tahu

Anda tinggal atau kerja di Pulau Pinang dan sedang tercari-cari hartanah yang ‘hot’? Jom kita tengok 7 keunikan Sunway Cassia @ Batu Maung yang perlu anda tahu.

1. Terletak Di Lokasi Strategik

Tahukah anda bahawa Batu Maung terletak di kawasan yang strategik di Pulau Pinang? Batu Maung terletak berhampiran dengan dua nadi infrastruktur pengangkutan terkenal di Pulau Pinang, iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dengan siapnya flyover baru di Bayan Lepas pada penghujung tahun lepas, kini lebih mudah dan dekat untuk anda ke Lapangan Terbang dari Batu Maung. Keadaan trafik kini juga menjadi semakin lancar.

Di sini juga terdapat dua kawasan tumpuan pelancong yang popular iaitu Muzium Perang bagi mereka yang nak melihat sendiri peninggalan perang, dan Akuarium Batu Maung bagi mereka yang nak tengok keindahan ikan-ikan. Maklumlah, asal-usul Batu Maung pun kampung nelayan kan?

Selain daripada itu, Batu Maung juga terletak berhampiran dengan Zon Perindustrian Bebas atau Free Industrial Zone yang menempatkan syarikat-syarikat ternama seperti Agilent Technologies, Clarion, Renesas, Osram, Intel, Bosch dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, Batu Maung ni sangatlah dekat dengan Queensbay Mall – iaitu pusat membeli-belah yang sangat happening di Pulau Pinang. Dan bagi mereka yang biasa lalu Lebuhraya Utara Selatan, mesti pernah nampak atau singgah ke Design Village Premium Outlet Mall kan? Ianya hanya terletak berdekatan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang di sebelah seberang. Dan katanya IKEA baru pun akan siap tak lama lagi, cuma perlu menyeberangi Jambatan tersebut dah sampai.

2. Peningkatan Harga Rumah Di Kawasan Sekitar

Nak tahu prestasi sektor hartanah di Batu Maung, kita akan guna laman web Brickz sebagai rujukan; kerana ia mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sale and Purchase Agreement telah dibayar.

Sumber: Brickz

Lihat saja betapa meningkatnya harga hartanah di Batu Maung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau diikutkan kepada trendline hartanah mewah di atas, pada April 2013 ianya berada di paras RM1.1 juta dan meningkat naik ke paras RM1.3 juta pada November 2017.

Kalau diikutkan, trend ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang.

3. Kawasan Eksklusif Rumah Mewah

Kalau nak beli di kawasan yang semakin meningkat naik di Pulau Pinang, sudah pasti tempatnya adalah di Batu Maung. Tengok sendiri harga hartanah landed seperti berikut:

Sumber: Brickz

Secara puratanya, harga median hartanah landed di Batu Maung berharga RM1 juta. Kita ada Sunway Tunas Jaya dengan rumah Teres dan Semi-D berharga RM1.1 juta, dan Sunway Mutiara dengan rumah Semi-D bernilai RM1.38 juta.

Rumah teres di Sunway Tunas Jaya, semasa ianya baru dilancarkan pada tahun 2003 harganya adalah pada paras RM380 ribu, tetapi kini naik sehingga RM1.1 juta.

Begitu juga halnya dengan Sunway Mutiara. Harga semi-D pada waktu pelancaran pada tahun 2005 adalah sekitar RM750,000, dan kini hampir naik sekali ganda pada paras RM1.38 juta.

Dijangkakan semakin banyak hartanah premium akan dibina di sini, menjadikannya ini kawasan yang eksklusif. Siapa duduk di Batu Maung, memang bergayalah. Maklumlah, rumah yang baru ni mempunyai keluasan yang lebih besar jika dibandingkan dengan rumah yang dah berusia. Nama pun rumah baru, dia punya keseronokan pun lain macam bila semuanya baru.

Iklan

4. Rumah Besar Dengan Tanah Yang Luas

Tadi kita baru cerita bab kawasan Batu Maung itu sendiri, mari kita sentuh bab rumah Sunway Cassia @ Batu Maung pula.

Lihat sajalah gambar-gambar rumah di Sunway Cassia ni:

Ruang tamu dan makan rumah Semi-D yang serba luas

Dapur basah dan kering berasingan

Bilik tidur utama yang lapang dengan ruang almari berasingan

Rumah cantik dengan ruang yang cukup lapang, ditambah pula dengan kawasan tanah yang luas. Balik ke rumah sahaja, terus berada dalam keadaan yang sangat tenang; hilang semua penat setelah seharian bekerja.

5. Ciri-ciri Moden

Rumah yang cantik di Sunway Cassia turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden mengikut citarasa terkini. Setiap rumah dipasang dengan Sistem Penggera Rumah Individu, Sistem Pemanas Air Solar dan Butang Panik. Ianya diikuti dengan siling yang tinggi agar dapat memberikan pencahayaan semulajadi yang terang, dan ruang pengudaraan teratur bagi menyejukkan rumah.

Rumah-rumah di sini juga mempunyai 3 ruang tempat letak kereta tanpa tiang, dan ada juga unit terpilih yang mempunyai sehingga 9 ruang letak kereta. Reka bentuk yang moden dan praktikal menjadikan Sunway Cassia unik, dan lain daripada yang lain.

Yang lebih menariknya, Sunway Cassia dikelilingi oleh 3 ekar rimbunan hijau dengan 6 taman landskap. Sebaik saja melangkah masuk menerusi pintu utama, anda akan berasa tenang apabila melalui deretan pokok kelapa di Palm Avenue. Kalau rasa nak berpiknik, singgah saja di Tecoma Lounge di mana ada disediakan meja dan kerusi sambil merasai redupnya di bawah pokok Tecoma yang berwarna-warni. Atau berjalan-jalan di Nature Park, kawasan yang dikhaskan untuk menikmati keindahan semulajadi hutan tropika.

Laluan yang tenang menuju ke puncak Nature Park

6. Dibangunkan Pemaju Yang Berkaliber

Siapa yang tak kenal dengan Sunway Group? Nama yang tidak asing lagi di Malaysia, syarikat Sunway juga tersenarai di Bursa Malaysia. Nak jadi pemilik syarikat Sunway, beli saja saham mereka.

Kalau nak tahu, Sunway Cassia ini dibina oleh Sunway Property yang merupakan salah satu daripada 12 bidang yang diceburi mereka.

Dan Sunway Property pula merupakan nama yang sangat besar dalam sektor hartanah di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, mereka juga membangunkan hartanah di China, India, Cambodia, Vietnam, Australia dan Singapura.

Di antara projek Sunway Property yang terkenal adalah Sunway City di Kuala Lumpur, Sunway Geolake Residences, Sunway Damansara dan Sunway Velocity di Selangor, Sunway City Ipoh di Perak dan Sunway Cassia dan Sunway Wellesley di Pulau Pinang.

7. Promosi Hebat

Bagi mereka yang tak sabar-sabar nak pindah masuk terus, Sunway Cassia @ Batu Maung ada menyediakan Pakej Perabot Separa Lengkap; dapat kunci boleh terus tinggal di sini. Itu belum masuk promosi-promosi hebat lain untuk bakal pembeli. Memang rugi siapa yang tak beli hartanah yang cukup berpotensi ini.

Sila layari laman web Sunway Cassia atau hubungi mereka di talian 604-684 8000 untuk dapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini.

Jemput tengok video di bawah ini dan lihat sendiri keunikannya:

Iklan

4 Tips Nak Tingkatkan Simpanan Untuk Beli Rumah

Ramai yang inginkan rumah sendiri, tetapi ramai juga yang masih belum berkemampuan daripada segi simpanan. Itu sebabnya kita disarankan untuk membuat pelaburan untuk menampung serba sedikit kelompongan dalam simpanan sedia ada.

Jika simpanan masih belum cukup, usah berputus asa. Percayalah bahawa usaha ini pasti akan diberkati dan dapat juga memiliki rumah sendiri.

