PNB Lancar Aplikasi Pelaburan Serendah 5 Sen

Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melancarkan Raiz, aplikasi mudah alih pelaburan mikro pertama Malaysia, yang membolehkan rakyat negara ini melabur dengan nilai bermula serendah RM5.

Raiz adalah aplikasi mudah alih pelaburan mikro yang memanfaatkan duit baki secara maya daripada pembelian harian pengguna untuk melabur dalam unit amanah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berdasarkan portfolio pelaburan peribadi masing-masing.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Raiz Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama di antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn Bhd dengan Raiz Invest Australia Ltd (Raiz Invest) iaitu unit Raiz Invest Ltd yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX).

Buat masa ini hanya pengguna yang memiliki akaun Maybank sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini dengan sasaran kerjasama dengan bank-bank lain pada tahun hadapan.

Raiz Sama Macam Wahed dan Best?

Produk baru dari PNB ini sebenarnya ada persamaan dengan produk lain yang ada di pasaran seperti Wahed Invest dan Best oleh Bank Islam.

Raiz juga membolehkan kita melabur secara maya dengan menggunakan aplikasi dan memilih portfolio mengikut kita punya ‘risk-tolerance‘. Daripada cara pendaftaran, pemilihan portfolio dan sasaran pelaburan semuanya sama.

Bagi yang belum tahu tentang Wahed Invest dan Best Bank Islam boleh klik di pautan ini:

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM10 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.

Raiz juga membolehkan kita membuat pelaburan secara sekaligus (one-time) atau pun berulang (recurrence) dengan hanya menggunakan akaun Maybank yang boleh dihubungkan ke aplikasi ini.

Melabur Dengan Menggunakan Duit Baki?

Berbanding produk sama yang ada di pasaran Wahed Invest dan Best Bank Islam, Raiz membolehkan orang ramai melabur menggunakan duit baki secara maya daripada pembelian harian.

Tak kiralah anda berbelanja di mana-manapun, selagi anda menggunakan kad debit untuk berbelanja, maka setiap baki daripada situ akan disalurkan terus ke akaun pelaburan anda di aplikasi Raiz.

Jadi macam mana tu melabur dengan duit baki?

Takkanlah baki daripada akaun bank masuk terus ke Raiz ni kan.

Dia macam ni, katakanlah anda beli jajan yang harganya RM7.50 di 7-Eleven, maka kad debit Maybank anda akan genapkan harga tu kepada RM8.00 yang mana baki 50 sen tadi terus disalurkan ke dalam aplikasi Raiz.

Satu lagi contoh, katakan anda membeli barang runcit di KK Mart yang berjumlah RM29.95, harga keseluruhan akan digenapkan kepada RM30 yang mana maka baki 5 sen tu pun akan disalurkan terus ke aplikasi Raiz.

Maknanya dengan aplikasi Raiz, anda boleh melabur dengan wang serendah 5 sen. Daripada cashier bagi baki 5 sen yang mungkin tercampak sana sini, ada baiknya juga ia terus disalurkan ke dalam akaun pelaburan. Memang idea yang sangat baik sebenarnya.

Aplikasi Wahed dan Best tidak mempunyai ciri seperti ini.

Berbaloi ke Melabur Dengan Duit Baki?

Yuran bulanan bagi akaun di bawah RM6,000 adalah RM1.50 dan 0.3% setiap tahun bagi akaun melebihi RM6,000.

Bagi anda yang mungkin jarang-jarang berbelanja menggunakan kad debit mungkin kurang berbaloi dengan yuran bulanan RM1.50.

Kalau dalam masa sebulan kita hanya berbelanja online tiga ke lima kali, berkemungkinan jumlah pelaburan daripada baki perbelanjaan tu dah set-off dengan yuran RM1.50 setiap bulan itu.

Jadi, bagi anda yang setiap hari membeli menggunakan kad debit di kedai-kedai, boleh pertimbangkan aplikasi Raiz ini.

Amacam, best tak aplikasi Raiz ni? Baca lagi artikel di bawah, kemudian baru buat keputusan.

Sekejap, Raiz Patuh Syariah atau Tidak?

Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur ke Raiz ini, eloklah perhalusi dahulu artikel ini tentang portfolio pelaburan Raiz ke dalam dana-dana unit amanah ASNB. Klik di sini

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA