Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020

Pasaran saham Malaysia telah mencatat kenaikan bagi empat bulan berturut-turut dan telah membuat reversal yang sihat. Kalau dulu pada bulan Mac ianya berada di paras yang terendah bagi tahun ini, kini ianya telah pun mencatatkan paras yang tertinggi bagi tahun 2020.

Sekiranya ini berterusan, FBM KLCI dan saham-saham yang lain bakal mencatatkan kenaikan yang lebih tinggi lagi.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 Julai 2020: 1,503.90 Mata

Indeks FBM KLCI 1 Julai 2020 Paras Terendah Bulan Julai: 1,497.50 Mata

Indeks FBM KLCI 29 Julai 2020 Paras Tertinggi Bulan Julai: 1,618.00 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Julai 2020: 1,603.80 Mata

Kenaikan Sebulan: +99.90 Mata atau +6.64%

Apabila indeks meneruskan momentum kenaikan, pastinya ramai yang memperolehi keuntungan yang tinggi sepanjang bulan ini. Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020:

Sumber: Screener iSaham

1. Ancom Logistics

Sumber: Bursa Marketplace

2. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Pegasus Heights

Sumber: Bursa Marketplace

4. PDZ Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. DGB Asia

Sumber: Bursa Marketplace

7. Bioalpha Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. MSCM Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Green Ocean Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Yang Tersenarai Adalah Penny Stock Kecuali Satu

Sekiranya kita perhatikan kesemua saham yang tersenarai dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020, sembilan daripadanya adalah penny stock. Semua sembilan saham pada asalnya adalah saham di bawah 20 sen yang akhirnya mendatangkan keuntungan yang banyak.

Tetapi kita perlu ingat, saham penny stock bila mencatatkan kenaikan 1 bid adalah sangat besar. Bila mencatatkan penurunan 1 bid pun mendatangkan kerugian yang sangat besar. Reward adalah besar, risiko pun adalah besar.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak, banyak lagi saham-saham lain yang kita boleh perhatikan. Kerana takut sekali kita rugi besar, kita akan merasa begitu kecewa dan terus meninggalkan dunia pelaburan saham ini nanti.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.