Cuba tengok 4 tips nak tingkatkan simpanan untuk beli rumah berikut:

1. Bunuh Hutang Jahat

Dah nama pun hutang jahat, buat apa hendak disimpan. Hapuskan sahaja hutang-hutang jahat yang ternyata menganggu kehidupan anda. Senaraikan segala jenis hutang jahat yang anda ada, dan cuba langsaikan hutang jahat ini satu persatu sehingga selesai.

Hutang jahat yang paling utama adalah hutang kad kredit, kerana kadar faedahnya yang sangat tinggi. Kedua, hutang personal loan. Apa sahaja hutang yang mengenakan kadar faedah yang tinggi, fokus untuk habiskan hutang ini terlebih dahulu.

Dan apabila hutang jahat ini sudah lupus, banyak duit yang dapat anda selamatkan. Pastinya, apabila duit yang selama ini perlu disalurkan kepada hutang jahat telah tidak diperlukan lagi, maka simpanan anda secara tidak langsung juga akan turut meningkat.

Benar, bukan satu perkara yang mudah untuk menyelesaikan hutang. Namun, jika anda menjadikan hajat untuk simpanan adalah dengan membeli rumah pertama, pastinya anda lebih berdisipilin dan bersemangat untuk melupuskan segala jenis hutang jahat tersebut.

2. Tetapkan Jumlah Simpanan

Ada sesetengah apabila hendak menyimpan, tetapi tidak pasti berapa jumlah simpanan yang perlu mereka ada. Dalam situasi seperti ini, anda perlu sedia maklum dan menetapkan matlamat anda terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk membeli rumah yang berharga RM200,000 anda perlu mengumpul deposit sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah. Maka sasaran simpanan anda adalah RM20,000.

Iklan

Namun, ianya tidak menjadi masalah sekiranya anda menyimpan lebih daripada jumlah tersebut. Sekurang-kurangnya ada sedikit buffer untuk membuatkan anda berasa lebih selesa.

3. Simpan Untuk Jangka Masa Panjang

Amatlah penting anda menyimpan secara konsisten untuk jangka masa panjang. Kita ambil contoh tadi anda menyasarkan untuk menyimpan RM20,000 dan mampu menyimpan RM1,000 sebulan. Maka anda perlukan 20 bulan untuk mencapai sasaran tersebut.

Jangan pula sebulan simpan RM1,000, bulan seterusnya kosong, bulan lagi satu simpan RM500 dan sebagainya. Latih diri untuk jadi berdisiplin dengan memulakan simpanan secara konsisten.

Nanti bila dah start bayar instalment rumah, lagi parah jika anda tidak dapat bayar instalment secara bulanan dan berdisiplin. Sebab tu kena mula dari sekarang.

4. Bijak Mengatur Kewangan

Jika anda mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, bermakna anda juga perlu punya perbelanjaan yang tetap pada setiap bulan. Perbelanjaan yang tetap ini termasuklah bayaran bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya.

Pastikan terlebih dahulu segala jenis perbelanjaan tersebut berada dalam kategori keperluan dan bukannya kehendak semata-mata.

Fokus kepada matlamat anda membuat simpanan tadi. Jika rasa perlu menambah pendapatan, carilah peluang yang terbuka luas seperti membuat kerja-kerja freelance atau membawa Grab atau Uber.

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Terakhir sekali, anda sendiri yang tahu tahap kemampuan anda. Tak guna juga kalau anda bekerja terlalu keras, sampai tanggungjawab terhadap pekerjaan atau keluarga terabai.

Kalau rasa tak mampu beli rumah berharga RM200,000, boleh rendahkan expectation anda terlebih dahulu. Cuba tengok harga rumah sekitar RM100,000 pula, nanti bila keadaan kewangan dah stabil, baru beli rumah yang lebih mahal.

Iklan

Golongan Milenial Akan Beli Rumah Apabila 3 Perkara Ini Berlaku

Golongan milenial merupakan mereka yang lahir di antara tahun 1980 dan 1994. Golongan yang turut dikenali sebagai Gen Y ini pada hari ini berada dalam lingkungan umur 26 tahun hingga 40 tahun.

