Ejen MLM Yang Terima Komisyen, Kena Cukai Atau Tidak?

Adakah mereka yang menerima komisyen setiap bulan perlu membayar cukai?

Jawapannya : Ya dan Tidak

Ya, jika pendapatan sudah mencapai tahap perlu membayar cukai. Lihat rajah di bawah.

Dari laman web LHDN : Cukai taksiran 2019

Jika tidak, tidak perlu bayar hanya isytihar sahaja pendapatan daripada komisyen tersebut.

Berapa kadar cukai yang perlu dibayar bagi top ejen? Bayangkan yang close sales jutaan ringgit dalam setahun, komisyen mereka sudah tentu ratusan ribu dalam setahun.

Cara pengiraan cukai dari SMEbiz info

Ada borang yang berbeza perlu diisi oleh mereka atau syarikat yang mereka sertai iaitu borang CP58

Dari laman web LHDN: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/Borang_CP58_1.pdf

Ini adalah borang cukai perlu diisi bagi yang menerima komisyen sama ada banyak atau sikit jumlah komisyen yang diterima, syarikat akan kira rekod pembayaran bulanan kepada anda.

Semua insentif yang diterima dari syarikat seperti kenderaan, rumah mahupun percutian perlu diisytihar dalam borang ini.

Adakah mereka terus membayar sejumlah wang tersebut? Ada pelbagai cara bagi mengurangkan bayaran cukai tersebut. Jawapannya anda boleh dapatkan dalam artikel di bawah.

Sekejap, tips ini buat tahun ini (2020) tapi hanya terpakai masa isi borang tahun depan (2021). Berdoalah juga Kementerian Kewangan kita tak buat pindaan ke atas pelepasan-pelepasan cukai yang sedia ada ini.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. salam tuan.. nak tanya, untuk penerima komisyen yang dapat penyata CP58, semasa isi efilling, pendapatan tu kena masukkan dalam ruangan yang mana ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama