Amerika Syarikat Dilanda Krisis Kekurangan Bekalan Duit Syiling

Sektor ekonomi Amerika Syarikat telah terjejas teruk terutamanya dalam sektor perniagaan. Negara maju ‘Uncle Sam’ ini berdepan dengan krisis ekonomi dan kini bakal berdepan dengan ancaman gelombang kedua virus yang tidak kelihatan ini.

Terbaru, Amerika Syarikat sekali lagi dilanda masalah apabila berdepan dengan kekurangan bekalan duit syiling yang sangat ketara yang menyukarkan rakyat negara tersebut untuk membeli-belah ketika di pasaraya.

Akibatnya, terdapat beberapa pasaraya besar yang tidak mengembalikan baki duit syiling kepada pelanggan yang membeli-belah di premis mereka.

Sebelum ini, Federal Reserve telah memberi amaran tentang kekurangan pergerakan duit syiling di dalam pasaran Amerika Syarikat sejak bulan Jun lagi. Faktor utama yang menyebabkan kekurangan bekalan duit syiling ini adalah disebabkan rakyat negara tersebut kurang berbelanja secara tunai ketika krisis ini berlaku.

Ramai rakyat negara tersebut yang mula menggunakan transaksi cashless bagi membuat pembayaran di mana-mana tempat kerana ingin mengelakkan sentuhan secara fizikal. Papan tanda mula ditulis di pasaraya besar bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi yang sedang berlaku.

Pakar ekonomi mengatakan bahawa duit syiling Amerika Syarikat tidak kurang, tetapi para pembeli yang yang lebih gemar menggunakan sistem cashless ini telah menjadikan pergerakan duit syiling di dalam negara terbatas.

Pihak yang bertanggunggjawab dalam penghasilan duit syiling iaitu United States Mint, turut mendedahkan bahawa penghasilan duit syiling pada tahun ini melebihi daripada  penghasilan tahun lepas. Tetapi dengan pergerakan perlahan duit syiling di pasaran pada ketika ini, ia telah menjadi masalah yang besar kepada penduduk di sana.

Banyak duit syiling yang berada di dalam vending machine dan mesin membayar tiket parking tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana pihak bank masih lagi tidak membuka operasi mereka sepenuhnya di kawasan yang terjejas teruk akibat virus ini.

Kesan yang paling besar terhadap kekurangan duit syiling ini adalah melalui psikologi rakyat Amerika Syarikat. Bagi mereka yang tidak mendapat maklumat yang jelas, mereka akan beranggapan bahawa negara mereka kini sedang mengalami satu tempoh yang sukar akibat pandemik ini yang menyebabkan mereka percaya bahawa negara mereka telah kehabisan duit.

Jika ini berlaku secara berterusan, ia akan menimbulkan suasana panik di dalam masyarakat dan boleh menjejaskan lagi keadaan Amerika Syarikat yang masih belum stabil akibat daripada krisis pandemik ini.

United States Mint menyeru agar rakyat Amerika Syarikat berbelanja menggunakan duit syiling untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berlaruta. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keadaan panik dalam usaha untuk memulihkan keadaan ekonomi negara.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA