SMI Cars Rai Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

Majlis perasmian ruang pameran milik SMI Cars Sdn. Bhd. disambut meriah Sabtu lalu, dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri
daripada jemputan kenamaan, barisan media perdana, digital, blogger, selebriti media sosial, artis-artis tempatan serta peminat-peminat automotif.

Sebagai acara automotif pertama yang diadakan setelah perintah kawalan pergerakan tamat, SMI Cars komited mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kebiasaan normal sepanjang
acara berlangsung seperti pemeriksaan suhu badan, pembersihan dan sanitasi ruang makan dan kenderaan yang dipamerkan, penyediaan pelitup muka, pendaftaran dengan aplikasi mySejahtera dan penjarakkan fizikal.

Kehadiran tetamu yang datang seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang, dijamu dengan pelbagai sajian juadah, sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran, tarian Bangra, nyanyian karaoke dan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hadir seperti Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan rap lagenda, NICO G. Ramai tetamu tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan memandu-uji kenderaan mewah yang dipamerkan. Terdapat juga segelintir tetamu yang membuat keputusan untuk membeli kenderaan impot pilihan mereka pada hari yang bermakna itu.

Terletak strategik di Jalan Ampang, ruang pameran satu tingkat seluas satu ekar ini telah direka oleh seorang pelajar seni bina berumur 19 tahun bernama Asyraaf Khan. Menampilkan seni bina moden berkonsep minimalis, susun atur ruang pameran adalah mesra pelanggan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan.

SMI Cars, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2012, menawarkan hampir 150 model kenderaan yang diimpot daripada Eropah dan Jepun seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Mengulas mengenai keadaan ekonomi sejak perintah kawalan pergerakkan berakhir, pengarah urusan SMI Cars, Irene Deanna binti Dato Haji Marof Khan mengakui dengan adanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan impot, kadar pengunjung dan pembeli kenderaan impot mula menunjukkan pertumbuhan positif. Irene Deanna telah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut
dan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan yang sepatutnya tamat pada 31 Disember nanti, sehingga ke satu atau dua tahun bagi memulihkan ekonomi sektor automotif yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakkan berkuatkuasa. Meskipun memahami sentimen pengguna yang lebih berhati-hati demi meneruskan kelangsungan hidup berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun Irene Deanna berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan impot pada harga yang lebih rendah.

SMI Cars berazam untuk memberi perkhidmatan peribadi eksklusif untuk setiap pelanggan bagi memastikan mereka berpuas hati dengan pengalaman yang dilalui sepanjang proses pembelian berjalan. Tambahan Irene Deanna, pelanggan yang gembira dengan pembelian mereka, akan turut membuatkan SMI Cars berasa gembira.

Sempena dengan bulan kemerdekaan, SMI Cars menawarkan diskaun tambahan ke atas kenderaan terpilih selain potongan cukai jualan 50 peratus sedia ada, kepada semua pelanggan yang membuat pembelian bermula 18 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. (*Tertakluk kepada terma dan syarat). Dapatkan informasi terkini mengenai koleksi kenderaan impot terbaharu dan tawaran-tawaran hebat daripada SMI Cars di akaun media sosial berikut:

Facebook: @SMI_Cars | Instagram: @smi_cars

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia perkenal nama baharu stesen LRT Bandaraya – UOB

Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Oktober 2025 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan penjenamaan semula Stesen LRT Bandaraya kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membangunkan Kuala Lumpur menjadi lebih hijau dan terhubung. Inisiatif penjenamaan stesen ini menunjukkan wawasan UOB yang progresif dalam menggabungkan  kemampanan dengan mobiliti bandar, sambil meningkatkan keterhubungan harian untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

Dengan lebih satu juta penumpang melalui Stesen LRT Bandaraya – UOB setiap minggu, stesen ini merupakan hab pertukaran penting yang menyediakan akses mudah ke salah satu daerah komersial paling sibuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran bersempena penjenamaan semula stesen telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB; Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia; Encik Amir Hamdan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad; Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE); dan Encik Nor Azmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada UOB Malaysia atas sokongan mereka terhadap program Hak Penjenamaan Stesen. Penjenamaan semula stesen ini adalah bukti bahawa kerjasama awam-swasta yang erat dapat membuahkan hasil positif bagi rakyat, selain memaksimumkan sumber dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Penglibatan Bank secara proaktif juga menunjukkan semangat pemilikan dan komitmen teguh dalam meningkatkan landskap pengangkutan awam Kuala Lumpur.”

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Penjenamaan Stesen LRT Bandaraya – UOB bukan sahaja bersifat simbolik, ia melambangkan akar umbi kami di kawasan ini, di mana Menara UOB Kuala Lumpur telah bertapak sejak 1984. Dengan ibu pejabat baharu kami, UOB Plaza 1 KL, hanya beberapa langkah dari stesen, inisiatif ini membolehkan kami memperdalam keterlibatan masyarakat, menyumbang kepada pengalaman bandar raya, selain membantu memajukan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan bandar serta menggalakkan kemampanan.”

Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, berkata, “Kami berbesar hati dengan penyertaan UOB Malaysia sebagai rakan kongsi dalam inisiatif Hak Penjenamaan Stesen kami. Melangkaui inisiatif penamaan, penjenamaan stesen adalah pemangkin untuk pewujudan tempat dan juga menjadi kebanggaan masyarakat, di mana hab transit diubah menjadi mercu tanda yang menyerlahkan identiti bandar. Dengan kehadiran UOB Malaysia di Stesen LRT Bandaraya – UOB, kami dapat meningkatkan pengalaman komuter, membuka kunci nilai aset transit kami, dan juga membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih bertenaga dan terhubung.”

Stesen LRT Bandaraya – UOB yang dinamakan semula ini menghubungkan kedua-dua Laluan LRT Ampang (Ampang – Sentul Timur) dan Sri Petaling (Sri Petaling – Sentul Timur) dan berintegrasi dengan Laluan LRT Kelana Jaya melalui stesen Masjid Jamek. Ia juga berkhidmat sebagai stesen pertukaran ke Stesen Komuter KTM Bank Negara, menghubungkan penumpang harian ke kedua-dua Laluan KTM Rawang – Seremban dan Sentul – Pelabuhan Klang. Stesen ini juga berdekatan dengan beberapa mercu tanda Kuala Lumpur termasuk Bank Negara Malaysia, Bangunan KWSP, Kompleks Pertama, Menara DBKL, Menara MARA, dan SOGO KL.