Milenial adalah golongan yang unik kerana banyak peristiwa penting dunia berlaku pada zaman mereka. Di antaranya adalah Insiden 9/11, Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.

Baca : Isu Moratorium 6 Bulan: Berapa Yang Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Masih Ambil?

Hampir separuh daripada golongan milenial memasuki alam pekerjaan dalam keadaan kelembapan ekonomi pada zaman krisis kewangan Asia 1997-1998 dan krisis ekonomi 2008.

Baca : Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini

Ini memberi kesan yang mendalam dalam pilihan kehidupan mereka seperti membeli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya golongan ini berbanding golongan generasi Z yang lahir pada tahun 1995 dan ke atas.

Bercakap soal pemilikan hartanah, golongan yang diklasifikasikan sebagai anak muda ini mempunyai kelebihan dalam pemilikan hartanah kerana tempoh pinjaman mereka adalah 20-30 tahun.

Baca : Kajian Menunjukkan Harga Rumah Bakal Turun Sampai Tahun 2021

Akan tetapi, bukan semua anak muda berjaya memiliki rumah sendiri dan mengambil tindakan menyewa gara-gara kos belanja bulanan yang tinggi, lebih-lebih lagi di kawasan bandar utama seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Georgetown, Miri dan Kota Kinabalu.

Gaya hidup mewah, berbelanja melebihi kapasiti gaji bulanan, pembelian barang berjenama dan hiburan menjadi faktor utama kegagalan majoriti besar anak muda ‘hancur’ dalam pengurusan kewangan peribadi.

Baca : Zuhud Yang Diajar Saidina Umar Abdul Aziz

Tapi, kita tidak boleh pukul rata dan menyalahkan mereka bulat-bulat.

Ada ramai anak muda di luar sana yang gagal membeli rumah kerana faktor luaran seperti:

  • Majikan yang tidak membayar caruman KWSP dan menyukarkan pinjaman hartanah
  • Pendapatan bulanan yang tidak selari dengan kos sara hidup
  • Komitmen yang tinggi / Menanggung ahli keluarga lain
  • Harga rumah yang tidak mampu milik

Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), kebanyakan harga rumah di Lembah Klang adalah terlalu tinggi untuk dimiliki sungguhpun pembeli bergaji sekitar RM7,000.

Baca : Tabung Simpanan Untuk Anak Berganda 326% – DJ Fuzz

“Rata – rata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM786,800 dan di Selangor pula RM479,894.”

Implikasi daripada masalah ini menyebabkan perubahan ketara dalam pemikiran golongan professional muda.

Pada pengamatan mereka, adalah lebih logik untuk menyewa di kawasan primer (elit) yang hampir dengan tempat kerja berbanding membeli rumah di pinggir bandar dan perlu menempuh perjalanan pergi dan balik yang menyesakkan.

Dan golongan milenial akan beli rumah apabila 3 perkara ini berlaku.

1. Harga Rumah Seiring Dengan Gaji

Isu terbesar dalam pemilikan hartanah adalah masalah ketidakmampuan anak muda membeli rumah dengan kadar gaji semasa mereka.

Pada tahun 2008, gaji permulaan seorang graduan jurutera adalah sekitar RM2,500 dan pada tahun 2018, tangga gajinya adalah tetap sama sungguhpun selepas tempoh 10 tahun.

Baca : Anak Muda, Jangan Tunggu Harga Rumah Turun

Peningkatan kadar gaji di Malaysia adalah sangat perlahan dan tidak selari dengan peningkatan harga rumah 3% – 6.5% di Malaysia.

Manakala harga rumah mampu milik yang baru di seluruh Malaysia hadir dengan tanda harga RM417,262 seunit.

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

Sedangkan menurut Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), harga rumah mampu milik di Malaysia perlu ditawarkan pada harga maksimum RM282,000 seunit untuk golongan kelas pertengahan di Malaysia (M40).

Iklan

2. Kewangan Telah Kukuh

Setakat artikel ini ditulis, gaji minimum yang ditetapkan Kerajaan adalah pada angka RM1,200 di kawasan bandar dan RM1,100 di luar bandar.

Amaun ini jika dilihat dengan kadar inflasi tahunan pada angka 1% – 3% setahun adalah tidak mencukupi dan membeli rumah hanyalah imaginasi meliar di fikiran mereka.

Baca : Anak Muda, Jangan Pernah Putus Asa Untuk Beli Rumah Dan Buatlah 5 Perkara Ini

Hal ini kerana, untuk rumah yang berharga RM100,000 pun bayaran ansuran bulanan pinjaman hartanah dari bank adalah RM500 (kadar selesa).

Ini bermaksud, hampir 50% dari pendapatan golongan B40 disalurkan untuk membeli rumah.

“Mana mungkin RM700 – RM600 mencukupi untuk keluarga yang tinggal di pusat bandar!”

Untuk rekod, B40 dibahagikan kepada tiga subkumpulan, iaitu :-

  • Berpendapatan rendah (RM900 atau kurang)
  • Berpendapatan sederhana (RM901 hingga RM1,500)
  • Berpendapatan tinggi (RM1,501 hingga RM3,000).

Pada masa ini, isi rumah B40 dikategorikan berpendapatan bawah RM4,346.

3. Ingin Melabur

Hartanah adalah merupakan di antara instrumen pelaburan yang paling tinggi kadar keuntungan dan tidak memerlukan ilmu teknikal yang kompleks seperti pelaburan-pelaburan lain.

Baca : Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya

Kesedaran untuk melabur dalam hartanah di kalangan golongan milenial mungkin diperolehi daripada ibu bapa, rakan-rakan, orang sekeliling dan pembacaan melalui portal online pelaburan.

Baca : 3 Dokumen Penting Yang Membuatkan Ramai Terjerat Dalam Hartanah

Hari ini, golongan milenial perlu bersyukur kerana terdapat ramai ikon pelaburan hartanah seperti Faizul Ridzuan, Ahyat Ishak dan Azizul Azli Ahmad yang konsisten dalam membantu anak muda memiliki rumah pertama mereka.

“Pelaburan hartanah bukan untuk semua orang khususnya anak muda yang kurang ilmu hartanah dan hanya mengikut – ikut orang lain.”

Dengan memiliki hartanah, kita memiliki aset yang mampu menjana aliran tunai bulanan dan sekiranya beruntung, capital gain untuk rumah kita selepas satu tempoh yang mampu menjadikan kita jutawan segera!

Hanya individu tertentu yang mempunyai dedikasi dan kesabaran tinggi sahaja berminat untuk mempelbagaikan portfolio kewangan mereka akan menceburkan diri dalam pelaburan hartanah.

Tanda harga dan pendapatan bulanan kekal menjadi isu utama ramai anak muda khususnya golongan profesional memilih untuk terus menyewa.

Ada juga segelintir yang mengelak untuk melakukan komitmen jangka panjang kerana tidak mahu terbeban daripada sudut kewangan.

Sebenarnya, dengan pendedahan dan ilmu yang tepat, kita mampu membuang stigma negatif tersebut.

Memiliki profil kewangan yang baik adalah kunci utama dalam pemilikan hartanah dan peningkatan gaji sehingga 6 angka sekalipun tidak mampu membolehkan golongan milenial memiliki rumah sekiranya pengurusan kewangan adalah ‘ke laut’.

Baca : 8 Langkah Untuk Beli Rumah Pertama

Penulis juga berharap satu hari nanti, Kerajaan mampu meningkatkan tangga gaji rakyat Malaysia khususnya graduan muda ke satu paras yang lebih realistik.

Baca : Dah Bersedia Nak Beli Rumah? Pastikan Buat 9 Senarai Semak Ini Terlebih Dahulu

Dari sudut bekalan rumah mampu milik pula, diharapkan pemaju hartanah swasta mampu membina lebih banyak rumah mampu milik supaya setiap rakyat Malaysia tidak lagi perlu menyewa!

Sumber Rujukan :

Iklan
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!